Isnin, 23 November 2020

Ikuti 7 Sunnah Nabi Setiap Hari

By 5:11 PTG


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi Shalallahu Alaihi Wassalam itu adalah:

● Pertama, 

Shalatlah Tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada shalat Tahajjud-nya.

● Kedua, 

Bacalah Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

● Ketiga, 

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang memanggil orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

● Keempat, 

Jaga Shalat Dhuha kerana kunci rezeki terletak pada shalat dhuha

● Kelima, 

Jagalah sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

● Keenam

Jagalah wudhu kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.

Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu shalat walau ia sedang tidak shalat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangi dia,ya Allah”.

● Ketujuh, 

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan beristighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Ada tiga do'a yang janganlah kau lupakan dalam sujudmu

1. Mintalah diwafatkan dalam keadaan husnul khotimah :

Allahumma inni as'aluka husnal khotimah

Artinya : " Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah "

2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum wafat :

Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut

Artinya: " Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat "

3. Mintalah agar hati kita ditetapkan di atas Agamanya :

_Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika

Baca Lagi...

Ahad, 22 November 2020

Maksud Gelaran Ummi Pada Diri Nabi Muhammad S.A.W

By 3:59 PTG No comments

Apakah yang dimaksudkan dengan "Ummi" itu ? 

Sesetengah daripada kita beranggapan gelaran ummi pada Rasulullah SAW itu bermaksud orang yang tidak tahu menulis dan membaca. 

Benarkah gelaran ummi itu dimaksudkan dengan orang yang tidak tahu menulis dan membaca ? 

Perkataan “tidak tahu” pada ayat tersebut sebenarnya telah merendahkan sifat kebijaksanan Rasulullah SAW. 

Sehingga orang kafir mempertikaikan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW, Rasul yang amat kita kasihi. Orang kafir berpendapat, bahawa orang yang bijaksana mestilah tahu menulis dan membaca kerana itu adalah cara atau kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan.

Saya ingin menceritakan satu kisah berkenaan dengan seorang ustaz yang sangat mencintai Rasulullah SAW. Ustaz ini mengambil PhD dan beliau telah membuat kajian tentang "UMMI" iaitu sifat yang ada pada Rasulullah SAW.

Sejak kecil hingga dewasa, ustaz ini hanya mengetahui maksud ummi pada Rasulullah itu sebagai orang yang tidak tahu menulis dan membaca.

Beliau telah berjumpa dengan ramai professor dan melawat banyak perpustakaan universiti di negara-negara Arab tetapi jawapan yang ditemui tetap juga sama. Beliau berasa sedih kerana sejak kecil beliau tidak berpuas hati dengan jawapan ini. Beliau sangat mencintai Rasulullah dan tidak sanggup mendengar penghinaan orang kafir terhadap junjungan besar Nabi kita.

Kunjungan terakhirnya ialah di Makkah Al- Munawwarah. Selepas bersolat dan berdoa di hadapan Ka’bah, beliau melihat seorang tua senyum kepadanya.

Ustaz ini datang kepada orang tua itu dan berbual-bual. Akhirnya soalan terakhir yang dikemukakan oleh ustaz ini kepada orang tua itu ialah ‘ apakah maksud ummi yang ada pada Rasulullah SAW itu sebenarnya?’.

Walaupun tidak yakin dengan jawapan yang akan diberikan oleh orang tua itu, tetapi ustaz ini bertanya juga. Orang tua itu tersenyum dan akhirnya menjawab….

“ Wahai anakku, UMMI itu sebenarnya berasal daripada perkataan bahasa Arab lama yang membawa 2 maksud.:

Maksud yang pertama ialah INDUK dan maksud yang kedua ialah ORANG YANG TIDAK TAHU MENULIS DAN MEMBACA. 

Perkataan INDUK itu pula mendukung dua maksud juga iaitu yang pertama IBU dan maksud yang kedua ialah TEMPAT LETAKNYA SEGALA SESUATU

Sebenarnya ummi pada Nabi Muhammad SAW itu membawa maksud pengertian induk yang kedua iaitu "tempat letaknya segala sesuatu" dan bukannya orang yang tidak tahu menulis dan membaca.

Wahai anakku, anda pun tahu segala ilmu pengetahuan yang berada di dunia ini terdapat di dalam kitab Al-Quran dan Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia. 

Ini bermaksud Rasulullah adalah tempat berkumpulnya segala ilmu pengetahuan. Perlukah orang yang telah mempunyai segala ilmu pengetahuan belajar menulis dan membaca, sedangkan menulis dan membaca hanyalah satu kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan. 

Rasulullah tidak perlu kepada menulis dan membaca kerana Allah SWT sendiri melalui malaikat Jibril telah mengajar Rasulullah SAW AI-Quran, kitab yang mengandungi segala ilmu ilmu dunia dan akhirat. Hanya orang biasa seperti kita yang patut tahu bagaimana hendak menulis dan membaca kerana hanya dengan cara itu kita dapat mencari ilmu. 

Jadi maksud ummi pada Rasulullah SAW yang anak cari selama ini bukanlah orang yang tidak tahu menulis dan membaca tetapi terdapat dalam maksud induk yang kedua iaitu "TEMPAT LETAKNYA SEGALA ILMU PENGETAHUAN". Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul Yang bersifat Bijaksana. ”

Selepas mendengar jawapan daripada orang tua itu, ustaz itu memeluk orang tua itu dan menangis sedih kerana kejahilannya selama ini yang beranggapan bahawa ummi pada Rasulullah itu bermaksud orang yang tidak tahu menulis dan membaca, sedangkan maksud ummi yang sebenar yang ada pada diri Rasulullah itu adalah lebih tinggi maksudnya.  Dia merasa sangat gembira kerana apa yang dicarinya selama ini telah ditemui.

