Selasa, 13 Mac 2012

Iman, Islam, Ihsan dan ilmu

Iman, Islam, Ihsan dan ilmu adalah satu pakej kekuatan dalaman bagi umat Islam yang sangat diperlukan.

Iman adalah aqidah yang asas agar terselamat dari tersesat jalan Islam adalah gerakan lahir di dalam semua bidang kehidupan sebagai syariat Tuhan, sebagai jalan Ihsan adalah penghayatan rukun-rukun Iman & Islam di dalam amalan dan perbuatan Samada bersifat rohani mahupun bersifat maknawi sesuai dengan kehendak Tuhan Ia bersifat batiniah atau rohaniah di dalam semua ibadah dan amal soleh yang dilakukan.

Ilmu ibarat lampu menyuluh ketiga perkara tadi dan menyuluh seluruh tindakan serta amal ibadah di dalam kehidupan lahir mahupun yang batin, yang tersurat mahupun yang tersirat

4 perkara, kalau ia berjalan serentak dengan tepat
Ia menghasilkan sifat-sifat taqwa yang diperlukan
Sifat taqwa adalah yang dikehendaki oleh Tuhan
Wajib diusahakan dan didapatkan Sifat taqwa penyelamat di dunia dan akhirat
Sifat taqwa akan dapat kecintaan, keredhaan, kerahmatan, keberkatan, pertolongan dan kemenangan dari Tuhan

Tidak ada jalan singkat untuk dapat sifat taqwa bagi hamba Tuhan

Kalau tidak ada 4 perkara tadi yang merupakan satu pakej dalam hidup seseorang, tidak akan dapat sifat taqwa

4 perkara itu adalah jalan taqwa untuk mendapat keredhaan Tuhan
4 perkara itu memerlukan ilmu yang tepat mengikut hadith dan Al-Quran
4 perkara itu merupakan satu pakej yang mesti berjalan serentak di dalam amalan

Oleh itu sifat taqwa tidaklah semudah yang kita diberi faham 4 perkara itu adalah intipati ajaran Islam di dalam
kehidupan hamba Tuhan

Kalau begitu untuk menjadi orang bertaqwa, tidak boleh berjalan keseorangan tanpa mursyid memberi panduan,
mursyid memberi ilmu, menjadi contoh, memonitor murid di dalam perbuatan

Tanpa mursyid, syaitanlah yang akan menunjuk jalan, Jalan syaitan adalah kesesatan Diharap ambil perhatian, jangan cuaikan.

Rukun Iman yang pertama dalam Agama Islam mengatakan bahawa kita harus Yakin dan percaya tentang adanya Tuhan.

Namun hanya yakin dan percaya terhadap adanya Tuhan saja tidaklah cukup, kita harus mengenal dan menyaksikan Allah dalam mengimani-Nya.

Asy-Syuuraa (Surat 42 ayat 52)

Dan dengan demikian kami Wahyukan kepadamu Ruh (Al-Quran) dengan perintah kami. Engkau (sebelumnya) tidak mengerti apa kitab dan apa Iman : tetapi kami menjadikan Al-Quran itu Cahaya, yang dengannya kami memberi petunjuk orang- orang yang kami kehandaki diantara hamba-hamba kami. Dan sesungguhnya engkau menunjuki kapada jalan yang lurus.

An-Nissa (Surat 4 ayat 174)

Allah S.W.T berfirman dan Rasulullah S.A.W bersabda :

Hamba-Ku takan dapat mendekat-Ku, bila hanya menunaikan kewajiban- kewajiban yang aku Fardhukan atasnya. Dan hamba-Ku akan kian dekat dengan- Ku bila mengerjakan amal-amal sunnah, hingga aku mencintainya.

Dan bila aku mencintainya, aku akan menjadi telinganya. Maka ia akan mendengar malaui-Ku, dan menjadi lidahnya, maka ia akan berkata melalui –Ku, dan menjadi tangannya, maka ia akan berbuat memlalui-Ku. (Hadits Qudsi).



>>> RAWATAN & SIHAT Tanpa UBAT <<<

0 ulasan:

Catat Ulasan