Isnin, 22 September 2014

Jutawan berkain pelekat

Tumpat: Melihat pada susuk tubuh Mat Ismail Jusoh yang berkain pelekat sepanjang masa, pastinya tidak menyangka bahawa beliau sebenarnya seorang jutawan yang juga pemilik jenama budu terkenal, Budu Cap Ketereh.

Tiada siapa menyangka Pengkalan Kubor mempunyai usahawan berjaya dengan nilai jualannya mencecah RM10 juta setahun.

Mat Ismail, 63, mudah dikenali kerana identitinya yang gemar berkain pelekat tidak kira pada majlis rasmi atau tidak.

“Saya lebih selesa berkain pelekat kerana saya orang kampung,” katanya.

Sehinggakan pada majlis pelancaran kilang budunya di Kampung Ketil oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Sabtu lalu, Mat Ismail yang mesra dipanggil Pok Wil tetap berkain pelekat.

“Saya akan belikan Pok Wil kain pelekat baru apabila ke Dubai nanti untuk mengembangkan perniagaan budu ke peringkat antarabangsa,” kata Mustapa.

MAT Ismail menunjukkan produk pembungkusan terbaru Budu Cap Ketereh di Kampung Ketil, Telaga Lanas dekat Pengkalan Kubor.

Mat Ismail berkata, kilang budu terbabit adalah yang terbesar di negara ini dan memperoleh sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, baru-baru ini.

Bercerita bagaimana dia mengembangkan bisnesnya, bapa lapan anak itu berkata, dia memulakan perniagaan lebih 30 tahun lalu dengan hanya menggaji empat pekerja tempatan.

Katanya, dia kini mempunyai 80 pekerja yang terdiri daripada penduduk sekitar kampung terbabit.

Menurutnya, pembungkusan makanan tradisional itu turut melalui proses inovasi apabila dikeluarkan dalam dalam bentuk tiub seperti ubat gigi.

Inovasi itu dibangunkan bersama Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia serta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana.

“Pembungkusan terkini itu turut menyelesaikan masalah untuk membawanya menaiki kapal terbang memandangkan botol tidak dibenarkan,” katanya.

Katanya, ilham menghasilkan budu dalam bentuk tiub terbit ketika kunjungannya di Vietnam selepas sukar memperoleh makanan halal di negara itu.

 Khasiat Minyak Kelapa Dara

Baca Lagi...

Ahad, 21 September 2014

Keperluan VS kehendak

Itu yang menjadi persoalan semua orang. Perkara pertama yang perlu dititikberatkan ialah soal keperluan dan kehendak. Memang tidak dinafikan, hati hendak beli semua benda yang mempunyai tag jualan murah. Bagi mereka yang tegar berbelanja, tidak kisah wang simpanan habis asalkan dapat puaskan hati sendiri. Tanya kembali diri anda, perlu atau tidak?

Tidak dinafikan, penggemar gajet mendapatkan apa saja gajet terbaru di pasaran. Tapi, hakikat yang pasti, dengan memiliki telefon pintar dan sebuah ‘tablet’ selama dua tahun sudahpun mencukupi.

Bertukar-tukar peranti pada setiap hujung tahun hanya membawa kepada pembaziran semata-mata. Begitu juga jika kita bincangkan soal membeli kenderaan baru.

Untuk eksekutif muda yang baru saja mempunyai pendapatan lumayan, pasti teringin sekali membeli kenderaan mewah. Namun apabila kita fikir kembali, jika sudah ada kereta yang lebih murah dan berikan keselesaan, ia sudah mencukupi sebenarnya. Ingat bahawa banyak perkara lain yang boleh dibuat daripada membeli kereta mewah.

Misalnya, anda boleh membuat simpanan di bank untuk tujuan kecemasan ataupun melaburkan duit itu untuk memulakan perniagaan atas talian. Nampak perbezaannya? Hadkan ‘nafsu’ dengan memikirkan untuk memenuhi keperluan diri terlebih dulu.

Elakkan daripada menjadi seorang yang tak mahu kalah dalam semua perkara. Walaupun hati cemburu melihat kawan memandu kereta mewah, ingat bahawa anda mempunyai pendirian dan objektif sendiri. Jika niat membeli barang mahal hanya untuk menunjuk-nunjuk, itu sebenarnya sudah lari daripada matlamat sebenar anda.

