Khamis, 28 Februari 2019

Isu Pembayaran RM1.4 Juta Dari Akaun PAS, Sarawak Report Penipu Besar

By 11:20 PTG No comments



Sempena hari Jumaat, ingat nak bersedekah dekat parti PAS. Terbaca "pendedahan" Sarawak Report dakwa dibayar RM1.4juta dari akaun Bank Islam PAS bernombor 9010001388. 

Cuba di Cash Deposit Machine (CDM) gagal dengan mesej 'invalid account'. CTS Cuba pula 'online transfer' juga gagal. Sarawak Report menipu nombor akaun PAS ka?

Sebagai bekas juruaudit Bank Islam selama 10 tahun, CTS cubalah buat pertanyaan dalaman. Tiada nombor akaun yang mempunyai 10 digit di dalam struktur nombor akaun di Bank Islam.

Kesimpulannya, kalau Sarawak Report hendak menipu, buatlah profesional sikit.


Baca Lagi...

Isnin, 18 Februari 2019

4 tahun, 2 bulan lagi untuk PH yakinkan rakyat

Mencapai kemenangan bukannya mudah, tetapi mengisi kemenangan ternyata lebih susah daripada kemenangan itu. Apatah lagi sesuatu yang hendak diisi itu bererti memenuhi janji dan idealisme perjuangan.
Inilah agaknya hakikat yang sedang dihadapi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang. Mudah berjanji, mengungkap manifesto, memberi semangat dan harapan kepada pengundi dan penyokong. Mudah beretorik!
Tetapi, apabila kuasa berada di tangan, semua tak menjadi, semua jadi buntu! Apatah lagi mewarisi hutang berbilion ringgit dan pegawai kerajaan tidak menyokong kerajaan sedia ada, malah ada pula yang mensabotaj.
Janji kehidupan lebih baik tidak kunjung tiba, tekanan kos sara hidup yang disebabkan kerajaan terdahulu terus menghambat hidup rakyat. Rakyat jadi cemas dan tidak mustahil akan lemas jika keadaan tidak berubah.
Setelah hampir 1 tahun di tampuk kuasa, rakyat tidak menikmati apa yang dijanjikan. Mungkin ada, tetapi kerajaan seolah-olah membisu, kurang memberitahu rakyat apa yang telah berubah, apa yang telah dicapai dan apa yang sedang dilaksanakan. Di mana peranan media arus perdana?
Yang dilihat adalah keluhan dan aduan terhadap kebobrokan kerajaan terdahulu, yang dicanangkan adalah kesalahan dan jenayah yang dilakukan pemimpin kerajaan dulu.
Malah, untuk mengadili si “penjenayah” di mahkamah juga dilihat sebagai gagal, meleret dan melelahkan. Dan yang anehnya, si “penjenayah” itu pula yang mendapat perhatian dan liputan utama media arus perdana.
Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dijanjikan belum mendatangkan manfaat kepada rakyat, malah menjadi beban lebih besar kepada peniaga, pengilang, pembuat dan akhirnya kos keseluruhan melumpuhkan rakyat.
SST yang didakwa lebih baik dan lebih adil, kini dilabelkan gagal. Malah, kerana pengiraan begitu kompleks, SST dilihat sebagai tidak telus dan menyusahkan peniaga.
Apakah tempoh 6 bulan pelaksanaan tidak cukup untuk menilai kelemahannya? Apakah kerana ego dan malu menjilat ludah menyebabkan kerajaan tidak mahu mengakui kesilapan serta mencari jalan penyelesaian pencukaian drastik yang tidak membebankan rakyat dan mengurangkan kos keseluruhan rantaian bekalan?
Rakyat telah muak dengan segala retorik. Kerajaan PH harus sedar rakyat telah berubah.
Rakyat juga berani menukar kerajaan secara demokratik dan amat mudah rakyat menolak kerajaan sedia ada, jika kebuntuan ini berterusan.
PH mempunyai 4 tahun 2 bulan lagi untuk meyakinkan dan memenangi hati serta fikiran rakyat. Bukan lagi dengan retorik, tetapi hasil yang dapat mensejahterakan hidup rakyat.
Sedarlah, 4 tahun itu tidak lama.
Yunus Tasim ialah pembaca FMT.
Sumber : FMT

Baca Lagi...

