Khamis, 29 Mac 2012

2 kolonel maut

DAMSYIK: Kumpulan lelaki bersenjata semalam menyerang pusat bandar raya terbesar di Syria dan membunuh dua pegawai tentera berpangkat kolonel yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad.

Sehingga ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. Media kerajaan menyifatkannya sebagai angkara pengganas. Kedua-dua kolonel berkenaan yang dikenali sebagai Abdel-Karim al-Rai dan Fuad Shaban dalam perjalanan ke tempat kerja ketika diserang.

Dalam kejadian berasingan, di tengah wilayah Hama, pemberontak menyeraang trak tentera dan membunuh dua askar kerajaan, kata aktivis. Pertempuran terbaru turut tercetus antara tentera kerajaan dan askar pembelot di utara dan selatan negara itu. Aktivis berkata, tentera membunuh sekurang-kurangnya 11 orang awam di seluruh Syria semalam.

Keganasan terbaru itu berlaku ketika pemimpin Arab bermesyuarat di Baghdad dalam usaha mereka untuk mendapatkan kata sepakat mengenai krisis Syria.

Pemimpin berkenaan dijangka bersetuju dengan ketetapan menggesa gencatan senjata dan menamatkan perbalahan segera selama dua jam setiap hari di seluruh negara itu bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada orang awam.

Ketetapan itu bagaimanapun tidak mendesak Bashar meletak jawatan tetapi menyuarakan sokongan terhadap usaha utusan Liga Arab-PBB, Kofi Annan yang menyarankan penyelesaian politik. - AFP

  
Baca Lagi...

Selasa, 27 Mac 2012

Tanda barah prostat?

Lelaki botak usia 20-an dikatakan petunjuk awal risiko kanser

MASALAH rambut gugur sememangnya merunsingkan. Lebih mencemaskan lagi apabila masalah yang dianggap alah bisa tegal biasa dalam kalangan lelaki ini sebaliknya turut dikaitkan dengan penyakit lebih serius iaitu kanser prostat.

Inilah hasil kajian terbaru sekumpulan penyelidik Perancis diketuai Dr Philippe Giraud, penyelidik Hospital European Georges Pompidon di Paris. Kajian sejak 2004 dengan proses analisisnya memakan masa dua tahun, mendakwa lelaki yang mengidap kanser prostat, adalah dua kali ganda berkemungkinan menunjukkan tanda-tanda keguguran rambut atau botak seawal usia 20-an berbanding mereka yang tidak mengidap masalah itu.

“Kajian mendapati, lelaki yang mula gugur rambutnya pada usia 30-an atau 40-an, tidak berdepan risiko kanser prostat sebaliknya mereka yang mula keguguran rambut pada usia 20-an mengalami risiko lebih tinggi mengidap kanser pada awal usia atau mengalami tumor yang lebih agresif.

“Rambut gugur yang dikaitkan dengan masalah androgen juga ada kena mengena dengan kanser prostat,” katanya dalam kenyataan media yang dipetik Persatuan Perubatan Onkologi Eropah, baru-baru ini.


Dr Giraud berkata, biarpun sehingga kini tiada bukti kukuh menunjukkan manfaat proses saringan terhadap orang awam bagi mengesan kanser prostat, penyelidik perlukan cara berkesan bagi mengenal pasti lelaki yang berisiko tinggi menghidap penyakit barah berkenaan.

Sehubungan itu, beliau dan rakan penyelidik akan membuat lebih banyak kajian lanjut bagi melihat sama ada campur tangan kaedah rawatan mungkin bersesuaian bagi lelaki yang mengalami botak pada usia muda.
“Pakar perubatan perlu tahu siapa sasaran saringan dan dipertimbangkan untuk pencegahan kemoterapi.

“Botak pada usia 20-an mungkin boleh jadi faktor risiko paling mudah untuk mengesan masalah ini, begitupun banyak lagi kajian perlu dilakukan untuk mengesahkan penemuan ini,” katanya yang juga Profesor bidang radiasi onkologi Universiti Descartes Paris.

Menerusi kajian itu, kumpulan penyelidik itu menyedari corak botak lelaki (androgenic alopecia) sangat biasa berlaku dan dialami separuh dari keseluruhan lelaki pada satu peringkat dalam kehidupan mereka. Sebelum ini, pencetus penyakit ini dikaitkan dengan perubahan testosterone kepada hormon androgenic.

Bagi memeriksa dengan teliti kemungkinan hubungan antara corak rambut botak dengan kanser prostat, pasukan penyelidik Perancis mengambil masa dua tahun menganalisa perkembangan penyakit dan corak keguguran rambut terhadap 388 lelaki yang mengalami kanser prostat berusia antara 46 hingga 84 tahun.

Bermula pada 2004, penyelidik meminta mereka menunjukkan sama ada pernah mengalami masalah botak sebelum ini, bila masalah rambut gugur bermula dan secara khusus jenis rambut gugur yang berlaku ketika berusia 20, 30 dan 40 tahun.

Kajian mendapati 37 pesakit kanser prostat (dan 14 lelaki sihat) mengalami beberapa bentuk keguguran rambut pada usia 20 tahun, seperti penyusutan rambut di dahi kepada botak bertompok di atas kepala atau kombinasi kedua-duanya. Dalam kajian itu sebarang bentuk keguguran rambut pada usia 20 tahun dikaitkan dengan bergandanya risiko kanser prostat, yang mana tanpa corak khusus keguguran rambut menjadikannya risiko yang lebih mudah dijangka berbanding risiko lain.

Biarpun pasukan penyelidik enggan membuat kesimpulan bahawa masalah botak dan kanser prostat saling berkaitan, seorang lagi pakar Amerika Syarikat iaitu Dr Nelson Neal Stone, Profesor Klinikal Urologi dan Radiasi Oncology di Mount Sinai School of Medicine, New York City bersetuju bahawa hasil kajian berkenaan boleh dipertimbangkan.

“Kita juga sedar wujudnya faktor genetik yang menjadikan kanser prostat lebih tersebar luas. Sebagai contoh, lelaki yang ada kaitan persaudaraan seperti bapa saudara, bapa atau abang yang disahkan kanser prostat adalah 2.5 hingga tiga kali lebih berisiko alami barah prostat berbanding lelaki tanpa sejarah keturunan. Genetik juga memainkan peranan kepada lelaki yang mengalami rambut gugur pada usia muda,” katanya.

INFO: Barah prostat

Turut digelar penyakit orang tua kerana lambat merebak
Kira-kira 90 peratus dari sel barah ini merebak ke tulang selain kawasan lain termasuk pundi kencing.
Isi padu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun.
Penduduk di California, Amerika Syarikat adalah 100 kali lebih ramai dijangkiti barah ini berbanding penduduk Cina di Shanghai. 

Baca Lagi...