Cuba hidup dalam keadaan sederhana dan lebih penting anda gembira dengan apa yang anda miliki serta rasa bersyukur kepada Tuhan.

Pegangan orang berjaya iaitu susah dulu senang kemudian adalah istilah yang perlu ditanamkan dalam diri setiap anak muda. Realitinya jika mahu ikutkan kehendak, tidak pernah berakhir senarai barang pilihan yang ingin dibeli bahkan persepsi negatif itu boleh menjadikan anda lebih boros. Beberapa tip yang perlu untuk anda terapkan dalam diri.

1. Bergaya mengikut apa yang sesuai dengan diri anda dan bukan mengejar jenama semata-mata untuk kelihatan anggun dan kacak.

2. Beli peranti yang memudahkan hidup kamu untuk berhubung dengan rakan dan bukan menghabiskan duit ‘mengejar’ teknologi yang semakin berkembang pesat.

3. Sebagai generasi muda, elok dapatkan kereta yang boleh memberikan keselesaan dan lebih penting, anda mampu membayar ansuran kereta itu.

4. Dari aspek pemakanan, elak daripada boros setiap hari makan di restoran mahal. Cuba rancang perbelanjaan dengan betul. Walaupun makan di restoran bajet, biar murah asalkan kenyang!

5. Rancang perbelanjaan bulanan dengan teliti. Jika ingin ke konsert artis ataupun bercuti di luar negara, pilih pakej yang berpatutan asalkan ada lebihan wang simpanan.


Baca Lagi...

Ahad, 14 September 2014

Samsung, HTC kejar Apple di Eropah

Situasi pasaran telefon pintar ketika ini dilihat begitu mencabar kepada pemain industri apabila keba­nyakannya menawarkan pelbagai model baru dan sentiasa mendakwa produk merekalah yang paling maju serta menjadikan isu harga sebagai kayu pe­ngukur sebagai status pemiliknya.

Pada masa sama, jika diperhatikan sejak kebelakangan ini syarikat pe­ngeluar telefon dari rantau Asia menjadi tumpuan apabila mereka berpusu-pusu meneroka pasaran telefon pintar di pasaran global berbanding dulunya yang dikuasai oleh pemain industri dari Eropah. 

Merujuk kepada laporan penguasaan pasaran dari firma penganalisis pasaran antarabangsa, Strategy Analytics, setakat suku kedua lalu, carta penguasaan pasaran telefon pintar global mula mencatatkan senarai pemain industri dari Asia yang lebih mendominasi iaitu Samsung, LG, Xiomi, Lenovo dan Huawei berbanding Apple serta syarikat telefon Eropah lain. 

Situasi ini menunjukkan kehadiran syarikat telefon pintar dari Asia mula mendapat perhatian daripada pengguna global. Jika dilihat kepada prestasi pe­nguasaan pasaran telefon pintar di Amerika Syarikat setakat suku kedua lalu seperti dilaporkan Nielsen, Samsung dan HTC mula mengejar kedudukan yang didominasi oleh Apple masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Baru-baru ini, IT@Metro menyertai perbincangan Frequencies Asia di Jepun yang dianjurkan oleh HTC dari beberapa media terpilih di rantau Asia Tenggara antaranya media dari Si­ngapura, India, Thailand dan Jepun.

Menerusi perjumpaan itu, rata-rata pengamal media IT yang hadir bersependapat bahawa kemasukan telefon pintar dari Asia terutama China memberi cabaran kepada pasaran telefon pintar ketika ini. 

Kebanyakan peserta yang hadir bersetuju iPhone sememangnya mempunyai kelasnya tersendiri serta menawarkan ciri premium walaupun harga ditawarkan bukan dalam segmen mampu milik.

Namun, jika dilihat kepada prestasi penguasaan pasaran global yang mula dipecahkan pemain industri telefon pintar Asia, segmen pengguna juga dilihat semakin berubah dan ia mampu menggoyahkan kedudukan iPhone pada masa depan. 

Presiden HTC Asia Utara, Jack Yang berkata, pengenalan lebih banyak telefon pintar yang berada dalam segmen mampu milik dari Asia sememangnya memberi persaingan sihat dalam industri telefon pintar global. 

Beliau berkata, lebih unik adalah setiap pemain industri bersifat lebih inovatif bagi memperkenalkan telefon pintar yang menepati cita rasa pengguna pada hari ini. 

“Bagi HTC yang sememangnya mempunyai model telefon pintar yang inovatif baik dari segi reka bentuk mahupun sistem operasi. 