Melihatlah dengan pandangan mata hati…

Moga bermanfaat Dan dapat mengubah kefahaman kita masing-masing. 

InshaaAllah...

Baca Lagi...

Jumaat, 29 Mei 2020

Jangan Merasa Diri Kita Baik

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang buat silap.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun kita sudah pakai jubah, berserban, bertutup litup menutup aurat dengan sempurna.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat yang lain.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun setiap saat kita kemaskini status berunsur nasihat  dan dakwah.
 
Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun setiap masa kita menolong orang lain.

Allah berfirman di dalam Al Quran Surah an-Najm ayat 32:-

فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى

".........Janganlah kamu menganggap diri kamu suci(orang baik) kerana Allah yang lebih mengetahui siapa yang benar benar bertaqwa

Sayyidatina Aisyah (ra) ditanya seseorang " Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya " iaitu Orang yang merasa dirinya baik".

Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "Iaitu Orang yang merasa dirinya buruk".

JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK daripada orang LAIN.

Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah SWT.

Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.

Selalu letak diri kita dalam keadaan;

"Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia masing masing hanya diketahui Allah"

"Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan cuba membantu Orang lain " Untuk menjadi lebih baik.
kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Tidak merasa diri sebagai Orang baik hendaklah ada sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir.

Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad.
 Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah. Kerana Orang yang terus beramal sambil memperbaiki dan memeriksa niatnya akan ditarbiah oleh Allah SWT akan hatinya.

Dengan cara ini, seseorang akan melatih dirinya untuk bersifat tawaduk dan menjauhkan dirinya dari penyakit ujub(merasa kagum dengan diri sendiri) dan takabbur.

Disamping itu kita sentiasa berusaha mperbaiki diri sendiri serta Orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang.

Hanya Allah SWT yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.

Baca Lagi...

Jumaat, 24 April 2020

Penghapus Dosa

Bagaimana puasa pertama anda? Yang pasti hari pertama puasa sudah kita lalui. Mungkin tak terasa mudah, tapi percayalah bahawa hasilnya pasti akan mewah. Bagaimana tidak? Dengan ibadah puasa, Allah S.W.T akan mengampuni dosa-dosa kita yang sangat banyak. Dosa-dosa yang sudah kita lakukan tanpa merasa bersalah sama sekali. Dosa-dosa yang kita lakukan dengan khilaf yang seakan-akan tak ada henti. Maka janganlah menyerah, walau seburuk apapun yang diri yang kita rasa. Janganlah menyerah dan manfaatkan kesempatan saat ini yang sangat berharga. Janganlah menyerah dan teruslah beribadah. Kerana kita tidak tahu rahmat Allah akan turun di ibadah yang mana. Semoga puasa kita adalah sebenar-benarnya puasa. Puasa yang menyebabkan terhapusnya segala dosa-dosa kita. Bukan puasa yang hanya sekadar menunaikan kewajiban.⁣⁣

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa sholat di malam lailatul qadr kerana iman dan mengharapkan pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. Muslim)⁣⁣
Baca Lagi...

Ahad, 19 April 2020

Hati-hati Jangan Sampai Jadi Istidraj

"AKU tak solat, tapi aku berjaya. Jadi tak betullah solat itu membawa kejayaan."

"Dia banyak buat maksiat tetapi kekayaannya tak pernah putus."

Pernah ke kita lalui perkara sebegitu? Jika bukan kita, mungkin orang di sekeliling pernah menghadapinya, bukan?

Walaupun ada yang menganggap kejayaan atau kekayaan itu satu nikmat dan pemberian ALLAH SWT, namun, jangan lupa ia sebenarnya satu ujian dahsyat yang mungkin boleh bertukar menjadi istidraj.

Apa itu istidraj? Ia adalah kurniaan yang ALLAH SWT berikan tanpa putus kepada seseorang walaupun dia bukanlah seorang hamba ALLAH SWT yang taat kepada-Nya.

Malah, dia adalah ahli maksiat yang tegar. Namun, bagi mereka pula, pemberian itu dianggap sebagai nikmat yang melimpah-ruah tanda ALLAH SWT sayang dan cinta kepadanya.

Sesungguhnya, ALLAH tidak pernah menghalang kita mencari kejayaan tetapi cuba kita fikirkan sejenak, sejauhmana ikhlas dan betulnya jalan yang kita ambil untuk mencapai sesuatu kejayaan itu?

Barangkali ada golongan yang menutup aurat, tetapi tidak mengikut syariat agama dan di satu pihak lagi, mereka keluarkan zakat, hatta wakaf juga yang bernilai tinggi tetapi dalam hati masih rasa dia rugi.

Sebenarnya, di sinilah ujian ALLAH pada kita tanpa sedar.

Inilah istidraj dan inilah juga hakikat 'kebencian' Tuhan kepada kita.

Kita sahaja yang tidak sedar akibat lena dibuai dengan anggapan bahawa ALLAH SWT sayang kita.