Khamis, 22 Mac 2012

Sengketa Syria jangkau sempadan

BEIRUT: Tentera Syria menyeberang sempadan dan memasuki wilayah Lubnan semalam, memusnahkan rumah, ladang dan bertempur dengan pemberontak yang berlindung di negara itu. 

Tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dilapor menyeberang beberapa ratus meter ke wilayah Lubnan. Satu sumber pasukan keselamatan di Beirut berkata, pertempuran berlaku dekat kawasan sempadan.

Sumber itu bagaimanapun tidak mengesah atau menafikan dakwaan kononnya tentera Syria memasuki Lubnan.

Penduduk tempatan sebelum ini berkata, tentera Syria menyeberangi sempadan ketika memburu pemberontak yang melarikan diri dan bersembunyi di wilayah Lubnan itu. “Lebih 35 anggota tentera Syria menyeberangi sempadan dan mula memusnahkan kediaman,” kata Abu Ahmed, penduduk desa al-Qaa yang majoritinya penganut Sunnah.

Penduduk lain berkata, tentera terbabit dengan sesetengahnya memandu kereta perisai melepaskan tembakan roket dan mesingan terhadap pemberontak. Tentera juga dikatakan memusnahkan sebuah kediaman dengan jentolak.

Tentera Lubnan menutup kawasan yang menjadi tempat perlindungan beratus-ratus pelarian Syria - sesetengahnya pemberontak yang menganggotai Tentera Pembebasan Syria yang melancarkan revolusi menentang pemerintahan Bashar al-Assad sejak tahun lalu. Syria kelmarin berkata, ‘kumpulan pengganas bersenjata’ di Syria menerima bantuan senjata daripada penyokong mereka di Lubnan. - Reuters


Baca Lagi...

Rabu, 21 Mac 2012

10 Amalan Dan Ibadah Rasulullah SAW

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diutuskan sebagai rasul terakhir sentiasa menyeru manusia ke arah kebaikan. Bagi menjamin kebahagian dunia dan akhirat pula, kaum mulimin disaranankan agar memantapkan jiwa tauhid mereka dengan mencontohi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
Firman Allah SWT:
.
33:21
.
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu , iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”  (Surah Al-Ahzab; Ayat,21)
.

10 Amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

Di antara amal ibadah yang dilakukan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam adalah:.

1.     Wuduk Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

# Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam keluar dari tandas, Kemudian dihidangkan kepadanya makanan,  lalu para sahabat bertanya: “Apakah kami perlu menyediakan bagi Tuan air wuduk’?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya daku disuruh berwuduk apabila daku akan melakukan solat.”  (Diriwayatkan oleh Ahmad bin Mani’, dari Isma’il bin Ibrahim, dari Ayyub, dari Ibnu Mulaikah yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.)
.
# “Aku baca dalam Taurat bahawa berkah makanan itu kerana berwuduk sebelum makan dan berwuduk sesudahnya. Hal tersebut kutanyakan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan aku nyatakan apa yang pernah kubaca dalam Taurat itu; Maka Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Berkah makanan itu disebabkan berwudhu sebelum makan serta sesudahnya.” (Diriwayatkan oleh Yahya bin Musa, dari Abdullah bin Numair, dari Qeis bin Rabi’*. Hadist ini pun diriwayatkan pula oleh Qutaibah, dari `Abdul Karim al Jurjani, kedua riwayat itu bersumber dari Qeis bin Rabi’, dari Abi Hisyam Adahzadan yang bersumber dari Salman r.a.)
 * Qeis bin Rabi’ menurut Ibnu Ma’in periwayatannya da’if namun diterima oleh Ibnu Majah dan Abu Daud.

2.     Membaca Al-Quran.

# “Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a.: “Bagaimanakah bacaan (Al Qur’an) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam?” Beliau menjawab: “Bermad (bertajwid).” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Wahab bin Jurair bin Hazim, dari ayahnya, yang bersumber dari Qatadah r.a.)
.
# “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memotong bacaannya (pada setiap ayat). Beginilah cara membacanya: “Alhamdulillahi Rabbil Alamin”, kemudian Baginda berhenti. Seterusnya dibaca: “Arrahmanirrahim”, kemudian Baginda berhenti. Lalu dibaca lagi: “Maliki yaumiddin”.” (Diriwayatkan oleh Ali bin Hujr, dari Yahya bin Sa’id al Umawi, dari Ibnu Juraij, dari Ibnu Abi Mulaikah, yang bersumber dari Ummu Salamah r.a.)
..

3.     Solat Sunat Di Rumah

# “Aku bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tentang solat di rumah dan solat di masjid.” Baginda bersabda: “Sungguh, kau melihat sendiri, alangkah dekatnya rumahku dengan masjid. Sesungguhnya aku lebih suka solat di rumah daripada solat di masjid, kecuali solat itu solat fardhu.” (Diriwayatkan oleh `Abbas al Anbari, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Mu’awiyah bin Shalih, dari al A’la bin Harits, dari Haram bin Mu’awiyah, yang bersumber dari bapa saudaranya Abdullah bin Sa’ad r.a.)
# “Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tidak wafat, sampai kebanyakan solatnya (solat sunnat) dilaksanakan dalam keadaan duduk.” (Diriwayatkan oleh al Hasan bin Muhammad az-Za’farani, dari al Hajjaj bin Muhammad, dari Ibnu Juraih, dari Utsman bin Abi Sulaiman, dari Abu Salamah bin Abdurrahman, yang bersumber dari Aisyah r.a.)..

4.     Solat Rawatib

# “Aku pelihara amalan-amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berupa solat lapan rakaat,  dua rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah solat Maghrib dan dua rakaat sesudah solat Isyak.” Seterusnya IbnuUmar berkata: “Hafshah menceritakan kepadaku perihal dua rakaat Solat Fajar. Tapi aku tak pernah melihatnya dilakukan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Marwan bin Mu’awiyah al Farazi, dari Ja’far bin Burqaq, dari Maimun bin Mihran, yang bersumber dari Ibnu `Umar r.a)
Disebabkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan solat Fajar di rumahnya, maka Ibnu Umar tidak pernah melihatnya. Hafshah (isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) dan abangnya Ibnu Umar, keduanya adalah putera Umar bin Khathab r.a.
.
.

5.     Solat Dhuha

# “Aku mendengar Mu’adzah (binti Abdullah al-Adawiyah) sebagai berikut: “Aku bertanya kepada Aisyah r.a.: “Apakah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat pada waktu Dhuha?” Aisyah r.a. menjawab: “Benar, Baginda melakukan empat rakaat. Dan kadang-kadang Baginda menambah lagi sebanyak yang dikehendaki Allah Azza wa Jalla.” (Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari Abu Daud at Thayalisi, dari Syu’bah, dari Yazid ar Risyk, yang bersumber dari Mu’adzah r.a.)
.
# “Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan solat empat rakaat sesudah tergelincir matahari, sebelum solat Zohor.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya waktu itu merupakan masa pintu-pintu langit terbuka. Maka aku menyukai amal soleh ku diangkat pada saat itu.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin al Mutsana, dari Abu Daud, dari Muhammad bin Muslim bin Abil Wadldlah, dari Abdul Karim al Jazari, dari Mujahid, yang bersumber dari Abdullah bin as Saib r.a.)
.
.

