Isnin, 23 November 2020

Ikuti 7 Sunnah Nabi Setiap Hari

By 5:11 PTG


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi Shalallahu Alaihi Wassalam itu adalah:

● Pertama, 

Shalatlah Tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada shalat Tahajjud-nya.

● Kedua, 

Bacalah Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

● Ketiga, 

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang memanggil orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

● Keempat, 

Jaga Shalat Dhuha kerana kunci rezeki terletak pada shalat dhuha

● Kelima, 

Jagalah sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

● Keenam

Jagalah wudhu kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.

Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu shalat walau ia sedang tidak shalat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangi dia,ya Allah”.

● Ketujuh, 

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan beristighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Ada tiga do'a yang janganlah kau lupakan dalam sujudmu

1. Mintalah diwafatkan dalam keadaan husnul khotimah :

Allahumma inni as'aluka husnal khotimah

Artinya : " Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah "

2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum wafat :

Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut

Artinya: " Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat "

3. Mintalah agar hati kita ditetapkan di atas Agamanya :

_Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika

Baca Lagi...

Ahad, 22 November 2020

Maksud Gelaran Ummi Pada Diri Nabi Muhammad S.A.W

By 3:59 PTG No comments

Apakah yang dimaksudkan dengan "Ummi" itu ? 

Sesetengah daripada kita beranggapan gelaran ummi pada Rasulullah SAW itu bermaksud orang yang tidak tahu menulis dan membaca. 

Benarkah gelaran ummi itu dimaksudkan dengan orang yang tidak tahu menulis dan membaca ? 

Perkataan “tidak tahu” pada ayat tersebut sebenarnya telah merendahkan sifat kebijaksanan Rasulullah SAW. 

Sehingga orang kafir mempertikaikan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW, Rasul yang amat kita kasihi. Orang kafir berpendapat, bahawa orang yang bijaksana mestilah tahu menulis dan membaca kerana itu adalah cara atau kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan.

Saya ingin menceritakan satu kisah berkenaan dengan seorang ustaz yang sangat mencintai Rasulullah SAW. Ustaz ini mengambil PhD dan beliau telah membuat kajian tentang "UMMI" iaitu sifat yang ada pada Rasulullah SAW.

Sejak kecil hingga dewasa, ustaz ini hanya mengetahui maksud ummi pada Rasulullah itu sebagai orang yang tidak tahu menulis dan membaca.

Beliau telah berjumpa dengan ramai professor dan melawat banyak perpustakaan universiti di negara-negara Arab tetapi jawapan yang ditemui tetap juga sama. Beliau berasa sedih kerana sejak kecil beliau tidak berpuas hati dengan jawapan ini. Beliau sangat mencintai Rasulullah dan tidak sanggup mendengar penghinaan orang kafir terhadap junjungan besar Nabi kita.

Kunjungan terakhirnya ialah di Makkah Al- Munawwarah. Selepas bersolat dan berdoa di hadapan Ka’bah, beliau melihat seorang tua senyum kepadanya.

Ustaz ini datang kepada orang tua itu dan berbual-bual. Akhirnya soalan terakhir yang dikemukakan oleh ustaz ini kepada orang tua itu ialah ‘ apakah maksud ummi yang ada pada Rasulullah SAW itu sebenarnya?’.

Walaupun tidak yakin dengan jawapan yang akan diberikan oleh orang tua itu, tetapi ustaz ini bertanya juga. Orang tua itu tersenyum dan akhirnya menjawab….

“ Wahai anakku, UMMI itu sebenarnya berasal daripada perkataan bahasa Arab lama yang membawa 2 maksud.:

Maksud yang pertama ialah INDUK dan maksud yang kedua ialah ORANG YANG TIDAK TAHU MENULIS DAN MEMBACA. 

Perkataan INDUK itu pula mendukung dua maksud juga iaitu yang pertama IBU dan maksud yang kedua ialah TEMPAT LETAKNYA SEGALA SESUATU

Sebenarnya ummi pada Nabi Muhammad SAW itu membawa maksud pengertian induk yang kedua iaitu "tempat letaknya segala sesuatu" dan bukannya orang yang tidak tahu menulis dan membaca.

Wahai anakku, anda pun tahu segala ilmu pengetahuan yang berada di dunia ini terdapat di dalam kitab Al-Quran dan Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia. 

Ini bermaksud Rasulullah adalah tempat berkumpulnya segala ilmu pengetahuan. Perlukah orang yang telah mempunyai segala ilmu pengetahuan belajar menulis dan membaca, sedangkan menulis dan membaca hanyalah satu kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan. 

Rasulullah tidak perlu kepada menulis dan membaca kerana Allah SWT sendiri melalui malaikat Jibril telah mengajar Rasulullah SAW AI-Quran, kitab yang mengandungi segala ilmu ilmu dunia dan akhirat. Hanya orang biasa seperti kita yang patut tahu bagaimana hendak menulis dan membaca kerana hanya dengan cara itu kita dapat mencari ilmu. 

Jadi maksud ummi pada Rasulullah SAW yang anak cari selama ini bukanlah orang yang tidak tahu menulis dan membaca tetapi terdapat dalam maksud induk yang kedua iaitu "TEMPAT LETAKNYA SEGALA ILMU PENGETAHUAN". Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul Yang bersifat Bijaksana. ”

Selepas mendengar jawapan daripada orang tua itu, ustaz itu memeluk orang tua itu dan menangis sedih kerana kejahilannya selama ini yang beranggapan bahawa ummi pada Rasulullah itu bermaksud orang yang tidak tahu menulis dan membaca, sedangkan maksud ummi yang sebenar yang ada pada diri Rasulullah itu adalah lebih tinggi maksudnya.  Dia merasa sangat gembira kerana apa yang dicarinya selama ini telah ditemui.

Melihatlah dengan pandangan mata hati…

Moga bermanfaat Dan dapat mengubah kefahaman kita masing-masing. 

InshaaAllah...

Baca Lagi...