Ambillah pengajaran dari kisah Qarun iaitu orang yang terkaya ketika zaman Nabi Musa AS. Dialah manusia yang mendapat istidraj daripada ALLAH SWT sehingga kematiannya tidak berpisah dengan harta yang dimiliki.

Akhirnya ALLAH telah menghina kematiannya dengan menenggelamkan ke dalam bumi bersama harta kekayaannya.

"Ya ALLAH...saya sudah terlalu jauh...maafkanlah kekhilafan hamba-Mu ini."

(Sumber: Seindah Sabda Rasul, Muhd Nasruddin Dasuki)

Baca Lagi...

Khamis, 16 April 2020

Renungan Dari Presiden Turki

By 10:09 PTG No comments
Presiden Turki, Erdogan berkata:
Ketika saya masih kecil, saya sangat ego (hagah), selalu mengambil yang terbaik untuk diri saya sendiri.
Perlahan-lahan, semua orang meninggalkan saya dan saya tidak punya ramai kawan.
Tidak terfikir itu salah saya tetapi saya mengkritik dan menyalahkan orang lain.
Ayah saya telah memberi saya 3 kalimat pengajaran dan beberapa pilihan untuk membantu saya dalam hidup.
Pada suatu hari, ayah masak 2 mangkuk mie dan letak atas meja, semangkuk ada telur dan 1 lagi tiada.
Ayah berkata, "Anakku, pilih, mangkuk mana yang kamu nak".
Untuk pengetahuan, masa itu telur susah dapat.
Hanya boleh makan telur semasa adanya Temasya Tahun Baru Islam. Pasti saya pilih yg ada telur.
Ketika makan, saya rasa cukup bijak kerana pilih yg ada telur, tapi saya terkejut melihat mangkuk ayah ada 2 telur dibawah mie.
Saya sangat menyesal, marah pada diri sendiri kerana telah salah pilih.
Ayah tersenyum dan berkata; "Anakku, kamu harus ingat, apa yg kamu lihat, mungkin tidak benar, jika kamu berhasrat ingin beruntung dari orang lain, kamu akan menemui kegagalan dan keciwa....
Keesokan harinya, ayah masak 2 mangkuk mie spt biasa, semangkuk ada telur di atasnya, semangkuk lagi tiada, kemudian suruh pilih.
Kali ini saya rasa bijak buat pilihan yg mana saya pilih yg tiada telur namun terkejut bila mendapati tiada 1 pun telur dibawahnya.
Ayah saya tersenyum faham dan berkata...
"Anakku, kamu tidak harus selalu bergantung pada pengalaman, kerana ianya boleh mengucar-kacir dan mengeciwakan hidupmu dan selalu tertipu. Tetapi kamu tidak boleh terlalu sugul dan bersedih. Ini merupakan pengajaran buat kamu. Kamu tidak akan dapat pengajaran seperti ini di sekolah hingga ke universiti.
Hari ketiga, ayah masak mie lagi, semangkuk ada 2 telur dan semangkuk lagi tiada dan suruh saya pilih.
Kali ini, saya suruh ayah pilih dulu kerana ayah adalah kepala keluarga yang pasti memilih yg ada telur dan saya ingin melepaskan mie yg ada telur kepada ayah, tidak mengapa saya dapat yg tiada telur. Ayah telah pilih yg ada telur.
Ketika makan saya menjangkakan pasti mangkuk saya tiada telur, tapi rupa2 ada 3 telur dibawah.
Ayah tersenyum faham riak muka saya dan berkata;
"Anakku, harus ingat, ketika kamu berniat memberikan yg terbaik kepada orang lain, kebaikkan itu akan kembali kepada kamu".
Saya selalu ingat 3 untaian kalimat nasihat ayah dan hidup saya selalu melakukan sesuai nasihatnya.
Dan... Alhamdulillah saya berjaya.
Sebab, jika ada iri hati/dendam dan mementingkan diri sendiri, di situ ada kekacauan dan semua jenis kejahatan.
C&p dr fb Rimie Azliza Ali.
Baca Lagi...

Cara Hidup Sihat Tanpa Stres

By 7:01 PTG No comments


Bertenang boleh membantu individu dalam mencegah penyakit seperti tekanan yang mengakibatkan gastrik, meningkatkan kesihatan mental dan tahap tenaga.

Kunci gaya hidup sihat bukan sekadar senaman dan diet seimbang semata- mata, tetapi juga kesihatan mental yang baik.

Gaya hidup yang sibuk mendedahkan individu kepada keadaan kesihatan yang membahayakan serta memburukkan lagi penyakit dihidapi. Menjauhi stres penting untuk merehatkan tubuh, minda dan jantung.

Menurutnya, bernafas dengan cara betul baik untuk kesihatan kerana dapat melapangkan dan menenangkan minda, mengurangkan kebimbangan, membebaskan endorfin (ubat tahan sakit semula jadi tubuh), merehatkan otot, meningkatkan oksigen dan aliran darah, menyingkirkan toksik dan mengukuhkan sistem pertahanan badan.



Baca Lagi...

Kuasa memaafkan yang sangat hebat

Kesan memaafkan kepada kesihatan

Secara klinikal, memaafkan adalah apabila anda sampai ke tahap di mana anda boleh "membebaskan" rasa permusuhan dan perasaan marah terhadap orang yang telah menyakiti anda, tanpa mengira sama ada mereka benar-benar layak menerima kemaafan atau tidak.