6.     Solat Tahajjud.

# “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berdiri (solat) hingga bengkak kedua kakinya. Kepadanya ditanyakan: “Mengapa Tuan membebani diri dengan hal yang demikian? Bukankah Allah SWT telah mengampuni Tuan dari segala dosa, baik yang terdahulu mahu pun yang akan datang?” Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Tidak patutkah daku menjadi hamba Allah yang bersyukur?” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, juga oleh Basyar bin Mu’adz, dari Abu `Awanah,dari Ziyad bin `Alaqah, yang bersumber dari al Mughirah bin Syu’bah r.a.)
.
# “Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan solat malam hari tiga belas rakaat.” (Diriwayatkan oleh Abu Kuraib Muhammad bin al A’la, dari Waki’, dari Syu’bah, dari Abi Jamrah,yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.)
.
# “Sesungguhnya apabila Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tidak sempat solat malam hari kerana tertidur atau berat rasa ngantuknya, maka Baginda lakukan solat dua belas rakaat di siang hari.” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Abu `Awanah, dari Qatadah, dari Zurarah bin Aufa, dari Sa’id bin Hisyam, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)
.
# “Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam melaksanakan solat di malam hari sebelas rakaat. Rasulullah lakukan solat witir (ganjil) satu rakaat. Apabila Baginda selesai melakukan solat itu, Baginda berbaring dengan lambung kanannya di sebelah bawah.” (Diriwayatkan oleh Ishaq bin Musa, dari Ma’an, dari Malik, dari Ibnu Syibab, dari Urwah,yang bersumber dari `Aisyah r.a.)
.
.

7.     Solat Witir

# Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali.  dari Abu Hurairah, Rasullulah   Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
.
# Rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”   (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.).

8.     Zikir Rasulullah SAW.

# Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.; “Beberapa orang miskin (fakir) menemui Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan berkata, “Orang kaya akan mencapai darjat tinggi dan kesenangan yang tetap, dan mereka mengerjakan solat seperti kami dan puasa seperti kami pula. Mereka memiliki harta yang lebih sehingga mampu melaksanakan ibadah Haji dan Umrah; berperang di jalan Allah dan menderma.”
.
# Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Mahukah kukatakan sesuatu kepada kamu yang apabila kamu kerjakan, kamu akan mampu mengejar orang-orang yang mengunggulimu? Tidak ada yang akan melebihi kamu dan darjat kamu akan lebih baik dari orang-orang yang hidup bersama kamu kecuali yang mengerjakan hal yang sama. Ucapkanlah Tasbih (Subhanallah), Tahmid (Alhamdulillah), & membaca takbir (Allahu Akbar), masing-masing 30 kali setiap kali selesai mengerjakan solat.”
.
Perawi hadis ini berkata, “Kami berbeza pendapat mengenai hal ini dan sehagian dari kami berkata bahawa kami harus mengucapkan Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 34 kali. Aku menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan Baginda bersabda, “Ucapkanlah; Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.” (Sahih Bukhari, Hadis No.: 479)
.
# Dari Jabir bin Abdullah ra., Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Zikir yang paling utama adalah Laa ilaaha illallaah dan doa yang paling utama adalah Alhamdulillah.” (HR. Tirmidzi)

9.     Puasa Sunat.

# “Aku melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali pada bulan Syaaban dan Ramadhan. (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Sufyan, dari Manshur, dari Salim bin Abil Ja’di, dari Abi Salamah, yang bersumber dari Ummu salamah r.a.)
.
# “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berpuasa pada awal bulan selama tiga hari pada setiap bulan, dan jarang sekali Baginda tidak berbuka pada hari Jumaat.” (Diriwayatkan oleh al Qasim bin Dinar al Kufi, dari Ubaid bin Musa, dan diriwayatkan pula oleh Thalaq bin Ghanam, dari Syaibani, dari `Ashim, dari Zirin bin Hubaisy, yang bersumber dari Abdullah r.a.)
.
# “Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersungguh-sungguh mengamalkan puasa hari Isnin dan Khamis.” (Diriwayatkan oleh Abu Hafsah, Umar bin Ali, dari Abdullah bin Daud, dari Tsaur bin Yazid, dari Khalid bin Ma’dan, dari Rabi’ah al Jarsyi, yang bersumber dari Aisyah r.a.).

10.  Sedekah

.
# Diriwayatkan ketika Sayyidatina Aishah dikunjungi peminta sedekah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam meminta Aisyah memberikan separuh daripada kurma yang mereka ada kepada seorang hamba kerana ia sudah mencukupi untuk Aisyah dan juga kepada hamba itu.
.
# Daripada Anas bin Malik meriwayatkan, “Seorang lelaki daripada kaum Ansar datang menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan meminta sesuatu daripada Baginda. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berasa ihsan lalu berusaha membantu lelaki Ansar mencari modal dengan melelong dua barang yang ada pada lelaki itu kepada sahabat yang hadir dan berjaya mendapatkan dua dirham.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyerahkan wang itu kepada lelaki Ansar berkenaan lalu berkata: “Belikan satu dirham untuk keperluan keluargamu dan satu dirham lagi belikan sebilah kapak dan engkau kembali ke sini.” Beberapa ketika kemudian lelaki itu kembali semula menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan membawa sebilah kapak.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah melengkapkan kapak itu dengan membuatkan pemegangnya terlebih dahulu dan berkata, “Pergilah cari kayu api sebanyak mungkin lalu hasilnya kamu jualkan di pasar.” Lelaki itu akur melaksanakan apa yang disaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dua bulan berlalu lelaki itu menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaporkan hasil kerjanya yang berjaya meraih wang sebanyak sepuluh dirham. Kemudian Baginda meminta wang perolehan itu digunakan untuk membeli pakaian dan makanan keluarga lelaki Ansar tersebut.”
.
# Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu.” (HR. At-Tirmidzi) ~ Abdullah bin Harits, pernah ditanyakan tentang Baginda: Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” (HR Tirmidzi).
.
# Ibn Abbas melaporkan: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang paling dermawan dan Baginda lebih dermawan lagi pada Ramadhan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)



>>> RAWATAN & SIHAT Tanpa UBAT <<<
Baca Lagi...

Penjagaan mata usah ambil mudah

BAGAIMANA caranya seseorang itu melindungi matanya dan memastikannya dalam keadaan sihat?

"Dapatkan nasihat daripada optometris bila timbul keperluan untuk penjagaan mata," nasihat Khairunisah Muda, seorang optometris dari syarikat Menara Optometry.

