Rabu, 6 Mac 2019

Lightning Rod II

Saya membaca tuduhan tuduhan ke atas Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai 'makan keliling' selepas PAS bersetuju menjalin kerjasama dengan Umno hari ini [1]. Ya, bekerjasama dengan Umno tetapi dalam masa yang sama berkeras mempertahankan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Apa ini?

Tuan tuan, objektif utama politik kenegaraan Islam adalah kestabilan. Kestabilan negara adalah kunci kepada kemakmuran negara. Ada banyak hadis ketaatan kepada pemimpin dan kalam ulamak silam atau kontemporari yang membahaskan isu ini. Atas sebab itu tuan boleh melihat bagaimana ulamak besar Syria As-Syahid Ramadhan Al Bouthi sehingga ke akhir hayatnya tegas menolak pemberontakan ke atas Bashar Al Assad di Syria walaupun beliau adalah pengkritik Al Assad yang konsisten. Semuanya kerana kestabilan.

Begitu juga TGHH. Konsisten beliau terhadap objektif politik kenegaraan ini bermula melalui idea kerajaan perpaduan (UG). Selepas gagalnya 16 September yang bermatlamat menukar kerajaan melalui pintu belakang, TGHH mencadangkan UG bagi menamatkan sengketa politik antara semua parti yang memudaratkan negara ketika dunia sedang mengalami 'global recession' pada masa itu. Idea ini ditolak, politik terus tidak stabil, masa pemimpin dihabiskan untuk mengira nombor ahli parlimen yang masih setia dan akhirnya DS Najib Razak terpaksa menyuntik bajet mini RM60 bilion untuk menstabilkan ekonomi negara. Ya RM60 bilion. Harga sebuah kebodohan politik. [2]

Dan TGHH akhirnya dilagakan dengan TGNA dengan tuduhan tidak menghormati Pakatan Rakyat. Beliau diam.

Pada tahun 2015 apabila berlakunya gerakan gerakan menjatuhkan DS Najib melalui laporan 'konspirasi 4 Tan Sri' [3], TGHH mengeluarkan kenyataan bertegas mahukan DSN menghabiskan penggal. Tahun 2015 adalah tempoh mencabar kepada ekonomi dunia bermula dengan kejatuhan purata 20% harga komoditi dan 60% harga minyak global. Sokongan politik TGHH ketika itu membolehkan DSN memulihkan semula ekonomi lebih cepat daripada negara2 pengeluar minyak dunia sehinggalah pertumbuhan ekonomi KDNK negara mampu berada pada paras pertumbuhan 4.6% pada suku keempat 2016.

Dan TGHH kemudiannya dihamun sebagai bersekongkol dengan 'kleptokrat' oleh bekas anak buahnya sendiri. Beliau diam

Begitulah juga pada tahun lepas apabila beliau mengeluarkan kenyataan menyokong Tun Mahathir menghabiskan penggal. Dengan ura-ura undi tidak percaya, belot, politik yang tidak stabil serta dasar ekonomi yang tidak jelas, bagaimana pelabur mahu datang dan berniaga dalam negara? Atas sebab itu pelaburan langsung asing (FDI) pada suku kedua dan ketiga 2018 hanya berjumlah kurang RM7 bilion; hampir 3 kali ganda lebih rendah daripada jumlah FDI yang direkodkan pada tempoh yang sama tahun 2017.

Dan seperti sebelumnya, TGHH dihina sebagai 'makan keliling' pula.

Membenarkan Tun Mahathir menghabiskan penggal atau menamatkan perkhidmatan beliau secara sukarela akan membolehkan kestabilan dalam negara dicapai. Idea ini juga difahami oleh Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan pemangku Presiden Umno yang juga bersetuju untuk menyokong Tun Mahathir sekiranya berlaku undi tidak percaya [4]

Sokong Tun Mahathir bukan bermakna Umno dan Pas nak bekerjasama dengan PPBM. Sokong Tun Mahathir adalah supaya beliau boleh fokus mentadbir negara dan tidak terganggu dengan serangan dari dalam. Pilihanraya nanti kita bergaduh la balik.

Saya pernah tulis dahulu bahawa DS Najib adalah seumpama lighting rod (penangkap kilat). Beliau menyerap semua serangan (kilat) yang dihalakan ke atas Umno hari ini bagi membolehkan Umno terus bernafas. DS Najib benar-benar adalah lightning rod untuk Umno. [5]

Tetapi TGHH adalah lightning rod untuk Malaysia.

-----

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Rujukan:

[1] http://m.utusan.com.my/berita/politik/umno-pas-bersanding-hari-ini-1.854260

[2] https://m.malaysiakini.com/news/99885

[3] https://m.malaysiakini.com/news/353413

[4] http://m.utusan.com.my/berita/politik/umno-sedia-sokong-dr-mahathir-1.854286

[5] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2313025782080765&id=100001200986490





Baca Lagi...

Selasa, 5 Mac 2019

Tulisan ini adalah respond kepada Penulisan A Kadir Jasin

By 8:34 PTG
Umno dan PAS sudah melakukan kerjasama Ta'awun longgar dan telah menghasilkan dua “cahaya mata” iaitu parlimen Cameron Highlands di Pahang dan Dewan Undangan Negeri Semenyih di Selangor.

