Meskipun terlalu banyak kes penipuan dalam internet yang kita dengari namun ia tetap berlaku dan jumlahnya semakin meningkat.
Ia sering berlaku kepada golongan wanita khususnya yang mudah tertipu dengan pelbagai strategi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Malah ada juga yang pernah ditipu, tetapi tidak menjadikan ia sebagai pengajaran, akhirnya ditipu lagi.
Perkataan yang selalu digunakan untuk menggambarkan situasi jenayah ini ialah “scam”.
Bayangkan situasi ini, anda tiba-tiba mendapat mesej atau emel yang mengatakan anda telah memenangi hadiah yang lumayan.
Ataupun, anda dihadiahkan wang berjumlah berjuta-juta ringgit, tanpa sebab yang munasabah.
Atau seseorang yang anda tidak kenali tiba-tiba menawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan.
Jika anda melayannya, kebiasaannya ia akan berakhir dengan kehilangan wang.
Dalam hal ini, sebanyak 3,127 kes penipuan siber dilaporkan kepada MyCERT di antara Januari dan Julai tahun ini.
Antara kes penipuan siber yang sering dilaporkan melibatkan penipuan dalam urus niaga barangan secara online, penipuan loteri, penipuan pekerjaan, Nigerian scam, love scam dan memancing data (phishing).
Berikut adalah tips boleh anda amalkan daripada menjadi mangsa penipuan:
- Jangan memuat naik status yang mengatakan anda sedih kerana kesunyian, ataupun anda tengah atau terdesak untuk mencari pasangan hidup.
- Fikir dua tiga kali sebelum menerima “friend request” daripada sesiapa yang anda langsung tidak kenal ataupun tidak berapa kenal.
- Jangan terpedaya dengan sebarang pujuk rayu, pujian atau hadiah yang ditawarkan oleh rakan media sosial.
- Jika “rakan” anda ini berkata dia berpangkat atau berdarjat tinggi ataupun kaya-raya, jangan percaya serta-merta.
- Hentikan sebarang jenis komunikasi yang melibatkan wang, terutamanya jumlah yang banyak.
- Sebelum membuat pembelian secara online, periksa dulu testimoni terhadap si penjual. Periksa sama ada penjual itu bertauliah dan boleh dipercayai atau tidak.
- Lakukan transaksi wang tunai jika boleh. Simpan rekod komunikasi anda dengan penjual dan sebarang transaksi kewangan.
- Elak membeli barang yang memerlukan deposit.
- Pastikan perkhidmatan pembayaran menawarkan ciri-ciri keselamatan yang mengikut piawaian tempatan dan antarabangsa.
Langkah jika menjadi mangsa
Buat laporan kepada Pusat Bantuan Cyber999, sebuah perkhidmatan awam yang menawarkan respons terhadap kecemasan berkaitan dengan keselamatan komputer.
Semua insiden yang melibatkan jenayah siber boleh dilaporkan dengan cara berikut:
- Borang
- Telefon: 1-300-88-2999 atau 019-2665850 (talian bantuan kecemasan 24-jam)
- Aplikasi mudah alih Cyber999
- Faks: 03-80087000
- SMS: CYBER999 REPORT (e-mel)(laporan) ke 15888
- E-mel: cyber999@cybersecurity.my
- Lawat MyCyberSecurity Clinic: www.cybersecurityclinic.my
0 ulasan:
Catat Ulasan