Menurut beliau, umum perlu prihatin tentang dua situasi yang boleh melibatkan mata iaitu patologi dan fisiologi.

Optometris ialah seorang yang dilatih secara profesional dan mempunyai lesen bagi memeriksa mata, mengesan masalah, memberi diagnos tentang mata dan mengesyorkan rawatan bagi mata yang mempunyai masalah.

Situasi patologi pula memerlukan rawatan perubatan termasuk pembedahan dalam kes terbentuknya katarak manakala fisiologi memerlukan terapi penglihatan yang kebanyakannya memerlukan langkah membetulkan otot oftalmik yang lemah atau penglihatan kabur.

Cermin mata gelap

Membeli cermin mata gelap merupakan pilihan ramai ketika ini.

Ada juga yang memilih kaca mata yang murah dijual oleh penjaja tepi jalan.

"Sebagai pelancong, anda boleh beli dengan harga murah daripada peniaga di tempat yang dilawati. Saya mendapat pengalaman ini di beberapa negara Arab, yang cuacanya terang dan panas.

"Cermin mata gelap dijual dengan harga yang murah di bawah SR20 (Saudi Riyal) di Makkah dan Madinah. Dengan hanya SR10 (atau RM8), anda sudah boleh bawa pulang kaca mata itu," gadis belasan tahun Hazirah Abdul Rahman berkongsi pengalamannya.

Bagaimanapun mahasiswa ini berjaya meyakinkan ibu bapanya agar membelikan sepasang cermin mata gelap dengan kanta kuasa, dua tahun lalu.

"Saya pilih jenama Fendi dan bapa saya terkejut besar bila mengetahui harganya lebih RM1,000. Saya rabun jauh, jadi cermin mata itu sudah tentu mahal sebab dipasang dengan kanta kuasa.

"Adik perempuan saya mempunyai sepasang Ray-Ban tapi murah sedikit harganya.

"Saya yakin cermin mata gelap seperti ini dapat melindungi mata kita daripada pancaran cahaya ultraviolet (UV) yang merosakkan," terang Hazirah.

Kanta berkualiti

Menyisipkan kanta ke dalam bingkai cermin mata adalah sesuatu yang menarik kini.

"Transisi kanta akan berubah mengikut tahap kepanasan dan ia bertindak sebagai pelindung terhadap pancaran UV seperti sepasang cermin mata gelap.

Terdapat juga kanta indeks tinggi yang anti silau atau tidak memantul dan kanta yang lebih nipis bagi mereka yang penglihatannya perlu diperbetul dengan lebih kuasa.

"Ini membuatkan kanta tidak perlu tebal sangat, tidak perlu berat dan lebih bergaya selain mudah dilekatkan pada bingkai," jelas Khairunisah.

Beliau menasihati orang ramai agar mengelak daripada membeli cermin mata untuk membaca, kaca mata yang ada kuasa, cermin mata gelap dan kanta lekap daripada pembekal yang tidak berdaftar.

Dalam dunia teknologi tinggi kini, terdapat pelbagai jenis kanta untuk perlindungan seperti kanta dengan indeks tinggi, polikarbonat, trivex dan aspherix.

Terdapat juga kanta dengan lapisan anti-silau, tahan calar, berpolar, fotokromatik dan kanta UV-rawat.

Optometris, Amir Husain Rahman Shariff, yang juga Pengarah Menara Optometry berkata, kanta bagi cermin mata gelap yang murah hanya dilapisi oleh warna gelap.

"Ia tidak selamat. Anda tidak dapat lihat matahari pun bila menggunakan kaca mata seperti ini.

"Tanyalah diri sendiri, kenapa guna cermin mata gelap sebegini? Adakah hanya untuk melindungi diri daripada pancaran cahaya UV?.

"Pendedahan kepada sinar UV yang berlebihan akan membentuk katarak dan dalam amaun yang tinggi, ia boleh merosakkan kornea, kanta dalaman dan selaput retina," jelas beliau.

Kanta lekap

Dulu, cermin mata dipakai bagi membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan terutamanya rabun dalam kalangan anak muda.

Pemakai cermin mata pula mula memberikan keutamaan terhadap bingkai cermin mata disebabkan oleh cita rasa terkini.

Kemudian muncul pula generasi kanta lekap di mana remaja lebih berminat terhadap kanta lekap yang mempunyai warna.

"Kami mahu pemakai kanta lekap menjalani ujian terlebih dahulu, untuk pastikan sama ada mata mereka sesuai untuk kanta tertentu. Optometris akan menasihati mereka berbuat demikian," kata Khairunisah sambil menekankan jika tidak berhati-hati, pengguna kanta lekap boleh mencederakan matanya.

Hilang penglihatan kerana kecuaian dalam pemilihan kanta lekap yang sesuai adalah sesuatu yang malang sekali.

Optometris menasihatkan agar pengguna lebih berhati-hati bila membeli kanta lekap kerana terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi. "Mata pengguna kanta lekap tidak boleh kering kerana airmata boleh melegakan rasa tidak selesa bila memakai kanta lekap.

"Bagi mereka yang mempunyai mata agak kering adalah tidak sesuai menggunakan kanta ini. Sebab itulah penting mata mereka diperiksa oleh optometris terlebih dahulu," kata Khairunisah. - Bernama 


>>> RAWATAN & SIHAT Tanpa UBAT <<<
Baca Lagi...

Selasa, 20 Mac 2012

Mitos bisul

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues.

Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua.

Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria.

“Sekiranya berlaku jangkitan peringkat awal, ia dipanggil cellulites - sifatnya merah, sakit dan panas. Jika di dalam kulit atau bisul, sifatnya akan terbentuk kumpulan nanah di dalam rongga manakala peringkat lebih serius dipanggil Necrotising facitis atau bakteria yang memakan isi," katanya kepada Berita Minggu.

Simptom utama proses keradangan atau jangkitan adalah kemerahan, panas, bengkak dan rasa sakit. Ia bukan saja terbentuk pada sebarang tisu pejal pada permukaan kulit, malah sering juga berlaku pada organ dalaman seperti paru-paru, otak, buah pinggang dan tonsil.

Sekiranya jangkitan berlaku sehingga terbentuk bisul, rawatan pilihan ialah pembedahan. Begitupun, sebelum pembedahan dijalankan, antibiotik akan diberi selain ujian darah bagi mengenal pasti masalah lain.
Bagi kanak-kanak yang lebih gemar berdiam diri dan tidak tahu di mana lokasi jangkitan sebenar, imbasan MRI dan CT akan dijalankan.

Bisul disebabkan amino yang terjejas pula mampu merebak melalui darah. Di sini darah berfungsi sebagai lebuh raya dan menyebarkan bakteria ke seluruh tubuh. Oleh itu, remaja yang tidak menjaga kebersihan diri pasti akan terkena jangkitan ini.