Perlu diingat bahawa pengampunan adalah proses dan bukannya peristiwa. Itulah sebabnya terdapat perbezaan besar antara decisional forgiveness dan emotional forgiveness.

Decisional forgiveness adalah "niat tingkah laku dalam menentang pendirian untuk tidak memaafkan dan untuk bertindak secara berbeza terhadap pelaku".

Emotional forgiveness atau kemaafan emosi pula adalah "penggantian emosi negatif yang tidak dapat diterima dengan emosi berorientasikan positif yang lain.

Memaafkan membebaskan anda daripada kemelut dalaman

Kemaafan emosi melibatkan perubahan psikofisiologikal dan mempunyai lebih banyak kesan terhadap kesihatan dan kesejahteraan secara langsung berbanding decisional forgiveness.

Kajian mendapati bahawa jenis keperibadian yang suka memaafkan dikaitkan dengan kesejahteraan subjektif dan psikologi yang lebih baik.

Kajian-kajian lain mendapati bahawa tindakan memaafkan dikaitkan dengan tubuh badan yang lebih baik, pengurangan penggunaan ubat-ubatan, kualiti tidur yang lebih baik, kurang letih dan aduan somatik yang lebih rendah.

Malah, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Cardiology, memaafkan juga dikaitkan dengan kesihatan kardiovaskular yang lebih baik.

Para penyelidik mendapati bahawa kemarahan dan emosi negatif yang lain mempunyai kesan toksik terhadap kardio, sementara memaafkan mempunyai peranan yang lebih baik terhadap kardio.

Kesan memaafkan terhadap kesihatan

berdendam boleh menyebabkan kemungkinan berlaku penyakit kanser

Jika anda terus marah, keliru dan bermusuhan tentang sesuatu yang berlaku pada masa lalu, tubuh badan anda juga akan mula mengalami kesannya. 

Dr Steven Standiford, Ketua Bedah di Kemudahan Rawatan Kanser di Amerika Syarikat, menyatakan bahawa mengingati perkara-perkara sedih ini membuatkan seseorang itu gugup dan menyebabkan kegelisahan dalaman.

Secara semulajadi, ini menyebabkan lonjakan kortison dan adrenalin dalam badan pada tahap yang tidak normal.

Hasilnya, ia akan mengurangkan jumlah sel yang berfungsi untuk menghapuskan ancaman dalam badan.

Dengan ini, sel-sel yang melindungi tubuh anda daripada penyakit akan terhalang apabila anda berada dalam keadaan marah, bermusuhan dan tidak memaafkan.

Saling memaafkan amalan mulia

Ini bermakna anda lebih cenderung untuk mendapat penyakit berbahaya seperti kanser.

Memilih untuk tidak memaafkan hanya membuatkan anda lebih sakit dan menghindarkan anda daripada pulih.

"Adalah penting untuk merawat kecederaan atau gangguan emosi, kerana ia benar-benar boleh menghalang tindak balas seseorang terhadap rawatan, malah kesediaan seseorang untuk menjalani rawatan" - Dr. Steven Standiford.

Dr. Michael Barry, pengarang buku The Forgiveness Project, menganggarkan bahawa 61% daripada pesakit kanser mempunyai masalah tidak mahu memaafkan.

"Menyimpan emosi-emosfi negatif seperti kemarahan dan kebencian ini akan mewujudkan situasi kebimbangan yang kronik. Kebimbangan kronik diramal sangat mampu menghasilkan adrenalin dan kortisol berlebihan, yang menghilangkan pengeluaran sel-sel pembunuh semulajadi, yang merupakan 'askar' dalam memerangi kanser" - Dr. Michael Barry.

Baca Lagi...

Mulut Berbau Atau Halitosis

Faktor utamanya adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Masalah gusi juga mungkin boleh menyebabkan mulut berbau.

Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. 

Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada ratusan dan mungkin utaan jenis bakteria. Keseimbangan antara jenis-jenis bakteria ini memastikan mulut sentiasa segar.

Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap orang. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.



Baca Lagi...

Alahan Terhadap Makanan

By 5:09 PG No comments
PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek allon argon yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap seseorang dikatakan alergik.

Istilah alergi makanan atau alahan makanan merujuk kepada tindak balas keimunan yang advers (kurang baik) terhadap komponen tertentu dalam sesuatu makanan, biasanya protein tertentu di dalam komponen makanan tertentu.

Asalnya ia tidak berbahaya dan boleh diterima badan tetapi protein ini kemudiannya dianggap penceroboh berbahaya kerana mencetuskan tindak balas keterlaluan. Masalah alergi makanan hendaklah dibezakan daripada reaksi luar jangkaan yang tidak berdasarkan mekanisma imun seperti nyahtoleran yang disebabkan kekurangan enzim penghadaman, kesan farmakologikal makanan dan reaksi toksik.

Mekanisma imun di sebalik alahan makanan masih belum diketahui sepenuhnya tetapi boleh dibahagikan kepada reaksi yang berkaitan dengan IgE antibodi dan yang tidak berkaitan.




Baca Lagi...

Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat

By 3:34 PG No comments
Adakalanya kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Tetapi hasil yang kita usahakan itu menjadi milik orang lain. 
Jadi kita beranggapan bahawa orang lain telah merampas rezeki yang dirasakan sepatut menjadi milik kita. 
Tetapi sebenarnya kita lupa bahawa rezeki tidak pernah salah alamat dan ianya menjadi milik kita tepat pada masa yang sesuai.
Jadi tidak guna kita marah, kecewa atau sewaktu dengannya.Ikhlaskan apa yang berlaku kecuali jika anda memilih hidup dalam kemurungan.
Sebenarnya apa yang berlaku adalah masa terbaik untuk kita melatih jiwa untuk mempercayai dan menerima setiap ketentuan dariNYA. 
Seterusnya meyakini bahawa ALLAH mampu memberi yang terbaik sebagai ganti untuk kehilangan itu.
Setiap masalah dan ujian itu hanyalah latihan untuk kita percaya akan kebesaran ALLAH bukan sekadar mengikut logik kita yang amat terbatas.
Baca Lagi...

Isnin, 13 April 2020

Redha Terhadap Ketentuan Ilahi

By 10:05 PTG No comments
Sikap redha itu haruslah ditunjukkan, baik ketika menerima nikmat mahupun ketika ditimpa musibah. Seorang ahli tasawuf wanita yang terkenal iaitu Rabiatul Adawiyah, ketika ditanyakan orang, apakah ciri-ciri seorang hamba yang redha terhadap Tuhannya, beliau menjawab, “Apabila kegembiraannya menerima musibah serupa dengan kegembiraannya ketika menerima nikmat.”

Dalam al-Quran telah disebut tidak kurang daripada 70 kali perkataan-perkataan yang mengandungi maksud redha. Pada umumnya, ia mempunyai kaitan dengan masalah iman, amal soleh, kebajikan dan nilai utama yang lainnya.

Malah sumber daripada sikap redha itu ialah iman, sehingga semakin kuat dan tebal iman seseorang semakin mantap pula sikap redha yang bersemi di dalam jiwanya.

Allah s.w.t. amat murka terhadap orang-orang yang tidak redha kepada ketentuan-Nya. Begitu rupa kemarahan Tuhan itu, sehingga Allah mempersilakan supaya perkara yang bersangkutan mencari Tuhan yang lain.

Hal ini dijelaskan dalam satu hadis Qudsi yang menyatakan, Barang siapa yang tidak sabar terhadap ujian-ujian-Ku dan tidak bersyukur kepada nikmat-nikmat-Ku dan tidak redha kepada ketentuan-ketentuan-Ku, maka hendaklah ia mencari Tuhan yang lain selain daripada Aku.

Menurut huraian ahli-ahli tafsir, ada tiga keistimewaan yang akan dihayati oleh orang yang bersikap redha iaitu yang pertama akan selalu mendapat petunjuk (hidayah) Allah.

Kedua ialah akan memperoleh keselamatan dan kebahagiaan hidup dan ketiga adalah senantiasa disenangi Allah.

Dalam kehidupan dan perjuangan seorang Islam, sikap redha itu adalah tahap terakhir yang harus diterima setelah terlebih dahulu melakukan usaha (ikhtiar) dengan segala kemampuan. Kalau dia menghadapi masalah di mana dia harus memilih antara dua alternatif yang sama kuat, maka hendaklah dia berhubungan dengan Allah s.w.t. dengan melakukan solat Istikharah supaya dicondongkan hatinya memilih yang lebih baik.

Kalau pilihan atau keputusan itu sudah ada meskipun buruk dan tidak sesuai dengan harapan, dia tetap menerima ketentuan itu dengan sikap yang redha.

Di sinilah terletak kebahagiaan bagi seorang Islam, seperti yang dijelaskan dalam satu hadis diriwayatkan Al-Bazar yang bermaksud:

Kebahagiaan manusia ialah memohon pilihan kepada Tuhannya dan bersikap redha terhadap ketentuan (qada’) tersebut. Tanda dari kecelakaan manusia ialah meninggalkan usaha istikharah (memohon pilihan) dan tidak redha terhadap ketentuan (yang diterimanya).

Dr. Yusuf Qaradawi menyatakan bahawa seorang Islam harus bersikap redha terhadap perkara iaitu redha terhadap diri sendiri dan Tuhannya, redha terhadap alam dan hidup, redha terhadap takdir dan redha terhadap rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t.

Baca Lagi...

Ahad, 12 April 2020

Syukur dan Sabar dengan Ujian

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”

(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)

Matan hadith :

عَنْ صُهَيْبٍ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
]صحيح مسلم , كِتَاب الزُّهْدِ وَالرَّقَائِقِ , بَاب " الْمُؤْمِنُ أَمْرُهُ كُلُّهُ خَيْرٌ "حديث رقم 2999[
Pengajaran Hadith :

1. Setiap Mukmin yang sempurna keimanannya akan sentiasa mendapat kebaikan dalam urusannya kerana dia sentiasa bersyukur. Manakala apabila ditimpa kesusahan dia bersabar dengan ujian tersebut kerana dengan kesabaran itu dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.

2. Seseorang yang tidak beriman akan ditimpa musibah kerana hatinya sentiasa keluh kesah, jiwa yang selalu meronta dan terseksa. Hati sentiasa dipenuhi perasaan hasad dengki, kemarahan dan memberontak. Tidak redha walaupun telah banyak diberikan pelbagai nikmat kerana dia tidak bersabar di atas musibah tersebut.

3. Pentingnya sifat syukur apabila seseorang mendapat kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah kerana ianya menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin tetapi amatlah sedikit dalam kalangan hamba yang diberikan  dua sifat ini. Justeru, taufik dan hidayah Allah SWT amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu adalah sebaik-baik nikmat.

