Bagaimana puasa pertama anda? Yang pasti hari pertama puasa sudah kita lalui. Mungkin tak terasa mudah, tapi percayalah bahawa hasilnya pasti akan mewah.
Bagaimana tidak? Dengan ibadah puasa, Allah S.W.T akan mengampuni dosa-dosa kita yang sangat banyak. Dosa-dosa yang sudah kita lakukan tanpa merasa bersalah sama sekali. Dosa-dosa yang kita lakukan dengan khilaf yang seakan-akan tak ada henti.
Maka janganlah menyerah, walau seburuk apapun yang diri yang kita rasa. Janganlah menyerah dan manfaatkan kesempatan saat ini yang sangat berharga. Janganlah menyerah dan teruslah beribadah. Kerana kita tidak tahu rahmat Allah akan turun di ibadah yang mana.
Semoga puasa kita adalah sebenar-benarnya puasa. Puasa yang menyebabkan terhapusnya segala dosa-dosa kita. Bukan puasa yang hanya sekadar menunaikan kewajiban.
“Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa sholat di malam lailatul qadr kerana iman dan mengharapkan pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. Muslim)
0 ulasan:
Catat Ulasan