Ahad, 17 Februari 2019

14 Ciri WhatsApp Yang Mungkin Anda Belum Tahu

SAMA ada mahu mahu ‘pin’ perbualan penting di bahagian paling atas atau mahu membaca mesej tanpa diketahui oleh pengirimnya, banyak sebenarnya rahsia WhatsApp yang mungkin anda belum tahu.

Berikut disertakan senarainya:

1. ‘Pin’ perbualan penting

Menaip nama individu penting dalam bar carian atau ‘scroll’ ke bawah untuk mencari ke rekod atau sejarah sembang dengan mereka mungkin mengambil masa dan membosankan.
WhatsApp membolehkan anda untuk ‘pin’ tiga kenalan di bahagian atas.
‘Swipe’ satu chat ke kanan dan sentuh ikon pin untuk menaikkannya ke atas (iOS) atau untuk Android, tekan lama satu perbualan dan sentuh ikon pin.

2. Baca mesej tanpa diketahui pengirim

Anda sebenarnya boleh mengelak daripada berlakunya dua tanda biru walaupun mesej itu anda telah baca.
Tetapkan telefon anda pada mod penerbangan dan bukalah perbualan di WhatsApp untuk membaca mesej.
Tutup aplikasi itu selepas membacanya dan keluarkannya dari pelbagai tetingkap yang anda buka.
Kemudian anda boleh tutup semula mod penerbangan dan mesej yang dihantar akan kelihatan seperti belum dibaca.

3. Tandakan chat sebagai ‘belum dibaca’

Ia membolehkan anda menandakan satu chat dengan satu titik jika anda telah membaca mesej itu tetapi tidak dapat membalasnya dengan segera.
Ia akan menjadi peringatan kepada anda untuk kemudian nanti.
Untuk iOS, swipe perbualan berkenaan ke kanan dan sentuh ikon ‘belum dibaca’, manakala untuk Android, tekan lama perbualan yang anda mahu tandakan sebagai ‘belum dibaca’.

4. Tutup ‘last seen’ (kali terakhir lihat)

WhatsApp membolehkan anda melihat masa aktiviti terakhir kenalan anda pada aplikasi dan begitulah sebaliknya.
Anda boleh melindungi privasi anda supaya orang lain tidak tahu bila kali terakhir anda menyemak mesej WhatsApp dengan mematikan pilihan itu.
Pergi ke ‘setting’, pilih akaun dan sentuh ‘privacy’ untuk memilih pilihan yang sesuai untuk diri anda pada ‘last seen’.

5. Baca dan hantar mesej tanpa sentuh telefon

Pembantu maya seperti Siri dan Google Assistant dapat membantu anda membaca mesej tanpa menaip atau menyentuh telefon.
Apa yang perlu anda buat ialah memberi arahan lisan dan mereka akan melakukan yang seterusnya.

6. Hentikan media daripada muat turun automatik

Tidak semua gambar dan video yang dihantar mahu disimpan dalam galeri secara automatik, yang akan mengurangkan ruang dalam telefon dan mungkin mengurangkan kelajuan pemprosesan.
Pergi ke ‘setting’- chats dan matikan pilihan ‘Save to camera roll’ untuk iOS atau ‘Show media in gallery’ bagi pengguna Android.
Anda juga boleh menukar pilihan muat turun media untuk perbualan individu.
Buka satu chat khusus dan sentuh nama kenalan atau kumpulan di bahagian atas.
Buka pilihan ‘Save to camera roll’ (iOS) atau ‘Media Visibility’ (Android) dan pilih yang sesuai untuk anda pada tetapan.

7. Tambah ‘doodle’ dan emotikon pada gambar anda

WhatsApp membolehkan anda bermain dengan gambar dengan menambah doodle, teks dan emotikon.

8. Padam mesej yang tersalah hantar

Mesej yang tersalah hantar atau secara tidak sengaja boleh dipadam dari inbox penerima. Pilih mesej tersebut dan sentuh pilihan ‘Delete for everyone’.