Bagaimanapun, punca paling lazim adalah sifat kulit itu sendiri yang mudah terdedah kepada anasir yang tidak baik. Kulit bukan saja organ tubuh paling besar, malah berfungsi sebagai mekanisme pertahanan diri yang penting.

Setiap inci kulit diseimbangkan dengan bakteria baik dan bakteria tidak baik. Bakteria baik tidak akan membawa sebarang masalah tetapi sebaik saja tubuh kekurangan imuniti atau ketahanan diri, kecederaan kecil saja sudah mampu menyebabkan jangkitan. Tidak dinafikan kebersihan diri cukup penting tetapi perlu diingat terlalu bersih juga tidak baik kerana kita akan membunuh kedua-dua bakteria ini.

Jelas Dr Yong lagi, bisul yang biasa dan tidak serius boleh dirawat menggunakan antibiotik dan pembedahan. Tapi bagi bisul disebabkan amino yang terjejas, boleh merebak dengan cepat pada tisu dalam tubuh menyebabkan kegagalan beberapa organ dalaman. Dalam apa juga keadaan, pencegahan adalah perkara terbaik termasuk penjagaan kebersihan diri yang rapi dan imuniti diri lebih tinggi.

“Sekiranya simptom awal seperti merah, bengkak, sakit dan demam berlaku, terus berjumpa doktor bagi mengelak jangkitan merebak lebih ke dalam kulit.

“Di rumah, sebagai langkah awal ibu bapa boleh mencuci luka dengan menggunakan air panas, antiseptik dan iodin. Namun jika ia semakin membengkak, pesakit akan mula berasa tidak sihat, demam, luka menjadi kemerahan dan mula merebak, cepatlah berjumpa doktor,” katanya.

Dari segi pemakanan, mengamalkan diet seimbang disarankan bagi mempercepatkan penyembuhan.

“Terlalu banyak pantang larang dalam masyarakat seperti ayam, udang, ikan dan telur yang dipercayai menyebabkan kegatalan. Ironinya untuk sembuh, kita memerlukan hemoglobin, albumin serta Vitamin C dan semua nutrien ini terkandung dalam diet yang disebutkan itu.

"Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bisul muncul, rawatan perubatan segera perlu diberikan," katanya




>>> RAWATAN & SIHAT Tanpa UBAT <<<
Baca Lagi...

Bom gegar 8 bandar di Iraq

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera dalam siri letupan bom di lapan buah bandar di seluruh Iraq, dipercayai menyasarkan anggota polis dan puak Syiah.

Keganasan berlaku menjelang pertemuan pemimpin atasan Arab, yang diharapkan kerajaan dapat menonjolkan kestabilan negara itu.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab di atas serangan itu, bagaimanapun pihak berkuasa bimbang al-Qaeda atau golongan Sunnah yang bersimpati dengan pergerakan itu cuba menggagalkan persidangan Arab Liga minggu depan.

Perhimpunan akan diadakan di Iraq buat kali pertama dalam tempoh satu generasi. Pelan untuk Baghdad menjadi hos pertemuan itu tahun lalu ditangguhkan, sebahagiannya kerana bimbang dengan keselamatan di negara itu.

Salah satu serangan paling buruk semalam berlaku di Karbala, apabila dua bom kereta meletup di kawasan beli-belah dan restoran sibuk. Tiga belas maut dan 50 lagi cedera dalam serangan itu, kata anggota majlis tempatan, Hussein Shadhan al-Aboudi.

“Tujuan serangan adalah untuk menjejaskan keselamatan di Karbala dan bandar raya lain dan menggugat keyakinan rakyat kepada kerajaan. Pengganas mahu membatalkan persidangan akan datang di Baghdad. Mesej ini ditujukan secara langsung kepada pemimpin Arab bahawa Iraq tidak selamat untuk dikunjungi,” kata al-Aboudi.
Karbala, yang terletak 80 kilometer ke selatan Baghdad, adalah destinasi beribu-ribu puak Syiah dari seluruh dunia yang melawat kubur dua imam setiap hari. Lima pengunjung antara yang maut dalam serangan itu.

Arus keganasan bermula selepas subuh semalam. Militan meletupkan rumah seorang pegawai polis di Fallujah, menanam bom berhampiran Zon Hijau yang dikawal ketat dan melepaskan tembakan ke arah pusat pemeriksaan keselamatan di Baghdad, meletupkan balai polis di Kirkuk dan menyerang restoran serta kawasan beli belah di bandar di selatan.

Keseluruhannya lapan bandar raya diserang dalam kejadian yang mensasarkan pegawai polis dan kerajaan.

Jurugambar jabatan polis Kirkuk, Saman Majid, berkata dia baru tiba di tempat kerja apabila bom di luar balai meletup. Katanya, dia cedera di kepala terkena serpihan kecil bom dan berlaku ke Hospital Besar Kirkuk untuk mendapatkan rawatan daripada duduk menantikan ambulans.

“Saya segera keluar daripada kereta dan melihat mayat terbakar terperangkap di dalam kereta. Berpuluh-puluh kereta terbakar. Keadaan amat teruk kerana yang kelihatan cuma api marak, mayat dan tiada apa selain daripada itu,” katanya.

Tiga belas orang maut di Kirkuk, kebanyakannya anggota polis, Brig Jeneral Sarhad Qadir. Seramai 59 cedera.

Pegawai berdepan serangan menjelang pertemuan Liga Arab, yang diharapkan kerajaan yang diketuai puak Syiah dapat menonjolkan keselamatan dan kestabilan negara itu sejak pertempuran antara mazhab beberapa tahun lalu yang hampir membawa negara itu ke kancah perang saudara.

Pemberontak cuba menjatuhkan imej Baghdad yang semakin baik, dan pegawai menjangkakan lebih banyak serangan akan dilancarkan kerana beratus-ratus orang kenamaan dan wartawan berkumpul di Baghdad minggu depan. – AP 


>>> RAWATAN & SIHAT Tanpa UBAT <<<
Baca Lagi...

Simpan segala bukti, transaksi pembayaran

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pernah menyatakan kementerian itu dalam proses meminda Akta e-Dagang bagi melindungi pengguna melakukan transaksi melalui Internet seterusnya mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menipu pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya giat memperhalusi segala butiran membabitkan pindaan akta, termasuk memasukkan hukuman atau penalti yang sebelum ini tidak ada dalam peruntukan akta berkenaan.

"Jika sesuatu produk ditawarkan tidak menepati seperti yang diiklankan, kita sebenarnya masih boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972.

"Bagaimanapun, jika ia membabitkan produk kesihatan, penguatkuasaan mengikut bidang kuasa Kementerian Kesihatan," katanya.

Ismail Sabri juga berkata, pihak kementerian akan mempergiatkan usaha memberi penerangan kepada pengguna mengenai produk yang dijual melalui Internet bagi melindungi kepentingan mereka.

"Apa yang boleh kita lakukan adalah mengadakan kempen kesedaran kepada pengguna, tetapi penguatkuasaan dilakukan Kementerian Kesihatan," katanya.

