Selasa, 3 September 2019

Amalkan Tips Ini Untuk Keberkatan Rezeki

Zaman ekonomi sekarang, ramai yang diberhentikan kerja dan hilang sumber pendapatan. Memang pening kepala bila memikirkan hutang banyak yang perlu ditanggung dan tak mampu untuk dibayar. Sebenarnya selain berusaha keras, ‘pergantungan’ kita pada Allah juga memainkan peranan dalam memberikan rezeki yang mencurah-curah, sekaligus membantu melangsaikan hutang yang ada.

Ketika saya berhutang banyak dulu, saya berhenti kerja jadi banyak hutang bank tak dapat dibayar. Masa tu tak ada bisnes, Nama ccris tak dapat buat loan untuk bayar, tak ada tanah untuk jual, tak ada harta untuk pajak dan sebagainya. Bisnes pun baru nak buat tak ada modal, tak ada stok, tak ada team. Serba kekurangan saya ni. Surirumah sahaja

Saya bagi tips bagaimana rezeki Allah berikan pada saya mencurah curah. Allah bantu setiap masa.Tak hebat pun saya kalau Allah tak bantu saya.

1. Berdoa Rezeki Bayar Hutang

Selama ni doa siang malam nak rezeki bayar hutang jadi setiap kali dapat jualan. Bayar hutang dulu. Sedekahkan 20 al fatihah pada mak ayah masih hidup atau sudah meninggal.

2. Amalkan 1000 Istighfar Selepas Subuh

Pagi-pagi lepas subuh amalkan 1000 istighfar mohon Allah ampunkan kita. Setiap kali sebut astaghfirullah halazim.. Ampunkan aku Ya Allah. Minta ampun betul-betul pagi-pagi.

3. Ucap Kesyukuran Pada Allah

Selepas tu baru Dhuha. Bila dhuha saya tak doa nak rezeki. Masa lepas doa saya buat kesyukuran. Bagitau ya Allah terima kasih bangun lagi pagi ni untuk mohon ampun. Ya Allah terima kasih ada suami yang baik.

4. Senaraikan Nikmat Pemberian Allah

Senaraikan semua nikmat Allah bagi sebanyaknya. Menitik air mata bila senaraikan. Allah, malu dah nak minta lagi banyak.

5. Jaga Aurat

Jaga aurat, labuhkan baju, tudung dan pakai stokin.

6. Istighfar, Dhuha & Syukur

Istighfar, dhuha dan syukur tu pun dah membuka sebanyaknya rezeki. Saya biasanya buka handphone selepas jam 10 pagi selepas saya siap 3 diatas.

7. Banyakkan Zikir Hasbunallahuwanikmal Wakil

Sepanjang bekerja banyakkan zikir Hasbunallahuwanikmal Wakil – cukup Allah bagi ku aku serah pada mu ya Allah semua urusan ku.

8. Baca Surah Pendek Sebelum Zuhur

Saya berhenti rehat 10 min sebelum Zuhur. Habiskan 1 surah pendek Al Waqiah sambil tunggu zuhur.

9. Selepas solat amalkan;

33 kali alhamdulillah
33 kali subhanallah
33 kali allahuakbar
33 kali innahaza larizkuna malahuminnafad

10. Baca Al Mulk Sebelum Asar

Stop 10 minit sebelum Asar untuk baca Al Mulk dan Asar awal waktu.
Bila saya amalkan ni masa saya sangaaaaat panjang. Banyak benda boleh buat. Dahulukan akhirat dari kesibukan dunia.

11. Lebihkan Masa Dengan Keluarga

Lebihkan masa bersama keluarga selepas Asar sehingga Maghrib jemaah sama-sama sehingga lah Isyak berjemaah. Tak dapat di masjid, amalkan di rumah.

12. Amalkan Sedekah Setiap Hari

Setiap hari amalkan sedekah walau pun seringgit. Masa saya susah hutang banyak..saya buat air sirap, buh dalam botol banyak-banyak dan sedekah pada orang sapu-sapu sampah. Tu je saya mampu masa tu.

13. Utamakan Bayar Hutang

Antara hutang dengan sedekah, utamakan hutang dahulu. Tak mampu sedekah wang, sedekah tenaga.. sedekah ilmu. Saya tak mampu sedekah wang, saya ajar orang lain menjual percuma. Saya nak sedekah ilmu sahaja.

