Khamis, 15 Ogos 2019

5 Makanan Untuk Atasi Sembelit

Disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. 

Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.

Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Ismail Sagap, sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.

Untuk mengatasinya cuba amalkan pengambilan buah berikut :

1. Betik kerana Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. Elok lebihkan serat dalam pemakanan harian bagi individu yang mengalami sembelit

2 Strawberi kerana Buah berwarna merah yang berasal dari negara bercuaca sejuk ini bukan sahaja cantik dan enak dimakan. Malah, ia berkesan mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga membersihkan gigi. Ia juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.

3. Timun kerana Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. Masalah sembelit boleh diatasi hanya dengan makan timun setiap hari.

4. Pisang kerana Pisang mempunyai begitu banyak khasiat untuk kesihatan. Amalan makan pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah boleh dijadikan hidangan minum petang yang enak sama ada dengan mengoreng atau dijadikan pengat. 

5. Lobak Merah kerana Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota L boleh membantu menyembuhkan sembelit, mengubati sakit ketika buang air kecil, meningkatkan aliran ketika menstruasi dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat. Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah dengan memakannya secara mentah.


0 ulasan:

Catat Ulasan