Khamis, 14 Februari 2019

Aset Khazanah Nasional Berhad

By 7:19 PTG
Jumlah nilai aset Khazanah Nasional Berhad telah naik berganda dari RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM115.6 bilion pada akhir 2017 dalam tempoh saya PM.
Ini bersamaan dengan kadar pertumbuhan 14.7% setiap tahun.
Bagaimanapun, laporan media antarabangsa pagi ini mendedahkan bahawa kebanyakan aset Khazanah telah dan dalam proses untuk dijual dan ditukar kepada cash bagi membayar kementerian kewayangan.
Katanya, matlamat semerta kerajaan adalah untuk menjana wang. Ini juga disebalik menjarah wang Petronas.
Jika ianya untuk membayar hutang kerajaan pun, apa logiknya untuk menjual aset yang mempunyai keuntungan 14.7% setiap tahun untuk membayar hutang yang faedahnya pada kadar 3.8% setiap tahun?
Antara aset yang sudah dijual tahun lepas ialah pegangan Khazanah dalam IHH Berhad yang merekodkan keuntungan.
Ramai tidak tahu bahawa Malaysia di bawah kerajaan BN dahulu memiliki kumpulan hospital antarabangsa kedua terbesar di dunia yang dibina masa saya PM, iaitu IHH Berhad.
Setelah Khazanah jual IHH kepada syarikat Jepun pada bulan Oktober tahun lepas, kumpulan hospital ini tidak lagi boleh dipanggil sebagai kumpulan syarikat milik Malaysia atau menjadi kebanggaan negara tetapi telah menjadi milik negara Jepun.
Laporan media pagi ini juga mendedahkan bahawa syarikat-syarikat Jepun terus berminat dengan aset-aset Khazanah yang lain.
Satu lagi aset Khazanah dilaporkan pagi ini yang bakal dijual tidak lama lagi ialah pegangan 100% dalam UEM Berhad.
Pada tahun 2011, UEM Berhad bersama dengan KWSP telah membeli balik syarikat lebuhraya PLUS Berhad dari tangan swasta.
Kini UEM memiliki 51% dalam PLUS dan KWSP 49%, sekaligus keuntungannya dikembalikan kepada negara dan pencarum KWSP.
Selain itu, kadar tol semua lebuhraya PLUS tidak pernah naik sepanjang tempoh saya PM.
Jika Khazanah jual UEM, maka lebuhraya PLUS akan jatuh balik kepada kroni swasta dan milik sepenuhnya kroni swasta.
Penat kita membina aset negara pada tempoh 10 tahun yang lalu supaya kerajaan PH boleh leburkan.



0 ulasan:

Catat Ulasan