“Terbaru, dengan memperkenalkan HTC Butterfly 2 yang mempunyai reka bentuk premium dan menyasarkan kepada golongan wanita adalah strategi kami untuk menjadikan model kali ini mampu mendapat perhatian pengguna di rantau Asia,” katanya. 

Jack berkata, pengenalan HTC Butterfly 2 juga adalah strategi bagi menarik lebih ramai golongan wanita menggunakan produk baru itu kerana sebelum ini produk HTC lebih digemari pengguna lelaki. 

“Menyasarkan produk kepada golongan wanita adalah satu strategi pasaran yang baik kerana mereka mempunyai pengaruh dalam pasaran,” katanya. 

HTC Butterfly 2 adalah model ketiga dalam keluarga Butterfly selepas HTC Butterfly S dan HTC Butterfly yang diperkenalkan pada 2012 dan 2014 yang berjaya merekodkan pencapaian jualan terlaris di pasaran Jepun dan Taiwan. 

Dalam satu taklimat semasa Frequencies Asia berlangsung, Pengarah Kanan, Pemasaran Produk HTC Asia Pasifik, Darren Sng berkata, telefon pintar terbaru HTC itu adalah model mempu­nyai ciri premium dari segi reka bentuknya dengan tidak mempunyai penutup belakang dan mudah dipegang penggunanya. 

Katanya, selain itu, ciri ketahanan dari habuk dan air juga dibangunkan HTC pada model terbarunya itu kerana terdapat permintaan pengguna untuk men­dapatkan telefon pintar 
lebih lasak. 

“Ciri duo kamera terletak di bahagian belakangnya juga memberi kelainan dan memudahkan penggunanya untuk lebih berkarya selepas mengambil gambar. 

“Bagi memperkenalkan sebuah model telefon pintar baru di pasaran, kami mengambil masa untuk mengkaji kehendak pasaran termasuk trend diinginkan pengguna pada hari ini,” 
katanya. 

Selain itu, bagi pasaran Jepun, HTC memperkenalkan beberapa ciri lain yang tidak dijual pada pasaran antarabangsa lain antaranya fon telinga, JBL. 

Tambahan, HTC juga menggunakan model gadis muda sebagai duta HTC Butterfly 2 di Jepun iaitu Kumpulan Nogizaka 46 adalah antara staregi menunjukkan model itu disasarkan kepada segmen wanita. 

Jepun adalah destinasi pertama menjadi pilihan HTC untuk melancarkan HTC Butterfly 2 yang dilihat sebagai satu strategi untuk menerokai pasaran yang didominasi iPhone. 

Strategi pengasingan segmen pengguna mengikut gender itu juga dilihat sebagai satu strategi pemasaran pemain industri telefon pintar seperti HTC. 

Ini kerana jika dilihat kepada prestasi setiap telefon pintar dilihat hampir sama. Apa membezakannya adalah kemampuan syarikat itu meletakkan status kepada setiap model keluarannya. 

Perkara ini boleh dilihat apabila iPhone yang tidak pernah berkrompromi dengan harga bersandarkan keyakinannya bahawa produknya akan sentiasa mendapat perhatian pembeli kerana status premium. 

Begitu juga HTC yang cuba menerokai pasaran mengikut gender dengan memperkenalkan ciri yang mungkin lebih menarik perhatian wanita seperti dwi rakaman dan mampu menampilkan gambar dalam bentuk tiga dimensi. 

Sememangnya pengeluaran model telefon pintar di pasaran sentiasa meningkat dan kehadiran syarikat pengeluar telefon pintar dari Asia bukan saja merancakkan per­saingan antara pemain industrinya malah ia juga mampu menonjolkan status pembeli.

Sumber ~ Harian Metro online


Baca Lagi...