Mengenai lesen untuk orang ramai yang menjalankan perniagaan melalui Internet, beliau berkata, perkara itu akan diperhalusi dalam penyediaan Akta e-Dagang.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, pembeli yang ditipu syarikat dari luar negara seperti eBay tidak dilindungi dalam Akta e-Dagang kerana ia hanya membabitkan transaksi pembelian dengan syarikat tempatan.

Katanya, sebagai pengguna dan pembeli, masyarakat perlu lebih berhati-hati dan bijak dalam melakukan pembelian di alam maya kerana sejak akhir-akhir banyak kes penipuan dilaporkan.

"Sepanjang 2008 hingga 2010, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima 554 aduan membabitkan penipuan pembelian secara online.

"Kebanyakan kes penipuan yang dilaporkan kepada merujuk kepada pembelian dengan pihak yang tidak dikenali menerusi laman web sosial seperti Facebook.

"Justeru, masyarakat perlu mengelakkan diri daripada membeli menerusi laman web sosial kerana berkemungkinan besar peniaga berkenaan tidak wujud seperti yang digambarkan," katanya.

Mohd Yusof berkata, pembelian menerusi Internet memang diakui mempunyai banyak risiko. Jika tidak berhati-hati, pengguna mudah ditipu kerana pembeli dikehendaki untuk membayar barangan terlebih dulu sebelum mendapat barang mereka.

Masyarakat disarankan supaya membeli barangan terus dari kedai kerana selain boleh mendapatkan terus pada waktu itu, pembeli juga dapat meneliti terlebih dulu keadaan barangan sebelum membayarnya.

Kata Mohd Yusof, jika dibawa ke Tribunal Tuntutan Pengguna sekalipun, masalah pembeli yang ditipu peniaga dalam talian ini sukar untuk diselesaikan kerana peniaga itu tidak mempunyai alamat premis yang lengkap.

Ini kerana pengadu perlu menulis alamat premis yang menipu dan dalam kes pembelian di laman web Facebook, ia tidak boleh dijadikan sebagai alamat syarikat peniaga berkenaan lebih-lebih lagi jika laman itu sudah ditutup.

Katanya, pembeli juga digalakkan untuk menyimpan segala bukti atau transaksi pembayaran yang dilakukan kerana ia mungkin membantu pada masa depan.

"Zaman semakin maju dan ramai juga yang mempunyai tujuan tidak baik.

"Apa yang penting, jangan mudah percaya dengan apa yang dipaparkan di laman Internet kerana sukar untuk kita kenal pasti siapa di sebaliknya.

"Jadi, jika masih mahu membeli secara dalam talian, berhati-hati dan sebaiknya, gunakan laman web yang sudah lama wujud atau dikenali ramai," katanya.



>>> RAWATAN & SIHAT Tanpa UBAT <<<
Baca Lagi...

Isnin, 19 Mac 2012

Cara mudah hidup sihat

MEMULAKAN sesuatu rutin sememangnya sukar apatah lagi membabitkan aktiviti fizikal untuk kecergasan tubuh.

Justeru, Mel B menitipkan beberapa tip mudah untuk anda yang ingin memulakan gaya hidup sihat menerusi senaman.

1. Rakan

Ajak rakan atau sahabat baik anda untuk sama-sama menyertai sesi latihan senaman di rumah atau gimnasium.

Dengan adanya penyertaan daripada rakan, anda mempunyai kumpulan sokongan yang kukuh lalu mengelakkan rasa malas dan bosan untuk bersenam.

2. Muat turun

Setiap gimnasium mempunyai sistem audio video masing-masing untuk me�ngelakkan pengunjung berasa bosan.

Jadi, gunakan sebaik-baiknya kemudahan itu atau anda boleh gunakan MP3 atau iPod sendiri jika tidak serasi dengan muzik yang dimainkan di gimnasium.

Muat turun lagu terkini atau lagu rancak kegemaran anda untuk meningkatkan lagi semangat bersenam.

3. Berterusan

Perkara paling utama ialah konsisten. Rancang untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Apa yang penting ialah memastikan anda berpeluh, rasa lebih gembira dan fikiran tenang selepas itu.

4. Makanan

Apa gunanya anda bersenam tetapi mengabaikan pemakanan sihat. Makanan sihat juga enak dinikmati andai tahu cara menyediakannya.

Anda juga boleh mencuba bermacam resipi yang ada dalam buku makanan sihat di pasaran.

5. Jalan

Daripada membazir petrol hanya semata-mata untuk ke kedai runcit di kawasan rumah, lebih baik berjalan sambil menikmati pemandangan sekeliling.

6. Dapur

Andai malas untuk keluar rumah, gunakan kampit gula atau tepung serta makanan dalam tin sebagai peralatan senaman.

Bahan itu boleh dijadikan pemberat untuk aktiviti senaman seperti mencang kung, lompat, latih tubi atau apa saja latihan yang pernah anda lakukan di gimnasium lalu diadaptasikan di dapur rumah anda.




>>> RAWATAN & SIHAT Tanpa UBAT <<<
 
Baca Lagi...

Jumaat, 16 Mac 2012

Kerap periksa kesihatan

Tidak menjadikan pemeriksaan kesihatan sebagai rutin antara faktor menyebabkan rakyat negara ini tidak mengetahui penyakit dihidapi sekali gus menambah kemungkinan untuk meninggal dunia awal.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr David Quek Kwang Leng berkata, individu perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam bulan sekali bagi mengetahui tahap kesihatan selain dapat mengesan penyakit kronik dengan lebih awal seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

“Apabila mengetahui tahap kesihatan mereka, pencegahan awal dapat dilakukan dengan perubatan dan keadaan boleh dikawal sebelum menjadi serius.

“Kesihatan seseorang akan berada dalam keadaan baik jika mereka berdisiplin menjalani pemeriksaan kesihatan diri di hospital secara berjadual,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, selain itu amalan pemakanan tidak seimbang juga menjadi penyumbang terbesar kepada masalah kesihatan dan individu perlu mengelakkan makanan yang lebih gula, masin dan berlemak.
 




>>> RAWATAN & SIHAT Tanpa UBAT <<<
Yahoo.com     Google.com     MSN.com
Baca Lagi...

Internet sumbang 4.1% KDNK

PENGGUNAAN Internet di Malaysia menyumbang sehingga 4.1 peratus dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2010, melebihi angka yang dicatatkan negara membangun seperti Amerika Syarikat (3.8 peratus) dan China (2.6 peratus).

Menurut kajian firma penyelidik McKinsey dan syarikat teknologi maklumat Google, perkembangan pesat Internet menjadi salah satu industri utama di Malaysia yang menyumbang sehingga RM30 bilion kepada keseluruhan KDNK bernilai RM738 bilion. Ketua McKinsey & Company, Nimal Manuel berkata, ini sekali gus menempatkan Malaysia antara 30 negara berkembang pantas dan penting bagi masa depan Internet. “Berdasarkan penyelidikan, kami menjangkakan Malaysia melihat peningkatan nilai aktiviti domestik berdasarkan Internet yang menyumbang kepada ekonomi negara dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya.