Sumber rujukan :

1. Kitab Sahih Muslim
2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi
Baca Lagi...

Sabtu, 11 April 2020

Lihat, Fikir dan Zikir

Dari Abu Darda RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: Mahukah kamu akan aku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik bagi kamu, paling meningkatkan kedudukan kamu, paling disenangi oleh TuhanMu, bahkan lebih baik dari menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia daripada perang dengan musuh-musuh kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang? Jawab mereka: Mahu, wahai Rasulullah. Sabda beliau (mafhumnya): Berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya.

(HR, Muslim,Tirmidzi,Ibnu Majah.)

Menurut penceramah terkenal Ustaz Shahrizan bin Daud at-Turabi melalui rancangan Tarbiah yang bersiaran setiap Jumaat jam 10.15 pagi, Zikirullah yang dilafazkan melalui lisan iaitu Subahanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar merupakan amalan yang akan membawa kita untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bagaimanapun melalui rancangan Tarbiah yang mengupas tentang Lihat, Fikir dan Zikir, Ustaz Shahrizan mengajak para pembaca untuk mengubah dimensi kita berzikir agar kelaziman kita berzikir melalui lidah, akan memberi lebih penghayatan apabila kita juga berzikir melalui penglihatan.

Apa yang dimaksudkan berzikir melalui penglihatan? Zikir melalui penglihatan adalah di saat kita melihat apa sahaja ciptaan Allah swt di bumi ini akan menghadirkan kita akan kebesaranNya dan membawa kita untuk menyeru kekuasaan dan memuji indahnya ciptaan Allah.

Melihat alam dari pandangan mata kasar tidak akan membawa hati kita untuk dekat dengan Allah melainkan setiap satu ciptaan Allah dilihat dengan pandangan mata hati yang benar-benar tulus ikhlas kerana anugerah ciptaan Allah ini amat luar biasa dan tidak mampu dihitung oleh manusia.

Barangkali sebelum ini kita hanya sekadar melihat alam ini tanpa menghayati hikmah penciptaannya sehingga kita jarang merasai nikmat kurniaan Allah dan jauh sekali untuk melafazkan rasa syukur dan berzikir ke atasnya. Namun dengan kesedaran yang hadir melalui penghayatan kita terhadap ciptaan Allah ini membuat kita lebih menghargai anugerah Allah yang sekian banyak nikmatnya kepada kita.

Sebagaimana disebut melalui Surah al-Ghathiyyah ayat 17 hingga 20 yang bermaksud “Apakah mereka tidak memandang unta, bagaimana telah dijadikan. Dan kepada langit, bagaimana dia telah diangkat. Dan kepada gunung-gunung, bagaimana dia telah dipancangkan. Dan kepada bumi, bagaimana dia telah dihamparkan”.

Melalui surah al-Ghathiyyah, Allah menukilkan penciptaan binatang seperti unta yang mempunyai kelebihan dan setiap ciptaan Allah itu amat unik dan luar biasa. Jika kita merenungnya secara mendalam kita akan merasa amat terkesima kerana agungnya kuasa Allah mencipta binatang seperti unta yang kisahnya dinukilkan di dalam al-Quran.

Zikir melalui mata mengajak kita semua untuk terus menghayati ciptaan Allah agar kita terus menjadi manusia yang sentiasa redha dan taat kepada perintahNya. Malahan menyebut dan memuji Allah di saat kita merada dalam kesulitan boleh meleraikan kekusutan sebagaimana disebut di dalam ayat suci al-Quran menerusi surah Ra’dul ayat 28 yang bermaksud “Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati menjadi tenteram”. Kerana sifat Allah yang Maha pemurah dan memiliki segala kehebatan umpama senjata bagi mengubat hati-hati manusia dan tidak tenteram.

Malahan, amalan zikir itu sendiri bukan hanya sekadar ibadah, tetapi juga merupakan amalan yang boleh membersihkan dan menyucikan jiwa manusia, mendekatkan diri kepada penciptanya, membuka hijab rohani dan seterusnya mencapai makrifat terhadapNya. Zikir mendidik hati manusia untuk selalu mencari kebaikan kerana mengingati Allah akan menutup pintu-pintu syaitan yang selalu mendorong manusia berbuat maksiat dan kejahatan.

Hakikatnya Setiap kejadian yang Allah ciptakan di muka bumi ini adalah untuk kita berfikir dan mengambil iktibar bahawa betapa kerdilnya kita di sisiNya. Oleh itu sebagai hamba yang mencari redha Allah, wajib bagi kita untuk bertindak dan mengambil pendekatan yang membolehkan diri kita berada selalu denganNya.

Berzikir melalui pandangan hati yang tajam menjadikan satu bentuk hiburan kepada hati yang sedang resah. Apabila kita memuji nama-nama Allah akan mendatangkan kebahagiaan kepada hati, kerana perbuatan itu tidak lain mendatangkan kemuliaan kepada diri sendiri.