Rabu, 19 Mac 2014

Kekayaan bukanlah kejayaan

SEMUA orang mahukan kejayaan. Pelajar mahukan kejayaan 17A1 dalam peperiksaan, peniaga mahukan keuntungan berlipat ganda, pensyarah mahu cepat mendapat gelaran profesor, pelajar universiti mahu cepat dapat kerja dan pegawai gred 54 mahu cepat naik pangkat Jusa C.
Masalah kebanyakan orang ialah bukannya mereka tidak boleh mengecapi kejayaan. Halangan terbesar mereka ialah salah faham erti kejayaan. Kefahaman yang selalu dinyatakan ialah kejayaan berada pada mereka yang berbakat, pintar dan memiliki sesuatu yang luar biasa.
Kita disogok dengan kejayaan adalah kekayaan. Lahirlah jutawan internet, jutawan MLM dan jutawan tani yang memiliki harta dan kekayaan.
Kekayaan yang melimpah ruah. Maka, wujudlah ungkapan-ungkapan hebat berbunyi, wang tanpa menjual, bekerja dari bilik tidur dan wang bekerja untuk anda.
Kemungkinannya matlamat mencapai kekayaan adalah salah faham terbesar tentang kejayaan. Ramai orang yang percaya jika mereka memiliki kekayaan wang dan harta, hidup mereka akan bahagia selama-lamanya.
John D. Rockfeller, seorang jutawan dalam bidang industri telah ditanya berapakah sebenarnya yang diperlukan untuknya berpuas hati terhadap kehidupan yang dilaluinya. Dia menjawab, “Hanyalah sedikit.”
Pada tahun 1923, lapan orang yang mempunyai wang melebihi kepunyaan kerajaan Amerika Syarikat berkumpul di Edgewater Beach Hotel di Chicago. Dua puluh lima tahun kemudiannya; Charles Schwab, hidup dengan wang yang dipinjam selama lima tahun sebelum meninggal dunia. Howard Hopson, menjadi gila.
Athur Cutton, meninggal dunia di luar negara dalam keadaan muflis. Richard Whitny, dihantar ke pusat pemulihan. Albert Fall, dibebaskan dari penjara supaya boleh menghembuskan nafas terakhir di rumah. Jesse Livermore, Iver Krueger dan Leon Frazer telah membunuh diri!
Apakah erti kejayaan? Kesudahan hidup yang menjadi penentu, bukannya permulaan.
“Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu daripada permulaan.” Surah ad- Dhuha : 4
Senarai Fortune 500 yang diterbitkan pada tahun 2006 telah menyenaraikan individu dan syarikat yang kaya-raya. Bill Gates masih lagi menjadi orang terkaya di dunia selama 13 tahun dengan jumlah kekayaan US$56 bilion, diikuti oleh rakan karibnya Warren Buffett dengan nilai kekayaan US$52 bilion.
Itulah kekayaan yang dapat dicapai oleh manusia pada hari ini. Wang dan kekayaan adalah impian. Dengan wang, dunia boleh dibeli. Dengan wang, nilai boleh diketepi. Dengan wang, hati menjadi mati.
Seorang peniaga Cina telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya sehingga menarik perhatian usahawan-usahawan yang lain untuk melabur dengannya. Nilai keuntungan tahunan perniagaannya sangat membanggakan dan beliau bercadang untuk melaksanakan sistem francais.
Di Malaysia, beliau melihat kejayaan dalam perniagaan harus dikongsi oleh semua kaum. Bagi membantu usahawan Melayu, beliau merancang sistem francais yang unik bagi membantu usahawan Melayu. Dia telah menyediakan pelan francais yang unik dan diberikan secara percuma kepada usahawan Melayu yang terpilih.
Dia juga membantu mereka mendapatkan dana dan mendapatkan lokasi yang strategik. Dia mengharapkan rakan-rakan usahawan Melayu yang dibimbingnya akan meraih kejayaan.
Projek perniagaan francais yang bermula dengan penuh kesungguhan berakhir dengan kegagalan. Rugi. Ada yang ditutup. Kelemahan ketara ialah pengalaman berniaga dan pengurusan kewangan. Usahawan Melayu yang dibantunya tidak dapat menggunakan kesempatan dan peluang yang diberi untuk memajukan diri dan perniagaan. Bagaimanapun ada yang dapat terus bertahan dan menjadi francais Melayu yang terbaik. Keuntungan yang membanggakan. Usahawan ini melakukannya sendiri.
Kejayaan berniaga bukannya datang secara ajaib, dijampi atau menggunakan mentera tertentu. Ia memerlukan nilai-nilai yang khusus dan melibatkan proses berfikir, merancang dan bertindak.
Tiger Woods, seorang pemain golf profesional dan terkemuka pernah ditanya apakah rahsia kejayaannya sebagai seorang pemain golf. Beliau memberitahu tidak ada apa-apa rahsia. Yang penting kejayaannya adalah kerana usaha, latihan dan inisiatifnya hendak menjadi pemain golf yang paling berjaya di dunia.
Ingat pesanan Ali bin Abi Talib kepada anaknya: “Kekayaan yang paling berharga adalah akal. Kefakiran yang paling besar adalah kebodohan. Sesuatu yang paling keji adalah sikap ujub dan bangga diri. Kemuliaan yang paling tinggi adalah akhlak yang mulia”.
Duit bukanlah kunci kepada segala kejayaan. Jika ia tidak disusuli dengan iman serta ilmu dunia dan akhirat, tidak mustahil ramai yang akan tersesat.


