SUHU politik hari ini semakin hangat dengan pelbagai isu, khususnya yang membabitkan DAP.
Namun, dalam kehangatan itu rakyat berbilang kaum yang masih rasional dan tinggi jati dirinya kental mempertahankan keharmonian negara.
Salah seorang daripada mereka ialah dikenali sebagai Dgsw Goh.
Beberapa hari lalu, Goh memuatnaik satu catatan dalam Facebook yang menarik perhatian ramai.
Kepada orang Cina di luar sana…
Dengarlah apa saya nak cakap pada kau orang.
Saya orang baba dan nyonya, keturunan dari China. Genarasi ke-4 yang duduk di Malaysia. Kita semua datang dari China dan menumpang di Malaysia Tanah Melayu. Saya membesar di Keramat iaitu 99 peratus semua orang Melayu. Sahabat saya semua orang Melayu.
Jadi cukup-cukup lah nak minta hak sama rata seperti orang bumiputra. Mereka (Melayu) pasti marah kerana perlu bekongsi hak mereka (Melayu). Tuan rumah perlu bekongsi bilik master bed room dengan tetamu. Tak logik la.
Agama Islam agama rasmi negara Malaysia tercinta. Kita kena terima semua ini. Kenapa perlu pertikaikan ini. Belajar jawi tak salah pun. Mereka (Melayu) pun ada hantar anak belajar bahasa Cina. Jadi kenapa nak kecoh?
Juga jangan pertikaikan kuasa Sultan and kuasa Agong (YDPA) ketua negara. Sangat biadap untuk pertikaikan hak-hak dan kuasa Sultan serta Agong.
Malaysia hidup aman damai selama ini janganlah timbulkan api (perbalahan) kepada semua kaum.
Tidak perlu bagitahu semua orang China power, China power, China power. Its China la bro, not Cina Malaysia.
Cipta keindahan kenangan kasih sayang sesama kita di Malaysia, better then talk about others country.
Ini mesej saya kepada Cina yang tak sedar diri.
Terima kasih saudara Dgsw Goh atas nukilan ini!
Hakikatnya, orang Melayu bukan marah kepada orang Cina kesemuanya, tetapi kemarahan orang Melayu khusus kepada DAP dan konco-konconya yang tidak menghormati segala kebaikan dan pengorbanan orang Melayu.
Orang kata – tidak mengenang budi!
Perlu juga diingatkan, DAP juga dianggotai orang India dan segelintir Melayu yang buta sejarah dan tidak faham kontrak sosial yang dipersetujui ketika merdeka dahulu. – 25 Ogos 2019
0 ulasan:
Catat Ulasan