“Kadar penembusan Internet di Malaysia berganda antara 2008 dan 2010, namun Internet masih banyak potensi yang belum diterokai,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sebagai contoh, walaupun perniagaan di Malaysia menjual lebih banyak produk atau perkhidmatan secara online berbanding negara lain, dari segi pengiklanan ia masih jauh berbeza. Penyelidikan dinamakan ‘Online and Upcoming: The Internet’s Impact on Aspiring Countries’ turut dihadiri Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang dan Pengurus Negara Google Malaysia Sajith Sivanandan. 




>>> RAWATAN & SIHAT Tanpa UBAT <<<
Baca Lagi...

Hamid kian hilang sabar kerenah AS

KABUL: Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, menyelar AS dan mendakwa dia “semakin hilang sabar” ekoran kegagalan sekutunya itu bekerjasama dalam siasatan pembunuhan orang awam oleh tentera negara itu.

Ketika bertemu dengan kira-kira 30 keluarga mangsa di selatan Afghanistan semalam, Hamid berkata, delegasi dihantarnya bagi menyiasat insiden berkenaan tidak mendapat kerjasama.

“Masalah ini berlarutan terlalu lama dan perlu dihentikan.

“Aktiviti dan tingkah laku mereka tidak boleh diterima dan membuang masa,” katanya kepada media.

Dalam pertemuan itu juga, waris mangsa yang ditembak tentera AS itu percaya, insiden berkenaan membabitkan lebih daripada seorang penyerang.

Mereka juga kesal kerana tidak menerima maklumat yang dikehendaki daripada tentera AS.

Sebelum ini, pegawai Afghanistan berkata, AS menyembunyikan rakaman kamera litar tertutup yang merekodkan kejadian berkenaan.

Hamid berkata, dia mahu hubungan baik dengan AS diteruskan, tetapi keadaan semakin sukar.

Katanya, untuk mewujudkan keadaan itu, AS perlu menghormati budaya dan undang-undang Afghanistan.

Kelmarin, kempen antimilitan di Afghanistan menerima tamparan apabila Taliban mengumumkan, mereka enggan meneruskan rundingan dengan Kabul dan AS dalam usaha mempercepatkan penyerahan kawalan keselamatan di Afghanistan.

Kecaman itu dibuat ketika suspek pembunuhan 16 orang awam itu dilaporkan akan diterbangkan pulang ke AS sebelum sempat kes berkenaan disiasat sepenuhnya. - AP



>>> RAWATAN & SIHAT Tanpa UBAT <<<
Baca Lagi...

Jalan Menuju Taqwa

Sayyid Quthb dalam Tafsir fi Dzhilalil Qur’an menjelaskan bahawa taqwa merupakan kepekaan batin, kelembutan perasaan, rasa takut terus-menerus, selalu waspada dan hati-hati terhadap duri yang bertebaran di sepanjang jalan kehidupan. Taqwa merupakan sumber segala kebaikan kehidupan masyarakat, satu-satunya cara untuk mencegah kejahatan, kerosakan, dan perbuatan dosa. Taqwa merupakan perkara utama dalam pembinaan jiwa dan akhlaq seseorang untuk menghadapi berbagai fenomena kehidpuan.

Untuk itu, Dr. Abdullah Nashih Ulwan dalam bukunya Ruhaniyatud Da’iyah (Tarbiyah Ruhiyah) mengajak setiap muslim melakukan aktiviti yang dapat menggapai darjat taqwa. Setiap muslim perlu mengukuhkan ruhiyahnya dengan melakukan mu’ahadah, muraqabah, muhasabah, mu’aqabah, dan mujahadah.

Mengingati Perjanjian

Setiap muslim, sesungguhnya telah melakukan perjanjian dengan Rabb-nya ketika ia melakukan shalat. Ketika kita melaksanakan shalat, kita sudah pasti mengucapkan kalimat, “Hanya kepada Engkau yang kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.” Ayat keempat dalam surat Al-Fatihah ini merupakan perjanjian seorang hamba kepada Rabb-nya. Sebuah perjanjian untuk tidak akan menyembah selain Allah, dan sebuah perjanjian tidak akan melakukan kesyirikan kepada-Nya.

Merasakan Kesertaan Allah

Muraqabah ialah merasakan keagungan Allah azza wa jalla di setiap waktu dan keadaan serta merasakan kebersamaan-Nya di kala sepi ataupun ramai. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW ditanya oleh Malaikat Jibril tentang ihsan, beliau bersabda, “Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-seolah kamu melihat-Nya, dan jika memang kamu tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Allah melihat kamu.”

Menjaga niat agar selalu dalam niat yang benar, bebas dari niat yang ditunggangi syahwat duniawi, adalah sebuah cara dalam melakukan muraqabah.

Beberapa jenis muraqabah yang harus kita fahami, iaitu muraqabah dalam melaksanakan ketaatan adalah dengan ikhlas kepada-Nya. Muraqabah dalam kemaksiyatan adalah dengan taubat, penyesalan dan meninggalkannya secara total. Muraqabah dalam hal-hal yang mubah adalah dengan menjaga adab-adab terhadap Allah dan bersyukur atas segala nikmat-Nya. Dan muraqabah dalam musibah adalah dengan ridha terhadap ketentuan Allah, dan memohon pertolongan kepada-Nya dengan penuh kesabaran.

Introspeksi Diri

Melakukan muhasabah (introspeksi diri) bagi seorang mu’min merupakan keharusan. Sebab, setiap amal yang telah kita lakukan akan dihisab di akhirat kelak. Maka, hendaknya kita menghisab diri terhadap setiap perbuatan. Sudah luruskah niatnya? Benarkah caranya? Dan bermanfaatkah bagi kita dan orang lain?

Berkaitan dengan hal ini, Umar bin Khattab ra berkata, “Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab, timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang, dan bersiap-siaplah untuk pertunjukkan yang agung (hari kiamat). Di hari itu kamu dihadapkan kepada pemeriksaan, tiada yang tersembunyi dari amal kalian barang satu pun.”

Memberi peringatan

Bila kita melakukan sebuah kesalahan maka tidak boleh kita membiarkannya. Sebab membiarkan diri dalam kesalahan akan mempermudah melakukan perlanggaran-pelanggaran berikutnya, dan akan semakin sukar untuk meninggalkannya. Sepatutnya kita memberikan peringatan (mu’aqabah) atas setiap kesalahan yang kita lakukan.

