Jumaat, 23 Ogos 2019

Catatan 1

Kuliah Subuh 24 Ogos 2019 Masjid BSP

Ustaz Meeftah - kitab tabighul ngofilin

Hadith - dr Ibnu Abbas:satu hari baginda saw lalu berhmpiran ssorg lelaki yg bergayut melekap dkt kelambu kaabah-sambil bergayut lelaki itu berkata “ ya Allah aku mohon pd Mu dgn kehormatan baitullah , ampunkn aku (  kaedah bertawasul)- baginda Nabi saw lantas berkata “ wahai hamba Allah mintakah dgn kehormatan mu .kerana kehormatan org mukmin itu adalah lebih besar di sisi Allah dr rumah ini “org lelaki td bercakap yg dia ada dosa besar , dia adalah org kaya yg berharta , byk binatang ternak tetapi pd satu hari dia di dtgi oleh seorg laki yg meminta minta sesuatu dr hartanya hingga dia timbul kebencian - dia sangat kesal dgn keadan itu”-lantas nabiy saw jelaskn - menyisihlah engkau , andai puasa seribu tahun atau solat sunat seribu thn , Allah akn lemparkan engkau dlm neraka - ( kesalahan nya - tidak ambil endah kesulitan org lain) 

Tabaruq - ambil berkat dr apa yg Rasulullah saw

Ibrah dr hadith -mengutama kn saudara kita yg lain - Allah akn beri kita keajaiban hidup- dlm kerja haji umrah ramai yg mengambik kesempatan utk masuk hijir ismail / mencium hajat aswad yg menyebabkan kesesakan melampau hingga jelas keHORMATAN diri para jemaah terkesan

Kehormatan diri para mukmin itu lebih besar disisi Allah dan kita sesama mukmin mesti saling berrtanggungjawab utk menjaga sesama saudara islam

Ini relevan dgn kes terkini - Pendaqwah Dr zakir naik - seorag pendaqwah yg mempunyai keistemewaan yg jelas telah melakukan kerja daqwah - namun ada golongan yg tidak puas hati hingga terbitkan bibit pandangan negatif terhdp ikhtiar daqwah dr zakir naik -sehingga usaha mahu menyekat beliau -inilah mirip kerja abu jahal yg mencaci kerja daqwah baginda nabiy saw 

Org islam wajar menjaga kehormatan sesama islam 

Ibrah dr al quran - jika di dtgi Org yg meminta minta - jgn kita bentak bentak 

Ketidakpedulian kita pd org mukmin lain yg dlm kesulitan - adalah spt org yg tidak tahu berterima kasih pd Allah - ini adalah sebhg dr kufur dan neraka adalh tempatnya 

Pemurah itu sbahagian dr iman 

Banyak pelajaran dr hadith tersebut : 

org dewasa boleh buat byk perkara yg bila waktu tua dia tak mampu lagi melakukannya

Kebiasaan berbuat dosa akan terbitkn satu kesulitan utk berhenti dr berbuat dosa

Kebaikan akn membiakkn kebaikan- satu kebaikan akan mengundang kebaikan berganda 

Begitu juga dosa dan maksiat - ia juga membiak kan dosa dan maksiat - hati jd lebih tercengkam hingga terlalu sukar utk dia tinggalkn dosa tersebut 

Sesungguhnya diantara balasan kpd satu dosa ialah dosa selanjutnya

Selagi dosa itu ada di sanubari maka sukar utk ditinggalkn

Ganjaran kpd satu kebaikan ialah kebaikan selanjutnya 

Jika dr muda kebaikan telah  jadi kebiasaan maka tiada kesulitan utk buat kebaikan di masa tua 

Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Allahhumaghfirli warhamni 
Catatan xpress
AH

0 ulasan:

Catat Ulasan