Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diutuskan sebagai rasul terakhir sentiasa menyeru manusia ke arah kebaikan. Bagi menjamin kebahagian dunia dan akhirat pula, kaum mulimin disaranankan agar memantapkan jiwa tauhid mereka dengan mencontohi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
Firman Allah SWT:
.
.
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu , iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah Al-Ahzab; Ayat,21)
.
10 Amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
Di antara amal ibadah yang dilakukan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam adalah:.
1. Wuduk Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
# Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam keluar dari tandas, Kemudian dihidangkan kepadanya makanan, lalu para sahabat bertanya: “Apakah kami perlu menyediakan bagi Tuan air wuduk’?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya daku disuruh berwuduk apabila daku akan melakukan solat.” (Diriwayatkan oleh Ahmad bin Mani’, dari Isma’il bin Ibrahim, dari Ayyub, dari Ibnu Mulaikah yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.)
.
# “Aku baca dalam Taurat bahawa berkah makanan itu kerana berwuduk sebelum makan dan berwuduk sesudahnya. Hal tersebut kutanyakan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan aku nyatakan apa yang pernah kubaca dalam Taurat itu; Maka Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Berkah makanan itu disebabkan berwudhu sebelum makan serta sesudahnya.” (Diriwayatkan oleh Yahya bin Musa, dari Abdullah bin Numair, dari Qeis bin Rabi’*. Hadist ini pun diriwayatkan pula oleh Qutaibah, dari `Abdul Karim al Jurjani, kedua riwayat itu bersumber dari Qeis bin Rabi’, dari Abi Hisyam Adahzadan yang bersumber dari Salman r.a.)
* Qeis bin Rabi’ menurut Ibnu Ma’in periwayatannya da’if namun diterima oleh Ibnu Majah dan Abu Daud.
2. Membaca Al-Quran.
# “Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a.: “Bagaimanakah bacaan (Al Qur’an) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam?” Beliau menjawab: “Bermad (bertajwid).” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Wahab bin Jurair bin Hazim, dari ayahnya, yang bersumber dari Qatadah r.a.)
.
# “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memotong bacaannya (pada setiap ayat). Beginilah cara membacanya: “Alhamdulillahi Rabbil Alamin”, kemudian Baginda berhenti. Seterusnya dibaca: “Arrahmanirrahim”, kemudian Baginda berhenti. Lalu dibaca lagi: “Maliki yaumiddin”.” (Diriwayatkan oleh Ali bin Hujr, dari Yahya bin Sa’id al Umawi, dari Ibnu Juraij, dari Ibnu Abi Mulaikah, yang bersumber dari Ummu Salamah r.a.)
..
3. Solat Sunat Di Rumah
# “Aku bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tentang solat di rumah dan solat di masjid.” Baginda bersabda: “Sungguh, kau melihat sendiri, alangkah dekatnya rumahku dengan masjid. Sesungguhnya aku lebih suka solat di rumah daripada solat di masjid, kecuali solat itu solat fardhu.” (Diriwayatkan oleh `Abbas al Anbari, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Mu’awiyah bin Shalih, dari al A’la bin Harits, dari Haram bin Mu’awiyah, yang bersumber dari bapa saudaranya Abdullah bin Sa’ad r.a.)
.
# “Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tidak wafat, sampai kebanyakan solatnya (solat sunnat) dilaksanakan dalam keadaan duduk.” (Diriwayatkan oleh al Hasan bin Muhammad az-Za’farani, dari al Hajjaj bin Muhammad, dari Ibnu Juraih, dari Utsman bin Abi Sulaiman, dari Abu Salamah bin Abdurrahman, yang bersumber dari Aisyah r.a.)..