Namun hendaknya, peringatan yang kita berikan baik kepada diri atau pun orang lain merupakan sebuah peringatan yang mubah, yang dapat diterapkan untuk memberikan peringatan, dan membuat kita termotivasi menghindari setiap kesalahan sekecil manapun. Memberikan peringatan bertujuan agar kita selalu ingat bahawa di akhirat kelak setiap perbuatan dosa akan mendapat balasannya -kecuali sudah diampuni Allah yang Maha Pengampun-. Misalnya, saat kita tidak melakukan shaum sunnah, qiyamul lail atau tilawah, kita paksakan diri kita untuk bersedekah, atau melakukan amalan soleh yang lain.

Mengoptimumkan Kemampuan

Mujahadah (optimalisasi) adalah satu cara supaya kita memiliki kesungguhan, ketegasan, serius, dan semangat yang tinggi bila suatu waktu kita dihinggapi penyakit malas, santai, atau futhur dalam melaksanakan amal-amal sunah dan ketaatan lainnya. Para sahabat dan salafus shalih telah memberikan contoh cara mereka bermujahadah. Misalnya, Umar bin Khattab pernah ketinggalan shalat berjamaah. Lalu malam harinya beliau isi dengan ibadah dan tidak tidur.

Namun hendaknya dalam bermujahadah, kita harus memperhatikan dua perkara penting berikut. Pertama, hendaknya amal-amal yang sunnah tidak membuat lupa akan kewajiban-kewajiban yang lainnya. Misalnya, mengerjakan suatu sunnah tertentu jangan sampai mengabaikan hak-hak keluarga (nafkah), atau mengabaikan hak dirinya. Kedua, tidak memaksakan diri dengan amal-amal sunnah yang diluar kemampuannya. Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kalian beramal sesuai dengan kemampuan kalian. Demi Allah, Allah tidak akan bosan sehingga kalian merasa bosan.” (HR. Bukhari dan Muslim).


>>> RAWATAN & SIHAT Tanpa UBAT <<<
Baca Lagi...

iPad 3 jadi rebutan

LONDON - Peminat kembali membanjiri kedai-kedai komputer Apple di Asia dan Eropah semalam bagi mendapatkan versi terbaharu komputer tablet syarikat berkenaan, iPad 3.

Peminat gajet berbaris panjang bagi mendapatkan komputer tablet terbaharu itu di Britain, Perancis, Jepun, Hong Kong dan Singapura,.

Di Tokyo, sekitar 450 orang beratur di luar sebuah kedai Apple.

Sebahagian mereka sanggup bermalam di luar premis berkenaan kerana mahu menjadi antara kumpulan pertama yang memiliki iPad 3.

"Saya mahu menunjukkan komputer ini kepada rakan-rakan," kata seorang perunding komputer berusia 33 tahun, Norio Nakayama di luar kedai tersebut.

"Saya akan memberikan iPad lama saya kepada isteri saya," tambahnya.

Di Hong Kong pula, hari pertama jualan iPad 3 menyaksikan komputer itu bertukar tangan apabila ia dijual beberapa ratus dolar Amerika Syarikat (AS) lebih tinggi berbanding harga jualan.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, seorang peniaga membeli dua iPad 3 versi 32 gigabit pada harga bersamaan AS$1,700 (RM5,201) daripada seorang pelanggan yang membayar AS$1,200 (RM3,670) untuk dua gajet berkenaan.

Versi ketiga iPad itu turut dijual di Australia, Jerman dan Switzerland semalam serta boleh dibeli di AS dan Kanada bermula pukul 8 pagi waktu tempatan manakala 25 negara lain akan mula menerima komputer tersebut seminggu kemudian.

Model iPad 3 dilengkapi pemprosesan lebih pantas dan skrin lebih jelas.

Ia juga didatangkan dengan kamera lebih bermutu seperti yang terdapat pada iPhone terbaharu.

Walaupun gajet itu berdepan saingan sengit daripada komputer tablet murah seperti Kindle Fire, iPad kekal sebagai komputer tablet paling popular.

Apple menjual lebih 55 juta komputer iPad sejak ia mula memasuki pasaran pada 2010 termasuk 40 juta unit pada tahun lalu. - Agensi 



>>> RAWATAN & SIHAT Tanpa UBAT <<<
Baca Lagi...

Taliban bebas dua pelancong Switzerland

MIRANSHAH: Militan Taliban membebaskan dua pelancong warga Switzerland yang diculik lebih lapan bulan lalu ketika membuat perjalanan menerusi kawasan barat daya di Pakistan, kata tentera semalam.

Olivier David Och, 31, dan Daniela Widmer, 28, diculik sambil diacu senjata di wilayah barat daya Baluchistan 1 Julai lalu. Van biru Volkswagen milik pasangan itu ditemui terbiar di daerah Loralai, kira-kira 170 kilometer ke timur ibu kota Baluchistan di Quetta.

“Mereka berada dalam keadaan selamat. Kami memindahkan mereka ke Peshawar,” kata jurucakap tentera, Mejar Jeneral Athar Abbas kepada AFP, merujuk kepada bandar barat laut bersempadan lingkaran puak tanpa undang-undang Pakistan di mana mereka diculik.

Taliban Pakistan mendakwa penculikan berlaku Julai lalu, menuntut bahawa mereka ditukarkan dengan Aafia Siddiqui, seorang saintis saraf Pakistan yang dijatuhi hukuman pada 2010 di New York kerana cubaan membunuh seorang ejen kerajaan Amerika Syarikat di Afghanistan.

Pihak berkuasa Pakistan yang bercakap kepada AFP tidak menyatakan sama ada pasangan itu dibebaskan sebagai pertukaran untuk mendapatkan wang tebusan atau menerima sebarang tuntutan daripada Taliban Pakistan, yang dikaitkan dengan al-Qaeda.

Kedutaan Switzerland enggan mengulas apabila dihubungi AFP.

Oktober lalu, satu video pasangan itu muncul, jelas menunjukkan kedua-duanya dalam keadaan sihat, dikelilingi empat lelaki bersenjata bertopeng yang mengacukan raifal di kepala mereka.

Pihak berkuasa Pakistan berkata, Taliban membebaskan pasangan itu di perkampungan Spilga di Utara Waziristan, kubu kuat paling digeruni milik Taliban dan al-Qaeda di lingkaran puak separa-autonomi Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan.

“Mereka ditemui berhampiran sebuah pos pemeriksaan di jalan utama pada awal pagi,” kata seorang pegawai Pakistan yang enggan dikenali kepada AFP.

Seorang lagi pegawai perisik mengatakan warga Switzerland itu kemudian diterbangkan menggunakan helikopter ke Peshawar.

Timbalan Ketua Tehreek-i-Taliban Pakistan, Wali-ur Rehman, mengaku melakukan penculikan itu, memberitahu AFP Julai lalu bahawa mereka “berada di tempat selamat” dan “berada dalam keadaan sihat.” – AFP


>>> RAWATAN & SIHAT Tanpa UBAT <<<
Baca Lagi...