Jadi tidak mengejutkan kalau MCA dan MIC mengambil keputusan untuk keluar pintu belakang dengan tujuan mencari pergantungan baru.

Kesepakatan antara Melayu nasionalis dan Melayu agama di asaskan demi kepentingan bangsa dan agama. Mudharat besar perlu di elak. Keberadaan Dhpp di lihat pilihan yang ada menggantikan Mca&Mic.

Soalnya, apakah maslahat Agama dan bangsa ini di sebut berkasih sayang kerana Allah. Pas memperlihatkan perjuangan politik ini bukan berhenti apabila mati sahaja, sebaliknya sebagai wasilah kepada kehidupan di mahsyar.

PAS pernah menuduh Umno assabiyah dan TG Abdul Hadi sendiri mengulangi perkara sama, namun perubahan Umno sedang berlaku ke arah lebih lunak dengan agama apatah lagi melihat pencemaran Islam berlaku sejak PH mengambil alih kerajaan. Kematangan dan fleksibiliti dalam amalan agama selagi tidak melanggar syarak di amalkan.

Kelebihan Pas yang membawa aspirasi politik Islam mempunyai praktikal Taawun  mengikut fiqh siasah memungkinkan fleksibiliti tersebut mempengaruhi keanjalan berada bersama mana² pihak yang mahukan kebajikan rakyat.

Umno pula memerlukan suntikan keagamaan setelah lebih 60 tahun berada dalam pekong sekular, mula memahami bahawa politik itu ialah sebahagian dalam agama bukan terpisah.

Pada zaman bekas Perdana Menteri 4, penentangan kepada kebangkitan Islam berlaku hebat sehingga terjadinya trajedi Memali. Akta ISA di gunakan secara wewenang bagi menghalang arus politik Islam. Ikut Suka Aku menjadi pegangan diktator PM 4. 

Politik wang menjadi amalan dan di sebut "Cash is King".  2 kumpulan tumbuh subur bersaing sama lain. Kumpulan Mahathir dan Kumpulan Anwar sehingga Anwar dan kumpulannya tersingkir. amalan “korupsi” ialah nyawa umno ketika itu.

Pekung makin gatal.


PAS yang memenangi 90 kerusi Dun di lihat sebagai ancaman kepada PH. Rekayasa 90juta di gerakkan sebagai usaha melemahkan parti tersebut.

Apabila berlaku PRK C.H & Semenyih Pas terus di serang kerana menjadi rakan kepada Umno. Fitnah cek 1.4 juta di lakukan dengan pakatan Ketua Pengarang Sarawak Report Claire Brown. Namun PH tetap kalah dan fitnah cek itu di bersihkan oleh Rafizi.

Kekalahan 2 kali itu menyebabkan Anwar dan Mahathir jadi gila isim - gila dan insane. Dua kali gila.

PAS yang mengamalkan BPMS meneruskan usaha kerjasama yang menjadi Sakit di mata, pedih di hati PH. Umno kembali bertenaga dan mengejutkan sebahagian besar umno mahukan kerjasama lebih rapat dengan Pas. Kedah dan Perak sedang mengorak perubahan pemerintahan.

PH yang menyedari sudah tidak popular semakin resah tetapi tamak mengagih@memunggah perbendaharaan negara melalui peranan MOF. PH menuntut rakyat mempercayai visi membina Malaysia Baru.

Soalnya bolehkah orang Melayu/Islam mempercayai 3 buah parti Melayu PH yang memperalatkan bangsa Melayu dan sebuah lagi memperalatkan agama Islam untuk membela mereka? Mereka di lihat seperti menjalankan aspirasi Dap.

Setelah menang PRU, mereka gagal menjadi pemerintah yang baik. Maka alasan yang di berikan ialah mantan kerajaan lama meninggalkan hutang yang besar.

PAS asalnya dari Umno. Kemudian terpaksa keluar untuk jelas dalam perjuangan menegakkan Islam. Untuk itu, Kelantan, Kedah dan Terengganu pernah di tadbir dengan baik. Kecuali apabila hebat di tekan Pas mengalami kekalahan beberapa kali.

Pas juga mempunyai sejarah Pakatan berbagai versi. Perpaduan Ummah, Barisan altenatif dan Pakatan Rakyat. Ianya berubah mengikut keperluan semasa.

Dan adalah menjadi kesilapan besar bagi Pakatan Harapan (PH) jika ia memandang ringan kerjasama Umno-PAS ini apatah lagi pada ketika semakin ramai rakyat jelata yang mengundinya 9 Mei lalu tidak puas hati dengan prestasi PH yang secara terang berbohong dan gagal mengrealisasikan manifesto.

Cameron Highlands dan Semenyih sudah lebih daripada cukup untuk memberi amaran “defcon” tahap paling tinggi kepada para pemimpin PH. Rantau juga di lihat kubur kepada PH.

Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan menjawab tulisan jahat A.Kadir Jasin, sebagai penasihat media T.M, sewajarnya AKJ menulis perihal musuh bossnya Anwar.


TIGS
05032019




Baca Lagi...