14. Amalkan 1000 Istighfar Sebelum Tidur

Sebelum tidur amalkan 1000 Istighfar mohon ampun apa kita dah buat seharian.

15. Solat Taubat Sebelum Tidur

Solat taubat sebelum tidur. Biasanya saya tidur awal jam 10 malam bangun balik jam 11 malam sehinggalah jam 3 pagi. Atau saya tido jam 12 malam bangun jam 4 pagi.

16. Tahajud, Merayu Berdoa Betul-Betul

Masa ni jam 4 pagi awak tahajud mintalah dengan tepat. Doa betul-betul minta merayu betul-betul. Kalau nak habiskan hutang sebut hutang tu berapa, bila nak bayar.

17. Minta Maaf Dengan Suami Sebelum Tidur

Sebelum tidur minta maaf dengan suami. Jaga betul-betul hubungan suami isteri. Lebihkan akhirat, lebihkan suami daripada bisnes. Paling susah rezeki nak masuk adalah bila laki bini duk bergaduh mengungkit.Duk baik-baik, saling terima kurang lebih masing-masing. Kita semua tak sempurna.

18. Redha Ketentuan Allah

Redha apa yang Allah bagi pasti ada hikmah ada kebaikan untuk kita belajar lebih kuat.

19. Belajar Rendahkan Ego

Mula belajar rendahkan ego, kalau orang tu berjaya pergi jumpa dia belajar, hormat guru kita. Sentiasalah merendah diri ketika dipuji segera kembalikan pada Yang Kuasa. Bisik pada diri, kau hanya meminjam.

20. Jaga Orang Tua

Jaga orang tua, berkhidmat masa mereka masih ada. Saya rasa ini juga limpahan Allah bagi kerana dulu saya berhenti kerja untuk jaga arwah mak sediri.Keluar masuk wad dengan dia sehinggalah mandian terakhir di pangkuan saya.

Saya tiada apa-apa, surirumah sahaja. Allah yang bantu saya. Semua dengan izin Allah swt.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat yang sedang terbelenggu dengan hutang, cuba boleh amalkan perkongsian wanita ini. Tak dapat lakukan semua, cubalah buat yang termampu dan seadannya, semoga segala hutang yang ada dapat diselesaikan atas pergantungan kita pada Allah selain berusaha.

sumber : mingguanwanita.my
Baca Lagi...

Isnin, 2 September 2019

Luahan bekas anak "tokey" kilang padi Melayu Muslim

Aku tertarik dengan kempen memperkasakan produk melayu islam sejak kebelakangan ni. Alhamdulillah, orang melayu islam rata-rata "baru" mula sedar betapa pentingnya memperkuatkan ekonomi orang melayu kita. 

Boleh nampak kesan kempen memperkasakan produk muslim melayu ni di kedai dan hypermarket. Alhamdulillah, sambutan kempen ini telah mula menampakkan hasilnya. 

Aku tertarik dengan satu pautan gambar produk muslim bumiputera yang disharekan kepada aku.

Di sini, aku nak share satu item dalam beribu2 list produk muslim bumiputera yg di sharekan tu iaitu "beras" makanan ruji kita. Makanan ruji kita telah lama dimonopoli oleh kaum cina walaupun 99.9% petani ni adalah orang Melayu kita. 

Kita boleh beli beras jenama Faiza, produk Melayu tapi sedar ke tidak bahawa rantaian prosesnya (kilang padi) bagi mendapatkan beras tu sendiri dimonopoli oleh kaum cina. Pihak syarikat Faiza juga perlu beli beras dari pihak cina dalam bentuk pukal kerana kekurangan bekalan beras pukal tersebut. 

Memandangkan keluarga aku memang turun-temurun dalam bidang ni, boleh katakan aku ni, anak "tokey" kilang padi la senang, membeli padi, memproses padi menjadi beras dan menjual beras. 

Tapi, sekarang tidak lagi, bisnes kilang padi turun-temurun ni, hancur dek kurangnya kesedaran memperkuatkan ekonomi melayu islam ni. Kalau la kempen ini sudah bermula 5 tahun dulu tentu masih bernyawa lagi kilang padi warisan keluarga aku.