Baca Lagi...

Usahawan jatuh lingkup

Dia pernah merangkul anugerah pengedar terbaik sebuah syarikat automotif di negara ini, namun kini hidup melarat selepas diburu sembilan ceti haram atau along temasuk seorang pembiaya bergelar Datuk Seri.

Bukan saja perlu menanggung hutang mingguan berjumlah RM650,000, usahawan itu kini terpaksa menanggung bebanan hutang berjumlah RM7 juta sejak awal tahun ini.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurin, 40-an berkata, dia yang bercadang untuk menambah cawangan ruang pameran keretanya diperkenalkan kepada orang kenamaan (VIP) penghujung tahun lalu oleh seorang pegawai bank dengan nilai pinjaman RM5 juta.

Katanya, disebabkan beberapa masalah teknikal, pegawai itu kemudiannya merujuk permohonannya kepada VIP berkenaan kononnya boleh membantu mendapatkan pinjaman dalam tempoh singkat.

“Awal bulan lalu saya pergi ke sebuah bank di negeri ini untuk membuat pinjaman bagi mendapatkan empat bilik pameran kereta.

“Bagaimanapun pegawai bank berkenaan kemudian merujuk saya kepada seorang lelaki berpangkat Datuk Seri yang kemudiannya bersetuju memberikan RM5 juta tanpa menyatakan tempoh pembayaran balik. Disebabkan memerlukan modal pusingan segera, saya setuju,” katanya ketika membuat aduan kepada Pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yati Shaharudin.

Menurutnya, dia kemudian terpaksa berhutang dengan lapan along yang lain bagi melangsaikan hutang dengan Datuk Seri berkenaan dengan setiap satunya berjumlah antara RM50,000 hingga RM70,000 seminggu.

“Bagaimanapun, kini saya ketakutan apabila ada along yang bertindak menyimbah cat merah sebuah bilik pameran kepunyaan saya. “Disebabkan hal ini, salah sebuah bilik pameran terpaksa ditutup kerana kerugian besar kepada syarikat automotif berkenaan. Habis semua kereta baru yang sepatutnya untuk dijual kepada pelanggan terkena simbahan cat itu,” katanya.

Sementara itu Yati berkata, pihaknya sudah berhubung dengan along terbabit untuk menjadualkan semula dan menangguh pembayaran pinjaman Nurin kepada semua along terbabit.

“Kita juga memberikan khidmat kaunseling serta pengurusan kewangan kepadanya yang seperti hilang arah walaupun sebelum ini pernah menjadi usahawan automotif berjaya,” katanya.



Baca Lagi...

Selasa, 18 Mac 2014

3 ahli ‘Macau Scam’ perdaya nenek tumpas

Subang Jaya: Tiga ahli sindiket ‘Macau Scam’ yang menyamar sebagai pegawai bank berjaya diberkas polis, Sabtu lalu, selepas menipu seorang nenek supaya memindahkan wang berjumlah lebih RM1 juta.

Suspek yang berusia 30-an dikesan berjaya memperdaya mangsa berusia 68 tahun itu dengan mendakwa kononnya kad kredit mangsa digunakan individu tidak dikenali. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahya Ramli berkata, ahli sindiket terbabit menghubungi mangsa dengan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai di sebuah bank terkemuka. 


“Suspek mendakwa ada individu menyamar dan menggunakan identiti mangsa untuk memohon kad kredit dan menggunakannya,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Menurutnya, mangsa diarah menghubungi seorang lagi pegawai didakwa bertugas di Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membolehkan pemindahan wang dilakukan segera. 

“Mangsa yang percaya dengan kata-kata suspek akur memindahkan semua wang simpanannya ke akaun bank diberikan suspek sebelum menyedari ditipu,” katanya. 

Menurutnya, susulan laporan itu, polis menahan tiga suspek warga asing.

Baca Lagi...