Dari Abu Darda RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: Mahukah kamu akan aku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik bagi kamu, paling meningkatkan kedudukan kamu, paling disenangi oleh TuhanMu, bahkan lebih baik dari menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia daripada perang dengan musuh-musuh kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang? Jawab mereka: Mahu, wahai Rasulullah. Sabda beliau (mafhumnya): Berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya.
(HR, Muslim,Tirmidzi,Ibnu Majah.)
Menurut penceramah terkenal Ustaz Shahrizan bin Daud at-Turabi melalui rancangan Tarbiah yang bersiaran setiap Jumaat jam 10.15 pagi, Zikirullah yang dilafazkan melalui lisan iaitu Subahanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar merupakan amalan yang akan membawa kita untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bagaimanapun melalui rancangan Tarbiah yang mengupas tentang Lihat, Fikir dan Zikir, Ustaz Shahrizan mengajak para pembaca untuk mengubah dimensi kita berzikir agar kelaziman kita berzikir melalui lidah, akan memberi lebih penghayatan apabila kita juga berzikir melalui penglihatan.
Apa yang dimaksudkan berzikir melalui penglihatan? Zikir melalui penglihatan adalah di saat kita melihat apa sahaja ciptaan Allah swt di bumi ini akan menghadirkan kita akan kebesaranNya dan membawa kita untuk menyeru kekuasaan dan memuji indahnya ciptaan Allah.
Melihat alam dari pandangan mata kasar tidak akan membawa hati kita untuk dekat dengan Allah melainkan setiap satu ciptaan Allah dilihat dengan pandangan mata hati yang benar-benar tulus ikhlas kerana anugerah ciptaan Allah ini amat luar biasa dan tidak mampu dihitung oleh manusia.
Barangkali sebelum ini kita hanya sekadar melihat alam ini tanpa menghayati hikmah penciptaannya sehingga kita jarang merasai nikmat kurniaan Allah dan jauh sekali untuk melafazkan rasa syukur dan berzikir ke atasnya. Namun dengan kesedaran yang hadir melalui penghayatan kita terhadap ciptaan Allah ini membuat kita lebih menghargai anugerah Allah yang sekian banyak nikmatnya kepada kita.
Sebagaimana disebut melalui Surah al-Ghathiyyah ayat 17 hingga 20 yang bermaksud “Apakah mereka tidak memandang unta, bagaimana telah dijadikan. Dan kepada langit, bagaimana dia telah diangkat. Dan kepada gunung-gunung, bagaimana dia telah dipancangkan. Dan kepada bumi, bagaimana dia telah dihamparkan”.
Melalui surah al-Ghathiyyah, Allah menukilkan penciptaan binatang seperti unta yang mempunyai kelebihan dan setiap ciptaan Allah itu amat unik dan luar biasa. Jika kita merenungnya secara mendalam kita akan merasa amat terkesima kerana agungnya kuasa Allah mencipta binatang seperti unta yang kisahnya dinukilkan di dalam al-Quran.
Zikir melalui mata mengajak kita semua untuk terus menghayati ciptaan Allah agar kita terus menjadi manusia yang sentiasa redha dan taat kepada perintahNya. Malahan menyebut dan memuji Allah di saat kita merada dalam kesulitan boleh meleraikan kekusutan sebagaimana disebut di dalam ayat suci al-Quran menerusi surah Ra’dul ayat 28 yang bermaksud “Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati menjadi tenteram”. Kerana sifat Allah yang Maha pemurah dan memiliki segala kehebatan umpama senjata bagi mengubat hati-hati manusia dan tidak tenteram.
Malahan, amalan zikir itu sendiri bukan hanya sekadar ibadah, tetapi juga merupakan amalan yang boleh membersihkan dan menyucikan jiwa manusia, mendekatkan diri kepada penciptanya, membuka hijab rohani dan seterusnya mencapai makrifat terhadapNya. Zikir mendidik hati manusia untuk selalu mencari kebaikan kerana mengingati Allah akan menutup pintu-pintu syaitan yang selalu mendorong manusia berbuat maksiat dan kejahatan.
Hakikatnya Setiap kejadian yang Allah ciptakan di muka bumi ini adalah untuk kita berfikir dan mengambil iktibar bahawa betapa kerdilnya kita di sisiNya. Oleh itu sebagai hamba yang mencari redha Allah, wajib bagi kita untuk bertindak dan mengambil pendekatan yang membolehkan diri kita berada selalu denganNya.
Berzikir melalui pandangan hati yang tajam menjadikan satu bentuk hiburan kepada hati yang sedang resah. Apabila kita memuji nama-nama Allah akan mendatangkan kebahagiaan kepada hati, kerana perbuatan itu tidak lain mendatangkan kemuliaan kepada diri sendiri.
“Dari Abu Sa’id al-Khudzri RA, Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah sekelompok orang duduk dan berzikir kepada Allah, melainkan mereka akan dikelilingi para malaikat, mendapatkan limpahan rahmat, diberikan ketenangan hati, dan Allah pun akan memuji mereka pada orang yang ada di dekat-Nya.” (HR. Muslim)
Makhluk yang paling mulia dan bertakwa kepada Allah adalah insan yang lisannya selalu basah dengan zikirullah. Ini kerana, orang-orang yang dekat dengan zikrullah melalui lisan dan merasa kekuasaan Allah melalui penciptaan alam ini adalah orang yang sangat untung. Hatinya selalu tunduk dengan perintah Allah dan merasa takut terhadap kemungkaran yang berlaku. Inilah yang disebut sebagai hati-hati yang ditatang oleh Allah apabila kita memelihara Allah.
Bagaimana untuk kita benar-benar fokus dan menghayati dengan apa yang kita lihat adalah dengan memilih persekitaran yang baik supaya kita dapat lebih penghayatan terhadap sesuatu keadaan. Sebagaimana yang dianjurkan dan diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW adalah berzikir dan bermunajat pada waktu sepertiga malam. Amalan pada waktu ini dalam keadaan sunyi dan tenang memberi ruang kepada diri kita untuk benar-benar menikmati amalan zikrullah dan ibadah yang lain.
Rasulullah SAW juga pernah menggambarkan perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah seperti orang yang hidup, sementara orang yang tidak berzikir kepada Allah sebagai orang yang mati. Sebagaimana hadis yang bermaksud “Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dan orang yang tidak berzikir, adalah seumpama orang yang hidup dan mati.” (HR. Bukhari).
Bahkan dalam riwayat lain, Rasulullah SAW juga mengumpamakannya dengan rumah. Rumah orang yang berzikir kepada Allah adalah rumah manusia hidup, dan rumah orang yang tidak berzikir adalah seperti rumah orang mati. Justeru bagi menghidupkan hati-hati kita agar tidak mati atau mudah rapuh dek dugaan dan ujian hidup, mari kita perbanyakkan berzikir dan mengingati Allah SWT.
Seorang mukmin yang sentiasa mengajak orang lain untuk kembali kepada Allah, akan selalu menghidupkan dirinya dan orang lain dengan memuji dan menyebut nama Allah, kerana pada hakikatnya dengan zikrullah akan menghidupkan hati mereka yang jauh dariNya.
Oleh itu, pandanglah dunia ini dengan renungan mata hati agar kita selalu dapat memaknakan hidup ini dengan perkara-perkara yang mendekatkan diri kita denganNya dan seterusnya mendapat redha Allah dunia dan akhirat.

0 ulasan:
Catat Ulasan