Aku sharekan pengalaman aku untuk tatapan semua bagaimana boleh tumbangnya bisnes orang melayu kita dek monopoli kaum satu jenis tu. Di Semenanjung Malaysia ni, tahun 2005, kilang padi melayu bumiputera ni ada sekitar 35 buah kilang. 

Namun sekarang, di tahun 2019 ni, hanya tinggal 12 buah kilang bumiputera melayu sahaja yg tinggal beroperasi.Betul, hanya tinggal 12 buah sahaja kilang melayu. Aku listkan kilang melayu yang masih beroperasi:-

1. KILANG BERAS MIHODA SDN BHD
2. KILANG BERAS MOHD REJAB SDN BHD
3. KILANG BERAS OTHMAN JUSOH BERSAUDARA
4. JABI RICE MILL SDN BHD
5. KILANG BERAS ABIDIN
6. KILANG BERAS KUBANG ROTAN
7.KILANG BERAS DIBUK SDN BHD
8.KILANG BERAS SETIA JAYA
9. KILANG BERAS PERLIS SDN BHD
10. BAN LI RICE MILL SDN BHD
11. KILANG BERAS JELAPANG SELATAN
12.KILANG BERAS MUTIARA TIMUR

Masalah paling besar kilang-kilang Melayu ini adalah untuk mendapatkan bekalan padi. Pelik bunyi kalau aku kata kilang padi tapi padi tak ada di kilang. Isu ni berlaku di kilang padi orang melayu kita termasuk kilang keluarga aku. 

Kenapa tak ada padi ,haa ni aku cerita, terus terang aku cakap, 99.9% yang usahakan tanaman padi ni orang melayu kita, tapi bila nak dijual padi tu, padi tu dijual di kilang cina.

Keadaan ni berlaku disebabkan penawaran harga insentif/komisyen yg diberikan kilang cina kepada "driver/broker lori" yang angkut padi di sawah. Broker lori tu akan dapat "insentif/komisyen" dari kilang jika dihantar padi tu ke kilang. 

Lagi banyak padi yg dihantar lagi banyak insentif/komisyen yg dibolot oleh tuan lori ni padahal komisyen tu bukan petani yang dapat pun. 

Dan terus terang aku cakap, petani tidak kisah pun padi tu dijual di kilang mana asalkan dapat jual sahaja padi yg diusahakan tu. Disebabkan perkara ni lah yg menyebabkan tiada padi yg dijual ke kilang padi melayu bumiputera akibat komisyen yg dikejar. Padi yg diusahakn orang melayu, kebanyakkan dijual ke kilang padi cina. 

Disebabkan perkara inilah, banyak kilang melayu bumiputera telah banyak tutup tak mampu beroperasi dek kekurangan bekalan padi. Apabila berlaku kekurangan padi di kilang melayu, kita orang melayu telah hilang kuasa pegangan ekonomi dalam item beras ni. 

Walaupun tanaman padi tu majoriti melayu kita yang usahakan tapi kilang proses padi menjadikan beras dipegang oleh kaum cina disebabkan oleh penjualan padi ke kilang cina.

Jadi, aku nak seru semua petani, anak-anak yang mak bapak petani, kenalan-kenalan dan kawan-kawan petani, kita mulakan "KEMPEN JUAL PADI DI KILANG PADI MELAYU BUMIPUTERA" bermula dari hari ini. Masih tidak terlambat lagi untuk gerakkan kesedaran ini agar ekonomi makanan ruji ni yg mmg diusahakan orang melayu kita ni dapat diselamatkan. 

Minta tolong arahkan driver lori/broker ni jual padi yang diusahakan di kilang melayu bumiputera kita. Kepada rakan-rakan kilang melayu bumiputera, kuatkan semangat dan teruskan bertahan  dan jangan mengaku kalah dalam jihad ni. 

Bagi sokongan kepada kilang-kilang melayu yang masih beroperasi ni agar kita boleh kuatkan ekonomi orang melayu kita. Harap sebarkan kepada semua. 