“Dari Abu Sa’id al-Khudzri RA, Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah sekelompok orang duduk dan berzikir kepada Allah, melainkan mereka akan dikelilingi para malaikat, mendapatkan limpahan rahmat, diberikan ketenangan hati, dan Allah pun akan memuji mereka pada orang yang ada di dekat-Nya.” (HR. Muslim)

Makhluk yang paling mulia dan bertakwa kepada Allah adalah insan yang lisannya selalu basah dengan zikirullah. Ini kerana, orang-orang  yang dekat dengan zikrullah melalui lisan dan merasa kekuasaan Allah melalui penciptaan alam ini adalah orang yang sangat untung. Hatinya selalu tunduk dengan perintah Allah dan merasa takut terhadap kemungkaran yang berlaku. Inilah yang disebut sebagai hati-hati yang ditatang oleh Allah apabila kita memelihara Allah.

Bagaimana untuk kita benar-benar fokus dan menghayati dengan apa yang kita lihat adalah dengan  memilih persekitaran yang baik supaya kita dapat lebih penghayatan terhadap sesuatu keadaan. Sebagaimana yang dianjurkan dan diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW  adalah berzikir dan bermunajat pada waktu sepertiga malam. Amalan pada waktu ini dalam keadaan sunyi dan tenang memberi ruang kepada diri kita untuk benar-benar menikmati amalan zikrullah dan ibadah yang lain.

Rasulullah SAW juga pernah menggambarkan perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah seperti orang yang hidup, sementara orang yang tidak berzikir kepada Allah sebagai orang yang mati. Sebagaimana hadis yang bermaksud “Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dan orang yang tidak berzikir, adalah seumpama orang yang hidup dan mati.” (HR. Bukhari).

Bahkan dalam riwayat lain, Rasulullah SAW juga mengumpamakannya dengan rumah. Rumah orang yang berzikir kepada Allah adalah rumah manusia hidup, dan rumah orang yang tidak berzikir adalah seperti rumah orang mati. Justeru bagi menghidupkan hati-hati kita agar tidak mati atau mudah rapuh dek dugaan dan ujian hidup, mari kita perbanyakkan berzikir dan mengingati Allah SWT.

Seorang mukmin yang sentiasa mengajak orang lain untuk kembali kepada Allah, akan selalu menghidupkan dirinya dan orang lain dengan memuji dan menyebut nama Allah, kerana pada hakikatnya dengan zikrullah akan menghidupkan hati mereka yang jauh dariNya.

Oleh itu, pandanglah dunia ini dengan renungan mata hati agar kita selalu dapat memaknakan hidup ini dengan perkara-perkara yang mendekatkan diri kita denganNya dan seterusnya mendapat redha Allah dunia dan akhirat.

Baca Lagi...

Jumaat, 10 April 2020

Jangan Engkau Tinggalkan Membaca Al-Quran

Ada seorang guru yang berpesan kepada anak muridnya 

"Jangan engkau tinggalkan membaca Al-Quran, semakin banyak engkau membacanya, engkau akan mendapati urusanmu akan bertambah mudah" 

Lalu anak murid itu mengikut apa yang dinasihatkan oleh gurunya, pada permulaannya dia mampu membaca 3 juz Al-Quran sehari,

Lalu dari hari kehari, jumlah helaian yang mampu dibacanya bertambah, dan dia mendapati urusannya semakin dimudahkan oleh Allah,

Kemudian dia bertanya kepada gurunya "wahai guruku, aku mendapati jumlah helaian Al-Quran yang mampu aku baca semakin meningkat, sedangkan aku seorang yang sibuk dengan kerjaku"

Maka gurunya berkata "waktu seharianmu menjadi berkah, kerana banyaknya engkau membaca Al-Quran, engkau terasa seakan-akan mampu melakukan banyak urusanmu walaupun hanya waktu yang singkat.."

Subahanallah
Melalui kisah tadi sudah membuktikan bahawa, apabila kita membaca Al-Quran waktu kita menjadi lebih berkah.

Secara logiknya, bila kita membaca banyak helaian al-quran, ia akan mengambil masa yang lama bukan?? 

Mesti hanya sedikit waktu yang berbaki, sehingga kita hanya mampu melakukan hanya sedikit urusan lain, tetapi

Semakin banyak al-quran kita baca, kita akan mendapati semakin banyak pula urusan yang mampu kita lakukan.

Bukan kerana waktu 24 jam itu bertambah, tetapi kerana berkahnya waktu, dan kerana urusan kita dipermudahkan oleh Allah Sang Penjaga masa kita.

Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam bersabda;

"Barangsiapa yang bangun di pagi hari, dan hanya dunia yang difikirkan olehnya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak Allah keatas dirinya, maka Allah akan menanamkan 4 penyakit padanya;

1- Kebingungan yang tiada putusnya
2- Kesibukkan yang tidak ada hujungnya
3- Keperluan yang tidak pernah merasa cukup
4- Angan-angan yang tiada penghujungnya

(HR MUSLIM)

Sahabat! Sebagai kesimpulannya, bila kita menunaikan hak Allah, maka Allah akan permudahkan segala urusan kita, dan keberkahan dalam "waktu" berkah dalam "rezeki" berkah dalam "keperluan" dan berkah dalam semua urusan  ...

Semoga kita perolehinya...

Baca Lagi...

Sibuk Bukan Alasan Tidak Baca Al-Quran

By 6:01 PTG No comments

Kesibukan tidak boleh dijadikan alasan untuk umat Islam tidak membaca al-Quran, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff.

Menurutnya, umat Islam yang sering menjadikan kesibukan mereka sebagai halangan untuk mendekati dan membaca al-Quran perlu mengubah minda.