4. Solat Rawatib.
# “Aku pelihara amalan-amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berupa solat lapan rakaat, dua rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah solat Maghrib dan dua rakaat sesudah solat Isyak.” Seterusnya IbnuUmar berkata: “Hafshah menceritakan kepadaku perihal dua rakaat Solat Fajar. Tapi aku tak pernah melihatnya dilakukan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Marwan bin Mu’awiyah al Farazi, dari Ja’far bin Burqaq, dari Maimun bin Mihran, yang bersumber dari Ibnu `Umar r.a)
Disebabkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan solat Fajar di rumahnya, maka Ibnu Umar tidak pernah melihatnya. Hafshah (isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) dan abangnya Ibnu Umar, keduanya adalah putera Umar bin Khathab r.a.
.
.
5. Solat Dhuha
# “Aku mendengar Mu’adzah (binti Abdullah al-Adawiyah) sebagai berikut: “Aku bertanya kepada Aisyah r.a.: “Apakah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat pada waktu Dhuha?” Aisyah r.a. menjawab: “Benar, Baginda melakukan empat rakaat. Dan kadang-kadang Baginda menambah lagi sebanyak yang dikehendaki Allah Azza wa Jalla.” (Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari Abu Daud at Thayalisi, dari Syu’bah, dari Yazid ar Risyk, yang bersumber dari Mu’adzah r.a.)
.
# “Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan solat empat rakaat sesudah tergelincir matahari, sebelum solat Zohor.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya waktu itu merupakan masa pintu-pintu langit terbuka. Maka aku menyukai amal soleh ku diangkat pada saat itu.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin al Mutsana, dari Abu Daud, dari Muhammad bin Muslim bin Abil Wadldlah, dari Abdul Karim al Jazari, dari Mujahid, yang bersumber dari Abdullah bin as Saib r.a.)
.
.
6. Solat Tahajjud.
# “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berdiri (solat) hingga bengkak kedua kakinya. Kepadanya ditanyakan: “Mengapa Tuan membebani diri dengan hal yang demikian? Bukankah Allah SWT telah mengampuni Tuan dari segala dosa, baik yang terdahulu mahu pun yang akan datang?” Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Tidak patutkah daku menjadi hamba Allah yang bersyukur?” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, juga oleh Basyar bin Mu’adz, dari Abu `Awanah,dari Ziyad bin `Alaqah, yang bersumber dari al Mughirah bin Syu’bah r.a.)
.
# “Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan solat malam hari tiga belas rakaat.” (Diriwayatkan oleh Abu Kuraib Muhammad bin al A’la, dari Waki’, dari Syu’bah, dari Abi Jamrah,yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.)
.
# “Sesungguhnya apabila Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tidak sempat solat malam hari kerana tertidur atau berat rasa ngantuknya, maka Baginda lakukan solat dua belas rakaat di siang hari.” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Abu `Awanah, dari Qatadah, dari Zurarah bin Aufa, dari Sa’id bin Hisyam, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)
.
# “Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam melaksanakan solat di malam hari sebelas rakaat. Rasulullah lakukan solat witir (ganjil) satu rakaat. Apabila Baginda selesai melakukan solat itu, Baginda berbaring dengan lambung kanannya di sebelah bawah.” (Diriwayatkan oleh Ishaq bin Musa, dari Ma’an, dari Malik, dari Ibnu Syibab, dari Urwah,yang bersumber dari `Aisyah r.a.)
.
.
7. Solat Witir
# Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. dari Abu Hurairah, Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
.
# Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.” (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.).
8. Zikir Rasulullah SAW.
# Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.; “Beberapa orang miskin (fakir) menemui Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan berkata, “Orang kaya akan mencapai darjat tinggi dan kesenangan yang tetap, dan mereka mengerjakan solat seperti kami dan puasa seperti kami pula. Mereka memiliki harta yang lebih sehingga mampu melaksanakan ibadah Haji dan Umrah; berperang di jalan Allah dan menderma.”
.
# Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Mahukah kukatakan sesuatu kepada kamu yang apabila kamu kerjakan, kamu akan mampu mengejar orang-orang yang mengunggulimu? Tidak ada yang akan melebihi kamu dan darjat kamu akan lebih baik dari orang-orang yang hidup bersama kamu kecuali yang mengerjakan hal yang sama. Ucapkanlah Tasbih (Subhanallah), Tahmid (Alhamdulillah), & membaca takbir (Allahu Akbar), masing-masing 30 kali setiap kali selesai mengerjakan solat.”
.
Perawi hadis ini berkata, “Kami berbeza pendapat mengenai hal ini dan sehagian dari kami berkata bahawa kami harus mengucapkan Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 34 kali. Aku menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan Baginda bersabda, “Ucapkanlah; Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.” (Sahih Bukhari, Hadis No.: 479)
.
# Dari Jabir bin Abdullah ra., Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Zikir yang paling utama adalah Laa ilaaha illallaah dan doa yang paling utama adalah Alhamdulillah.” (HR. Tirmidzi)
9. Puasa Sunat.
# “Aku melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali pada bulan Syaaban dan Ramadhan.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Sufyan, dari Manshur, dari Salim bin Abil Ja’di, dari Abi Salamah, yang bersumber dari Ummu salamah r.a.)
.
# “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berpuasa pada awal bulan selama tiga hari pada setiap bulan, dan jarang sekali Baginda tidak berbuka pada hari Jumaat.” (Diriwayatkan oleh al Qasim bin Dinar al Kufi, dari Ubaid bin Musa, dan diriwayatkan pula oleh Thalaq bin Ghanam, dari Syaibani, dari `Ashim, dari Zirin bin Hubaisy, yang bersumber dari Abdullah r.a.)
.
# “Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersungguh-sungguh mengamalkan puasa hari Isnin dan Khamis.” (Diriwayatkan oleh Abu Hafsah, Umar bin Ali, dari Abdullah bin Daud, dari Tsaur bin Yazid, dari Khalid bin Ma’dan, dari Rabi’ah al Jarsyi, yang bersumber dari Aisyah r.a.).
10. Sedekah
.
# Diriwayatkan ketika Sayyidatina Aishah dikunjungi peminta sedekah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam meminta Aisyah memberikan separuh daripada kurma yang mereka ada kepada seorang hamba kerana ia sudah mencukupi untuk Aisyah dan juga kepada hamba itu.
.
# Daripada Anas bin Malik meriwayatkan, “Seorang lelaki daripada kaum Ansar datang menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan meminta sesuatu daripada Baginda. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berasa ihsan lalu berusaha membantu lelaki Ansar mencari modal dengan melelong dua barang yang ada pada lelaki itu kepada sahabat yang hadir dan berjaya mendapatkan dua dirham.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyerahkan wang itu kepada lelaki Ansar berkenaan lalu berkata: “Belikan satu dirham untuk keperluan keluargamu dan satu dirham lagi belikan sebilah kapak dan engkau kembali ke sini.” Beberapa ketika kemudian lelaki itu kembali semula menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan membawa sebilah kapak.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah melengkapkan kapak itu dengan membuatkan pemegangnya terlebih dahulu dan berkata, “Pergilah cari kayu api sebanyak mungkin lalu hasilnya kamu jualkan di pasar.” Lelaki itu akur melaksanakan apa yang disaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dua bulan berlalu lelaki itu menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaporkan hasil kerjanya yang berjaya meraih wang sebanyak sepuluh dirham. Kemudian Baginda meminta wang perolehan itu digunakan untuk membeli pakaian dan makanan keluarga lelaki Ansar tersebut.”
.
# Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu.” (HR. At-Tirmidzi) ~ Abdullah bin Harits, pernah ditanyakan tentang Baginda: “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” (HR Tirmidzi).
.
# Ibn Abbas melaporkan:
“Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang paling dermawan dan Baginda lebih dermawan lagi pada Ramadhan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)
>>> RAWATAN & SIHAT Tanpa UBAT <<<