Ikhlas dari :-
Bekas anak tokey kilang padi melayu bumiputera

Sekali lagi aku listkan senarai nama kilang padi orang melayu kita untuk kita gerakkan kempen kesedaran ini :-

1. KILANG BERAS MIHODA SDN BHD
2. KILANG BERAS MOHD REJAB SDN BHD
3. KILANG BERAS OTHMAN JUSOH BERSAUDARA
4. JABI RICE MILL SDN BHD
5. KILANG BERAS ABIDIN
6. KILANG BERAS KUBANG ROTAN
7.KILANG BERAS DIBUK SDN BHD
8.KILANG BERAS SETIA JAYA
9. KILANG BERAS PERLIS SDN BHD
10. BAN LI RICE MILL SDN BHD
11. KILANG BERAS JELAPANG SELATAN
12.KILANG BERAS MUTIARA TIMUR

Mintak tlg sharekn☝

Copy & paste....akak tolong share kan..rintihan Sahabat..pengusaha kilang padi....maaf
Baca Lagi...

Kisah Nasi Lemak AntaraBangsa

Malam semalam aku teringin sangat makan nasi lemak di kampung baru. Terbayang dah dalam kepala, lauk sotong dan paru serta telur mata kerbau yang meleleh tu. Tambah lagi sambal yang pedas manis dan nasi yang panas berbau pandan dan lemak.

Kampung baru KL ni memang pusat makanan kalau malam. Mahal? Itu biasa. Golden Triangle. Memang mahal. Dari sewa hinggalah kepada harga makanan. Tapi bab makan ni aku tak berapa kisah sangat. Asal sedap. Datang pun bukan selalu, tapi sesekali bila rasa mengidam.

Setelah park kereta, aku masuk lah dalam satu warung tu untuk makan. Ambil nasi, paru, ambil sotong, telur mata dan sambal kerang. Aku lihat semua orang ambil makanan terus berlalu dan duduk ditempat yang disediakan.

Aku pula, tak biasa begitu. Bukan tak biasa macam mana tapi sebab ia terkait hukum.

Memang dari segi hukum jual beli pun, tak boleh makan sebelum tuan kedai melihat akan makanan yang kita ambil. 

Kalau harga tetap macam KFC atau Mc Donald tak apa lah! Atau makanan lain yang berbentuk seketul seketul dan sepinggan sepinggan seperti laksa, mee rebus dan sebagainya. Harga memang dah tetap. Boleh duduk terus dan kira kemudian.

Tetapi kalau makanan seperti nasi campur, wajib kita tunjukan makanan campur yang kita ambil itu kepada penjual dan kita wajib pastikan kuantiti makanan dan harga dulu supaya kita tidak menzalimi penjual dan penjual juga tidak menzalimi kita dari sudut kuantiti yang kita ambil waktu pengiraan dan pembayaran nanti.

Bayangkan, macammana kita nak istihar makanan yang telah kita makan itu banyak atau sikit kepada sipenjual kalau kita tidak tunjukan dulu. Sipenjual pasti tidak mahu rugi dan kita juga sudah pasti tidak mahu dizalimi.

Maknanya tuan kedai tu kena kira betul betul mengikut kadar kuantiti makanan yang kita ambik dan dengan harga yang patut dia kenakan.

Begitulah adilnya hukum islam, supaya sesama kita tidak zalim menzalimi.

Berbalik kepada cerita aku, aku terus ke kaunter untuk dinilai dan dikira makanan yang aku ambil.

"Berapa kak." Tanya aku.

Dia merenung aku sambil senyum. Makanan aku pun di lirik nya saja sambil lalu.

"Tak apa. Encik makan dulu nanti kita kira kemudian." Kata kakak kaunter itu yang aku agak tokey kedai nasi lemak tu.

"Tak boleh gitu kak, saya ambik banyak ni. Nanti rugilah kalau tak nilai dan kira dengan betul. Macam ambik kerang dan sotong serta paru yang diricik halus ni. Macam mana nak kira kalau saya dah makan. Mestilah tengok dulukan?" Ujar ku pada kakak itu seolah ingin mengajar dia.

"Tak apa, tak apa, tak apa nanti adalah orang datang kira kat table encik. Encik duduk dulu ya." Ujarnya lagi menyuruh aku duduk.

Aku pun teruslah ke meja makan dan menunggu seseorang datang untuk mengira juadah yang aku ambil. Hampir lima minit menunggu. Tak ada kelibat orang pun yang datang.

Aku kembali balik pada kepada kaunter untuk bertanya. "Saya lama dah tunggu ni kak, tak ada pun orang datang kira." Ujar ku pada tokey kedai.

"Tukang kira tu sibuklah encik. Encik makan jer lah dulu." Jawab nya.