"Kita selalu kata sibuk sebab itu tak baca al-Quran tetapi sebenarnya kita jadi sibuk kerana tidak membaca al-Quran.

"Mungkin kita juga sudah hilang 'baraqah' masa kerana tidak membaca al-Quran," katanya ketika temubual secara langsung Gema Wahyu sempena Malaysia #QuranHour 2019 di Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Menurutnya, sebelum ini beliau sendiri mempunyai masalah pernafasan pendek untuk membaca al-Quran tetapi tidak menjadikan ia sebagai halangan utama.

"Saya amalkan baca al-Quran setiap hari, akhirnya ada perubahan dan saya kini boleh mengawal pernafasan dengan lebih baik.

"Jadi jelas, sebab ada masalah kita kena baca al-Quran," katanya.

Sementara itu, Johan Qari Kebangsaan dan Antarabangsa 2011, Amirahman Abas yang merupakan salah seorang qari yang akan terlibat dengan program Malaysia #QuranHour 2019 pada 30 Ogos ini turut senada dengan Marhaini.

"Jangan fobia atau takut, cuba dulu baru tahu. Sepanjang pengalaman saya, ada ramai yang tidak boleh sebut huruf 'L', 'R' termasuk alami masalah nafas pendek ketika baca al-Quran. Jadi kena cari guru dan belajar, baru kita rasa seronok.

"Program #QuranHour juga sebenarnya menjadikan kita terbuka hati untuk belajar. Bila sudah belajar, baru kita tahu sama ada suka atau tidak," katanya mengakui program tersebut memberi impak baik bukan sahaja kepada generasi muda, pesara mahupun organisasi tetapi juga penyelesaian kepada masalah sosial dalam kalangan remaja atau keluarga bermasalah.

Beliau berkata, terdapat hadis mengatakan sebaik-baik teman ialah al-Quran dan bertepatan dengan itu, program yang dilaksanakan WUIF termasuk #QuranHour berperanan untuk menarik golongan yang bermasalah ini untuk mendekati dan membaca al-Quran.

"Kita mahu orang rasa al-Quran ini kawan mereka dan insya-ALLAH apabila mereka dekati al-Quran segala masalah, tabiat kurang baik, perangai tak elok akan dapat dibendung.

"Orang yang baca al-Quran dengan cara benar pertama mereka akan baiki bacaan, kemudian belajar sedikit maksud bacaan dan kemudian hati mulai tadabbur dan rasa seronok. Bila ada Quran dalam diri, mereka boleh kawal sendiri tingkah laku," katanya.

Dalam pada itu, Marhaini menyeru orang ramai untuk bersama menggemakan surah al-Kahf pada 30 Ogos ini termasuk menghayati pesan kemerdekaan menerusi 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahf bermula jam 11 pagi hingga jam 12 tengah hari di Masjid Putra, Putrajaya.


Sumber : Sinar Harian Online


Baca Lagi...

Khamis, 9 April 2020

Syukur dan Sabar dengan Ujian

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : 

“Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”


(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)

Matan hadith :
عَنْ صُهَيْبٍ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
]صحيح مسلم , كِتَاب الزُّهْدِ وَالرَّقَائِقِ , بَاب " الْمُؤْمِنُ أَمْرُهُ كُلُّهُ خَيْرٌ "حديث رقم 2999[
Pengajaran Hadith :

1. Setiap Mukmin yang sempurna keimanannya akan sentiasa mendapat kebaikan dalam urusannya kerana dia sentiasa bersyukur. Manakala apabila ditimpa kesusahan dia bersabar dengan ujian tersebut kerana dengan kesabaran itu dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.

2. Seseorang yang tidak beriman akan ditimpa musibah kerana hatinya sentiasa keluh kesah, jiwa yang selalu meronta dan terseksa. Hati sentiasa dipenuhi perasaan hasad dengki, kemarahan dan memberontak. Tidak redha walaupun telah banyak diberikan pelbagai nikmat kerana dia tidak bersabar di atas musibah tersebut.

3. Pentingnya sifat syukur apabila seseorang mendapat kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah kerana ianya menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin tetapi amatlah sedikit dalam kalangan hamba yang diberikan  dua sifat ini. Justeru, taufik dan hidayah Allah SWT amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu adalah sebaik-baik nikmat.

Sumber rujukan :

1. Kitab Sahih Muslim
2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi

Baca Lagi...

Rabu, 8 April 2020

Rahsia Zuhud Hassan Al Basri

By 1:32 PG No comments
Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.

Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH.

Sahabat2 ku:
Jangan tertipu
dengan usia MUDA
kerana syarat Mati
TIDAK harus TUA.

Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SIHAT
kerana syarat Mati
TIDAK mesti SAKIT

Jangan terperdaya dengan
Harta kekayaaan
Sebab Si kaya pun tidak pernah
menyiapkan Kain Kafan
buat dirinya
meski cuma selembar.

Mari terus berbuat BAIK,
berniat untuk BAIK,
berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dgn nasihatmu

Cukup lah اللهِ yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain.

Jadilah bagai Jantung
yang tidak terlihat,
Tetapi terus berdenyut
setiap saat kita
terus dapat hidup, berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
oleh NYA

Sahabat2ku:

"Waktu yang kusesali adalah jika pagi hingga matahari terbenam, amalku tidak bertambah sedikitpun, padahal saat ini umurku semakin berkurang" (Ibnu Mas'ud r.a)  

Baca Lagi...