9. Tukar keutamaan teks bahasa

Anda tidak semestinya bersembang dalam bahasa Inggeris di aplikasi ini, yang sebenarnya menawarkan pilihan beberapa bahasa lain.
Pergi ke setting dan pilih chat, kemudian pilih bahasa dan buatlah pilihan.

10. Tukar font (tulisan)

Ciri ini membolehkan anda memformat teks dan menukar font biasa kepada huruf tebal (bold) atau condong (italic).

11. Ketahui siapa paling banyak berbual dengan anda

Anda mungkin mempunyai senarai panjang rakan sembang yang kerap anda berbual, tetapi pasti ada seorang yang paling kerap.
Anda boleh mengetahui kenalan mana yang menggunakan storan maksimum.
Buka setting dan pergi Data and Storage Usage. Pilih ‘Storage Usage’dan kemudian pilih kenalan tersebut. Anda akan dapat lihat berapa banyak storan yang telah digunakan oleh setiap kenalan.

12. Tukar wallpaper

Kertas dinding boleh disesuaikan dengan pergi Wallpaper pada Chatdi bawah Setting.
Anda boleh pilih gambar dari galeri, perpustakaan atau pilih warna.

13. Tanda mesej

Mungkin terdapat sesuatu yang penting dalam satu chat yang anda ingin ‘bookmark’ (tanda).
WhatsApp membolehkan anda melakukannya dengan meletakkan tanda bintang. Buka mesej yang dikehendaki, tekan lama dan kemudian tekan bintang.

14. Sebar mesej kepada ramai kenalan

Mesej awam boleh dihantar secara persendirian dengan bantuan senarai Broadcast pada WhatsApp.
Mesej yang dihantar kepada satu senarai kenalan akan diterima sebagai mesej individu oleh mereka.

Baca Lagi...

Khamis, 14 Februari 2019

Aset Khazanah Nasional Berhad

By 7:19 PTG
Jumlah nilai aset Khazanah Nasional Berhad telah naik berganda dari RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM115.6 bilion pada akhir 2017 dalam tempoh saya PM.
Ini bersamaan dengan kadar pertumbuhan 14.7% setiap tahun.
Bagaimanapun, laporan media antarabangsa pagi ini mendedahkan bahawa kebanyakan aset Khazanah telah dan dalam proses untuk dijual dan ditukar kepada cash bagi membayar kementerian kewayangan.
Katanya, matlamat semerta kerajaan adalah untuk menjana wang. Ini juga disebalik menjarah wang Petronas.
Jika ianya untuk membayar hutang kerajaan pun, apa logiknya untuk menjual aset yang mempunyai keuntungan 14.7% setiap tahun untuk membayar hutang yang faedahnya pada kadar 3.8% setiap tahun?
Antara aset yang sudah dijual tahun lepas ialah pegangan Khazanah dalam IHH Berhad yang merekodkan keuntungan.
Ramai tidak tahu bahawa Malaysia di bawah kerajaan BN dahulu memiliki kumpulan hospital antarabangsa kedua terbesar di dunia yang dibina masa saya PM, iaitu IHH Berhad.
Setelah Khazanah jual IHH kepada syarikat Jepun pada bulan Oktober tahun lepas, kumpulan hospital ini tidak lagi boleh dipanggil sebagai kumpulan syarikat milik Malaysia atau menjadi kebanggaan negara tetapi telah menjadi milik negara Jepun.
Laporan media pagi ini juga mendedahkan bahawa syarikat-syarikat Jepun terus berminat dengan aset-aset Khazanah yang lain.
Satu lagi aset Khazanah dilaporkan pagi ini yang bakal dijual tidak lama lagi ialah pegangan 100% dalam UEM Berhad.
Pada tahun 2011, UEM Berhad bersama dengan KWSP telah membeli balik syarikat lebuhraya PLUS Berhad dari tangan swasta.
Kini UEM memiliki 51% dalam PLUS dan KWSP 49%, sekaligus keuntungannya dikembalikan kepada negara dan pencarum KWSP.
Selain itu, kadar tol semua lebuhraya PLUS tidak pernah naik sepanjang tempoh saya PM.
Jika Khazanah jual UEM, maka lebuhraya PLUS akan jatuh balik kepada kroni swasta dan milik sepenuhnya kroni swasta.
Penat kita membina aset negara pada tempoh 10 tahun yang lalu supaya kerajaan PH boleh leburkan.