"Tak boleh begitu kak, haram hukumnya saya makan kalau tak dikira dulu sebab orang yang kira tu tak tengok apa yang saya ambik. Takut dia silap kira nanti. Akak tak boleh kira ke?" Ujar ku lagi. 

"Tak boleh encik. Saya terima duit jer." 

"Ok tak apa, nanti saya pergi jumpa tukang kira tu."

Aku pun terus pergi menuju orang yang mengira makanan dipenjuru warung. Aku lihat ia sibuk semacam. Maklum lah ramai pelanggan nak dilayan.

"Dik, kira makanan abang ni?" Ujar aku pada tukang kira sambil menunjukkan makanan yang aku ambil.

Tanpa merenung aku dia berkata, "Abang duduk dulu, nanti saya datang kira."

"Tak apa, adik kira dulu, senang. Sebab abang nak cepat ni." Aku buat buat kalut. 

Tanpa banyak cakap dia melihat dan meneliti makanan aku dan menulis. Kemudian terus memberi kertas kecil dengan harga sekali tanpa memandang aku. Haaa Rm 14.20. 

Tanpa bicara, aku pula terus menuju meja untuk menikmati makanan malam aku sambil meminta air suam. Lazat memang lazat. Puji aku dalam hati. 

Selang beberapa ketika, datang kembali si tukang kira ke table aku. Waktu itu makanan aku hampir separuh aku makan.

Mungkin dia tak perasan aku tadi dan terus mengira. Aku biarkan saja sebab aku nak tengok cara dia mengira dan menganggar makanan aku.

"Abang ambik apa tadi." Dia bertanya.

"Owhh, saya ambik paru sikit, kerang sikit, sotong dan telur mata." Jawab ku.

"Nasi ada tambah bang?" Tanya nya lagi.

"Tak ada." Jawab ku rengkas.

"Minum?" 

"Air suam jer."

Dia terus menulis dan memberi aku kertas kecik dan berlalu pergi tanpa sempat aku tanya.

Aku lihat di kertas tu harga yang ia tulis rm17.80

Aku senyum sendirian. Senyum kerana betapa ulamak feqah tedahulu telah tahu dan mengkaji sifat manusia berjual beli dan bagaimana mereka nak istinbat sesuatu hukum dalam jual beli ni untuk memudahkan hidup manusia agar tidak zalim menzalimi.

Seperti yang aku jangka, tidak semua peniaga peniaga islam ni belajar hukum muamalat sewaktu ingin membuka perniagaan. 

Justeru, jika kita tidak belajar hukum dalam apa pun bidang hidup kita, pasti nya kita akan silap dan menzalimi orang lain. Serta berdosa dengan Allah.

Usai makan, aku ke kaunter. Aku tunjukan slip harga yang telah di beri pada aku tadi.

"Kak, mula mula tadi, orang akak nampak makanan saya dan dia kira makanan saya harganya rm14.20. Ni slip kedua, dia kira waktu saya hampir selesai makan dengan harga rm17.80. Jadi mana satu yang saya patut bayar?" Tanyaku sambil senyum.

Aku lihat muka wanita itu tiba tiba berubah kemerahan. Senyumnya tenggelam. Dia diam. Mungkin malu.

"Mana satu ya kak." Tanya aku lagi. Ikhlas.

"Tak apalah, encik bayar ikut yang mula mula tadi." Ujar nya sambil menunduk dan tidak memandang wajah aku.

"Akak tuan kedai kan?" Tanya ku.

"Betul. Saya dan suami. Saya tak pandai letak harga, suami yang letak, sebab tu saya suruh encik kira dengan petugas yang ditugaskan kira tu."

Aku lihat, dia macam takut takut. Mungkin takut aku viral kot. Tapi pastinya aku tak kan buat begitu. Aku pun tahu dosa menyebarkan aib orang kalau ia bukan maslahah yang besar yang boleh kita betulkan. Aku cuma nak ajar dia saja, supaya berniaga mengikut syariat yang betul dan mengubah sistem pembayaran cara syariat.

"Tak apa kak. Nasi dan lauk pauk akak memang sedap. Saya puji. Tapi akak kena ubah cara mengira makanan tu mengikut cara syariat. Tak boleh agak agak begitu saja. Berdosa kak, menzalimi orang."

Tanpa menunggu jawabannya aku pun mengambil wang rm20 dan menghulurkan pada nya sambil berkata, "Akak, simpan bakinya sebab nasi akak sedap." Sambil aku berlalu pergi.

Aku lihat dia kaku. Mungkin tersedar kesilapannya.

Benar, terkadang dalam dakwah ini kita harus ajar dia cara begitu supaya dia faham dan berubah.

Muga Allah majukan perniagaan nya dan memberi ia ilmu berniaga mengikut apa yang dikehendaki syariat.

Sekadar renungan buat kita hari ini.

Jika menfaat pengalaman aku ni, harap dapat tuan puan tekan butang SHARE  lah ya supaya kita dapat pahala dalam menyebarkan dakwah dan kebaikan.



#muharrikdaie
Baca Lagi...

Tunjukkan Aku Dimanakah Pasar ~ Abdul Rahman bin Auf

1.Step 1..kita boikot ..

kita berjaya

2.Step 2 ..apabila org kafir boikot

apa persediaan kita ?

3.Step 3

Apabila org kafir  keluar duit 1 billion beli barangan muslim dan sorok dan jadikan harganya mahal.

Apa formula penyelesaian kita ?

Bab persediaan dan strategi ni yg dinamakan kesan domino

Kena ada taktik dan strategi disertai dengan penerangan agar kita sebagai,

1. Pengguna faham dan jelas strategi memenangi peperangan ini(beli barang muslim/kedai muslim)

2. Persediaan rantaian perniagaan muslim .

3. Persediaan menangani serangan pihak lain pada ekonomi muslim slps kita buat no 1 dan 2.

Ketika umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah, mereka tidak membawa harta atau aset kekayaan bersama mereka. Sebaliknya mereka hanya bersehelai sepinggang untuk memulakan hidup baru di wilayah baru. 

Suasana ekonomi di Madinah pada ketika itu berada dalam cengkaman monopoli orang Yahudi. Mereka menguasai perdagangan antara kota, pertanian, tenunan pakaian, industri besi dan emas serta pinjaman kewangan dengan riba yang sangat tinggi.

Kisah Pertama

Setelah tiba di Madinah, Rasulullah mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Abdul Rahman bin Auf dipersaudarakan dengan Saad bin Rabi’ iaitu antara orang terkaya dalam kalangan Ansar. 

Saad bin Rabi’ ingin memberi salah seorang isterinya dan separuh hartanya kepada Abdul Rahman bin Auf. Namun, Abdul Rahman bin Auf menolak pelawaan itu sebaliknya berkata, “Tunjukkan aku dimanakah pasar yang paling sibuk dengan perniagaan”.

Maka Saad bin Rabi’ pun menunjukkan kepadanya Pasar Yahudi Qainuqa. Abdul Rahman bin Auf yang sebelum ini merupakan hartawan dan usahawan di Mekah terus memulakan perniagaan di pasar Yahudi itu tanpa takutkan persaingan. Antara dagangannya adalah perniagaan unta yang selama ini dikuasai oleh orang Yahudi. Beliau menjual unta dengan harga yang tidak setinggi jualan orang Yahudi.

Walaupun margin keuntungannya sedikit, namun beliau telah menarik ramai pelanggan dek kerana harga yang tidak terlampau mahal. Tetapi, setiap unta yang dijualnya tidak disertakan tali pengikat unta. Apabila banyak unta terjual, menjadi suatu keperluan kepada masyarakat untuk mendapatkan tali pengikat unta. Dari sinilah Abdul Rahman bin Auf mula membuat keuntungan dengan menjual tali pengikat unta.

Pengajaran dari kisah pertama adalah, “Peniaga Muslim perlu ada Skill & Strategi Perniagaan”. Apa yang dilakukan oleh Abdul Rahman bin Auf adalah Market Research (cari pasar paling sibuk), Trust through Branding (unta Uthman harganya tidak terlampau mahal seperti peniaga Yahudi) dan Supply & Demand (mengawal harga melalui keperluan masyarakat untuk mendapatkan tali unta).