Baca Lagi...

Perbelanjaan dan Defisit Kerajaan Telah Meningkat

By 7:00 PTG
Data dari Bank Negara Malaysia untuk membuktikan perbelanjaan dan defisit kerajaan telah meningkat dengan banyak di bawah kerajaan PH.
Pada 14 Feb 2019, BNM juga telah mengumumkan kadar pertumbuhan KDNK (GDP), hutang luar negara dan hutang kerajaan bagi tahun 2018.
Sebelum PRU14, unjuran pertumbuhan KDNK negara di bawah kerajaan BN adalah 5.5% sehingga 6%.
Kadar KDNK tahun 2017 di bawah BN ialah 5.9%.
Tetapi kadar pertumbuhan telah jatuh ke 4.7% untuk 2018 di bawah PH - lebih rendah dari jangkaan BN dan jangkaan kerajaan PH sendiri apabila mereka mengambil Putrajaya dan semasa mereka mengumumkan Bajet 2019.
Kerajaan BN semasa saya PM telah menurunkan defisit negara setiap tahun untuk 8 tahun berturut-turut sehingga menjadi 3% pada tahun 2017.
Untuk tahun 2018, kita rancang defisit akan turun lagi untuk tahun ke-9 sehingga 2.8%.
Selepas menjawat Menteri Kewangan, Guan Eng pernah menjamin jumlah defisit kerajaan untuk 2018 dijangka boleh dikekalkan pada RM40.1 bilion (berbanding unjuran BN untuk RM39.8 bilion) iaitu juga pada kadar defisit 2.8%.
https://www.thesundaily.my/…/fiscal-deficit-rm401b-budget-d…
Tetapi defisit kerajaan tahun 2018 akhirnya menjadi RM52.67 bilion iaitu kadar defisit 3.7% walaupun mereka telah banyak jual aset negara, jarah RM26 bilion dari Petronas dan memansuhkan pelbagai bantuan rakyat untuk tahun lepas.
Sebagai perbandingan, defisit kerajaan tahun 2017 ialah RM40.3 bilion dengan kadar 3.0%.
Akibat defisit yang jauh lebih besar itu, BNM mengumumkan hutang rasmi kerajaan telah meningkat RM54.2 bilion kepada 741.1 bilion untuk tahun 2018.
Hutang rasmi kerajaan pada tahun 2017 di bawah BN ialah RM686.8 bilion iaitu kenaikan RM38.4 bilion berbanding RM648.5 bilion pada tahun 2016.
BNM juga mengumumkan bahawa hutang luar negara telah naik ke RM924.9 bilion pada akhir tahun 2018 berbanding RM885.2 bilion untuk tahun 2017.
Secara rasmi, BNM telah mengesahkan hutang rasmi negara dan hutang luar negara telah naik dengan lebih cepat di bawah PH.
Defisit kerajaan yang menurun setiap tahun di bawah BN telah naik semula manakala kadar pertumbuhan ekonomi adalah jauh lebih rendah di bawah kerajaan PH.
Apa terjadi dengan laungan PH bahawa mereka akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menurunkan hutang negara?
3 bulan sebelum akhir tahun 2018, Guan Eng pernah janji bahawa PH akan tetap mengurangkan defisit fiskal kepada 2.8% dan meneruskan agenda konsolidasi fiskal tanpa menggugat pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
http://www.utusan.com.my/…/kerajaan-tetap-kurangkan-defisit…
Akhirnya, data rasmi BNM semalam membuktikan semua jaminan dia sudah ke laut.
Jika defisit terus bertambah RM53 bilion setiap tahun seperti tahun lepas maka hutang rasmi kerajaan akan tepat-tepat pada RM1 trilion menjelang 2023 iaitu PRU15.
Maka impian PH untuk hutang RM1 trilion benar-benar akan menjadi realiti.


Baca Lagi...