Kisah Kedua

Ketika di Madinah, selain membina Masjid, antara perkara awal yang lain dibina oleh Rasulullah adalah Pasar. Oleh kerana orang Yahudi memonopoli perniagaan melalui pasar-pasar milik mereka yang antaranya ialah Pasar Qainuqa, maka Rasulullah pergi melihat pasar-pasar Yahudi di sekitar Madinah untuk melihat sistemnya. Baginda bersabda, “Bukan begini pasar kamu (Islam)”. Kemudian, baginda membina pula pasar khas untuk Muslim dengan sistem tersendiri dengan bersabda “Beginilah pasar kamu”.

Pengajaran dari kisah kedua adalah, Rasulullah menyediakan “Platform & Option” kepada para pengguna dan pembeli. Buat apa umat Islam perlu terkongkong dengan hanya pasar milik orang Yahudi jika umat Islam sendiri boleh membuat pasar sendiri dan berjual beli disitu. Kita ada pasaran dan produk sendiri. Dont play their games when we have our own.

Kisah Ketiga

Suatu ketika, Madinah ditimpa kemarau. Orang Madinah sangat memerlukan air, namun telaga yang memiliki air pada ketika itu dimiliki oleh seorang Yahudi bernama Ruumah. Dia mula menindas orang ramai yang memerlukan air dengan harga yang tinggi. Kemelaratan ini disampaikan kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah bersabda, “Sesiapa sahaja antara kamu yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membeli telaga itu, lalu mendermakannya untuk umat, maka akan mendapat Syurga Allah”

Tahu akan hal ini, Uthman bin Affan segera pergi bertemu dengan Ruumah untuk membeli telaga itu. Namun, Ruumah tidak mahu menjualnya. Maka, Uthman bin Affan menawarkan harga yang sangat tinggi untuk membeli hanya separuh dari telaga tersebut. Ruumah tidak faham bagaimana boleh telaga itu boleh dibeli separuh. Maka Uthman bin Affan berkata kepada Ruumah bahawa masyarakat akan membeli air dari Ruumah pada hari ini dan keesokkannya beli dari Uthman bin Affan pula. Begitulah seterusnya telaga ini digilir-gilirkan.

Setelah Ruumah bersetuju dengan perjanjian itu, maka Uthman bin Affan pulang kepada kaum Muslimin lalu menyeru, “Jangan beli air ketika giliran telaga itu milik Ruumah. Datanglah ambil air sepuas-puasnya ketika telaga itu jatuh pada hari giliranku”.

Maka umat Islam semua menyokong kempen tersebut sehingga menyebabkan Ruumah tidak mendapat sebarang hasil jualan pada hari gilirannya. Namun, dia melihat umat Islam boleh mengambilnya secara percuma pada hari giliran Uthman bin Affan. Lama kelamaan, Ruumah jatuh bankrap lalu Uthman datang untuk membeli seluruh telaga itu dengan harga yang rendah. Ruumah terdesak dan terpaksa menjual seluruh hak pemilikan telaga itu kepada Uthman bin Affan.

Pengajaran dari kisah ketiga adalah, “Community Support” terhadap sesuatu kempen. Sebagai pemegang kuasa pembeli dan pengguna yang kuat, mereka bersatu padu untuk mengikuti strategi kempen tersebut.

Walaupun pada mulanya Uthman bin Affan terpaksa bersusah payah sedikit untuk membeli separuh telaga dengan harga yang tinggi, namun setelah kempen ini berkesan, Uthman bin Affan berjaya memiliki keseluruhan hak milik telaga ini dengan harga yang murah lalu nikmatnya dikongsi semula kepada umat Islam jua.

Kesimpulan

Muslim perlu menjadi peniaga yang mempunyai skill dan strategi perniagaan yang bijak. Seterusnya, Muslim perlu memiliki platform dan option tersendiri. Akhir sekali, tiada guna ada peniaga bijak dan platform disediakan tetapi tidak mendapat sambutan dan sokongan umat. Umat selaku komuniti perlulah bersama-sama membantu ekonomi sesama Muslim.

Walaupun akan mengalami kesukaran diawal usaha, namun dengan 3 keypoint utama ini, maka nikmat keuntungan dibelakang hari kelak akan kembali kepada umat Islam jua. Umat Islam kaya, zakat pendapatan tinggi, akan dikembalikan kepada asnaf-asnaf pula untuk sama-sama membentuk ummah yang mantap ekonominya. Inilah yang dinamakan JIHAD EKONOMI.
Semoga Allah membimbing kita semua ....
Baca Lagi...